omniture

Demonstrasi Alat Pengurangan Bahan Bakar di World ATM Congress 2021

Metron Aviation
2021-10-18 18:00 14

HERNDON, Virginia, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ --  Metron Aviation, sebuah peneraju global dalam penyelesaian perisian untuk pengurusan trafik udara (ATM) dan sistem pengurusan aliran trafik udara (ATFM) akan menyertai pameran di World ATM Congress 2021, di Madrid, Sepanyol.

Metron Aviation akan mempamerkan Alat Penilaian Pasca Operasi (P.O.E.T.)—sebuah alat analitik canggih yang digunakan oleh komuniti penerbangan untuk melihat dan menganalisis operasi ATM dan prestasi sistem ruang udara. Alat sistem perisian ini memberikan pemahaman yang lebih baik kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan navigasi udara tentang operasi harian mereka. Antara muka P.O.E.T yang intuitif dan berasaskan pertanyaan membolehkan para pemegang taruh menangani masalah sistematik dengan menggabungkan suapan data untuk mencipta satu gambaran penuh bagi operasi dalam bahagian pesawat, aliran lalu lintas dan prestasi.

Dengan adanya P.O.E.T. barulah data dan maklumat yang begitu banyak dapat dipermudah, dianalisis dan diubah menjadi kecerdasan yang boleh dilaksanakan di dunia nyata. P.O.E.T. membolehkan para pemegang taruh mengenal pasti ketidakcekapan melalui analisis, yang boleh digunakan untuk melaksanakan penambahbaikan yang mengurangkan kos bahan bakar, meningkatkan prestasi alam sekitar, meningkatkan penjimatan penyelenggaraan dan menambah baik dasar dan prosedur.

Semasa acara dua hari tersebut, Metron Aviation dan NAVBLUE menjemput peserta untuk melawat ruang #1338 di Feria de Madrid dan mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian perisian ATM dan ATFM mereka serta penggunaan pada lokasi atau model penghantaran awan melibatkan perisian sebagai perkhidmatan.

Tentang Metron Aviation
Metron Aviation merupakan inovator yang paling dipercayai dan terbukti dalam industri pengurusan trafik udara (ATM). Merupakan anak syarikat kepada Airbus, Metron Aviation mempunyai sejarah yang dikagumi dalam membangunkan penyelesaian ATM dan ATFM untuk industri penerbangan global. Melalui kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam arena pengurusan trafik udara — penyedia perkhidmatan navigasi udara, syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa penerbangan awam dan pempengaruh yang lain — Metron Aviation memahami apa yang menjadi isu utama penerbangan, bahkan mampu menangani cabaran pengurusan trafik udara yang paling kompleks.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.metronaviation.com

Hubungi: Toni Evans, Pemasaran Metron Aviation | PR@MetronAviation.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1632815/Metron_Aviation_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Metron Aviation
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Travel Trade show news