- Pengutub grid wayar berkawasan luas dengan saiz 50nm ke bawah akan meningkatkan resolusi, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan kos paparan panel rata
AUSTIN, Texas, 2 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Molecular Imprints Inc. (MII), peneraju pasaran dan teknologi untuk sistem dan penyelesaian pencorakan nano, hari ini mengumumkan ia telah membangunkan teknologi dan proses Jet and Flash® Imprint Lithography (J-FIL®) yang sedia diaplikasikan pada industri paparan. Teknologi baharu ini sudah berjaya digunakan untuk menghasilkan pengutub grid wayar (WGP) berprestasi tinggi yang boleh disepadukan ke dalam paparan panel rata.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20100504/MILOGO)
Industri Paparan Panel Rata (FPD) terus menerokai teknologi baharu yang mempertingkatkan pengalaman pengguna hujung. Salah satu inovasi seumpamanya ialah menggantikan filem pengutub konvensional dengan WGP bersepadu. Pengutub dalam paparan hablur cecair (LCD), merupakan peranti pasif yang mengawal output cahaya paparan. WGP yang biasanya terdiri daripada tatasusunan padat saluran aluminium sub-100nm, sudah digunakan secara komersil dalam paparan projektor. "Prestasi unggul WGP sudah jelas diakui tetapi cabaran penskalaan untuk membuat WGP berkeluasan lebih besar mempunyai penggunaan terhad dalam aplikasi projektor," kata Mark Melliar-Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Molecular Imprints. "Dengan mengaplikasikan teknologi J-FIL kami pada pasaran paparan, kami telah menunjukkan prestasi pengutuban spektrum tampak yang luar biasa dengan nisbah kepupusan melebihi 30,000 tanpa mengorbankan penghantaran selari diingini sebanyak >80%. Pelaksanaan J-FIL berasaskan gulungan kami pada mulanya akan membolehkan faktor bentuk yang menyokong paparan telefon pintar dan tablet dan akhirnya untuk monitor dan TV bersaiz penuh."
WGP yang bersepadu dijangka akan memperbaiki keberkesanan tenaga dan fideliti warna paparan panel rata sementara membuatkannya lebih nipis dan pada kos yang lebih rendah. Aplikasi lain yang sesuai dengan teknologi J-FIL berasaskan gulungan MII termasuklah transistor filem nipis, penapis warna, hablur fotonik dan panel sentuh.
Tentang Molecular Imprints Inc.
Molecular Imprints Inc. (MII) ialah peneraju teknologi untuk sistem dan penyelesaian pencorakan nano beresolusi tinggi dan kos pemilikan rendah. MII menggunakan kelebihan teknologi Jet and Flash™ Imprint Lithography (J-FIL™) yang inovatif untuk menjadi peneraju teknologi seluruh dunia dalam penyelesaian pencorakan berketumpatan tinggi untuk peranti semikonduktor, sementara membolehkan pasaran memuncul dalam paparan, pemacu cakera keras, dan bioteknologi. MII membolehkan pencorakan skala nano dengan memberikan penyelesaian litografi cetakan dengan harga berpatutan dan boleh disambung keluar pada dimensi sub-10 nanometer.
Hubungan PR Korporat
Paul Hofemann
Molecular Imprints Inc.
+1-512-225-8441
phofemann@molecularimprints.com