omniture

Beijing dan Houston Terhubung

Air China
2013-08-02 02:24 136

-- Penerbangan selama 14 jam oleh Air China menjadi pilihan pengembara urusan perniagaan

BEIJING, 2 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Pada 11 Julai, Air China memulakan perkhidmatan Beijing-Houston tanpa henti, membuatkan Houston, peneraju bandar komersil di bahagian barat daya Amerika Syarikat, lebih mudah diakses dari negara timur. Laluan baharu ini akan banyak membantu pertukaran komersil antara China dengan Amerika Syarikat, dan juga akan menyediakan pilihan tambahan kepada penduduk asal China yang tinggal di bandar kosmopolitan Houston untuk "balik kampung."

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Houston ialah bandar keempat terbesar dan pusat tenaga serta petrokimia Amerika Syarikat. Industri berat bandar itu yang sangat maju telah menjadi rangsangan kuat kepada pertumbuhan pesat import dan eksport. Hari ini, Houston bukan sahaja "pusat tenaga dunia," tetapi juga pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa yang penting. Harga import dan eksport yang utama dan harga kediaman rendah di pusat bandar telah menarik kehadiran ramai ahli perniagaan China. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ikatan perdagangan antara Houston dengan China sudah semakin rapat. Satu contoh ketara adalah ratusan perusahaan perdagangan China menandatangani persetujuan dengan Pusat Perdagangan Houston untuk memulakan operasi mereka di Pusat itu, dan lebih banyak perniagaan Asia akan membuat pelaburan di sana.

Namun begitu, pengembara urusan perniagaan antara kedua-dua tempat ini sudah lama menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kesukaran untuk berulang-alik. Dahulu, pengembara China ke Houston terpaksa membuat penerbangan pertukaran di New York atau Los Angeles, yang bermakna perjalanan yang lama dan menjerihkan. Kini, perkhidmatan Beijing-Houston tanpa henti Air China bukan sahaja akan memendekkan masa perjalanan daripada 21 jam menjadi 14 jam, tetapi juga akan menawarkan pengalaman perjalanan perniagaan yang lebih selesa dan menyeronokkan. Kapal terbang B777-300ER yang digemari pengembara urusan perniagaan dunia akan beroperasi untuk laluan ini. Sebagai kapal terbang jarak jauh enjin berkembar paling canggih, paling selesa dan paling mewah di Tanah Besar China, B777-300ER boleh memenuhi keperluan para pengembara yang paling bercita rasa tinggi. Tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Perniagaannya boleh disandarkan sehingga 180 darjah untuk menjadi katil rata sepenuhnya; ketiga-tiga kelas perkhidmatan dilengkapi dengan outlet kuasa individu dan AVOD persendirian yang menawarkan pelbagai rancangan, menghiburkan para penumpang sepanjang penerbangan itu.

Laluan Beijing-Houston tanpa henti ini merupakan laluan terus pertama yang menghubungkan Houston dengan benua Asia. Pembukaannya ialah berita baik untuk 300,000 orang penduduk asal China di kawasan Houston. Dengan laluan baharu ini, Air China kini berkhidmat untuk lima destinasi di Amerika Utara, empat yang lain ialah New York, San Francisco, Los Angeles dan Vancouver. Dengan rangkaian laluan global yang menyeluruh dan seimbang dengan Beijing sebagai hab, Air China akan memudahkan para penumpang dari Hong Kong, Korea Selatan, Australia, Thailand, Jepun dan rantau lain membuat pertukaran melalui Beijing dan meneruskan perjalanan mereka ke destinasi Amerika Utara.

 

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services