omniture

CGTN: China berjanji tingkatkan demokrasi rakyat seluruh proses

CGTN
2021-10-18 12:32 104

BEIJING, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis pihak berkuasa Cina berjanji untuk memartabatkan dan memperbaiki sistem kongres rakyat dan terus meningkatkan demokrasi rakyat seluruh proses.

"Demokrasi rakyat seluruh proses di China ini bukan sahaja memiliki himpunan institusi dan prosedur yang lengkap, tetapi juga penyertaan dan amalan penuh. Ia merupakan demokrasi sosialis yang paling luas, paling tulen dan paling berkesan," kata Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, semasa berucap di persidangan pusat mengenai urusan yang berkaitan dengan kongres rakyat, diadakan pada hari Rabu dan Khamis di Beijing.

"Sistem kongres rakyat ini merupakan wadah institusi yang penting untuk merealisasikan demokrasi rakyat seluruh proses di China," tambah beliau.

Sistem kongres rakyat merupakan sistem politik asas China, bentuk organisasi kuasa negara bagi pemerintahan diktator demokratik rakyat di China dan sistem kerajaan negara ini.

Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ialah institusi tertinggi yang melaluinya rakyat Cina menjalankan kuasa negara mereka.

Jaminan institusi utama 

Sistem kongres rakyat telah memberi jaminan institusi yang penting untuk rakyat Cina, dipimpin oleh CPC untuk mewujudkan keajaiban pertumbuhan ekonomi yang pantas dan kestabilan sosial dalam tempoh jangka panjang sepanjang 60 tahun yang lalu, terutamanya sepanjang empat dekad reformasi dan pembukaan, kata Xi.

Beliau menggelar sistem kongres rakyat sebagai satu ciptaan yang hebat dalam sejarah sistem politik selain sistem serba baharu dengan kepentingan yang besar dalam sejarah politik China mahupun dunia.

Sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, Jawatankuasa Pusat CPC terus menginovasi teori dan amalan sistem kongres rakyat, kata Xi.

Memahami bahawa kelebihan institusi adalah sangat penting untuk sesebuah negara meraih inisiatif strategiknya, Xi berkata sejarah mahupun realiti menunjukkan bahawa sesebuah negara akan stabil sekiranya ia mempunyai sistem yang mantap dan sesebuah negara juga akan menjadi kuat sekiranya ia mempunyai sistem yang baik.

Beliau menegaskan usaha untuk menguatkuasakan sepenuhnya Perlembagaan dan melindungi kewibawaan serta kesuciannya serta memperbaiki sistem undang-undang sosialis Cina agar undang-undang yang baik dilaksanakan bagi menggalakkan pembangunan dan menjamin tadbir urus yang baik.

Beliau turut menyatakan bahawa kongres rakyat harus melaksanakan kuasa pengawasan mereka dengan betul dan berkesan menurut undang-undang dan timbalan anggota kongres rakyat harus menjalankan tugas mereka sepenuhnya.

Walaupun kongres rakyat harus meningkatkan pembinaan diri, kepimpinan keseluruhan terhadap kongres rakyat oleh Parti juga harus ditingkatkan, kata Xi.

Demokrasi bukan ornamen untuk hiasan: Xi

Presiden Xi menyatakan bahawa demokrasi bukanlah ornamen hanya untuk hiasan, tetapi untuk digunakan bagi menangani isu-isu yang benar-benar dititikberatkan oleh rakyat.

Kunci kepada demokrasi sesebuah negara terletak pada sama ada rakyat yang mengurus negara, bergantung pada sekiranya rakyat mempunyai hak untuk mengundi dan lebih penting lagi, sama ada rakyat mempunyai hak terhadap penyertaan yang luas, kata Xi.

Beliau turut menyatakan bahawa demokrasi bergantung pada janji lisan yang diterima oleh rakyat semasa proses pilihan raya dan tambahan lagi, ia bergantung pada seberapa banyak janji ini telah dipenuhi selepas pilihan raya.

Menilai sama ada sesebuah negara adalah demokratik, menurut Xi, harus juga dilihat dari segi prosedur dan peraturan politik yang ditetapkan oleh sistem serta undang-undang. "Lebih penting lagi, sekiranya sistem dan undang-undang ini dilaksanakan dengan baik," kata beliau.

Xi turut menyeru untuk memfokuskan sama ada peraturan dan prosedur untuk pelaksanaan kuasa bersifat demokratik dan dalam masa yang sama menegaskan bahawa kuncinya terletak pada sekiranya kuasa benar-benar dipantau dan dikekang oleh rakyat.

"Sekiranya rakyat tersedar hanya ketika mengundi dan tidak aktif selepas itu; sekiranya rakyat hanya mendengar slogan yang hebat semasa kempen pilihan raya, namun tidak dapat bersuara selepas itu; sekiranya rakyat hanya diberi perhatian semasa merayu undi tetapi ditinggalkan selepas pilihan raya, demokrasi sedemikian bukanlah demokrasi yang sebenar," kata Xi.

Demokrasi bukan hak istimewa yang dikhaskan untuk negara individu: Xi

Presiden Xi menegaskan bahawa demokrasi merupakan hak untuk rakyat di semua negara untuk dinikmati, bukan hak istimewa yang dikhaskan untuk negara individu.

Penghakiman sama ada sesebuah negara adalah demokratik atau tidak harus dibuat oleh rakyat mereka, bukan oleh segelintir pihak yang lain, kata beliau, menambah bahawa sama ada anggota komuniti antarabangsa adalah demokratik atau tidak harus dinilai oleh komuniti antarabangsa bersama-sama, bukan oleh golongan minoriti yang menganggap diri mereka lebih baik.

"Terdapat banyak cara untuk mencapai demokrasi dan tiada model yang sesuai untuk semua keadaan," ujar Xi.

Adalah tidak demokratik untuk menggunakan satu kayu ukur bagi mengukur pelbagai sistem politik dunia dan meneliti peradaban politik umat manusia yang beraneka dengan pandangan senada, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-14/Xi-stresses-progress-in-enhancing-whole-process-people-s-democracy-14lSRvccrMQ/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service