-- Pasukan AS tajaan Peak membawa pulang 11 pingat emas
HONG KONG, 3 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Peak Sport Products Co., Limited ("Peak," bersama dengan subsidiarinya, bersama dikenali sebagai "Kumpulan," Kod Saham: 1968.HK) mengukuhkan kedudukannya dalam pertandingan bertaraf dunia sekali lagi semasa Universiade Musim Panas ke-27 di Kazan, Rusia apabila pasukan AS tajaan Peak ("Pasukan AS") membawa pulang 40 pingat, termasuk 11 emas, 14 perak dan 15 gangsa dalam acara olahraga, bola keranjang dan sukan renang.
Semua ahli Pasukan AS tajaan Peak di Universiade Musim Panas Kazan ialah pelajar kolej dan ini mewakili kali pertama Pasukan AS menggunakan produk sukan bukan buatan tempatan.
Semua pegawai dan atlit Pasukan AS berpuas hati dengan produk sukan yang dibekalkan oleh Peak, dengan seorang atlit memberi komen, "Produk Peak memberi prestasi bagus; produk mereka sangat profesional dan selesa, serta rekaannya hebat dan sesuai untuk golongan belia."
Peak, rakan kongsi rasmi jangka panjang untuk sebilangan liga sukan global peringkat tinggi termasuk NBA, FIBA dan WTA mempunyai perjanjian pengendorsan dengan kira-kira 20 pemain NBA termasuk bintang Tony Parker serta beberapa pemain WTA, dan diiktiraf sebagai salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia.
Xu Zhihua, Ketua Pegawai Eksekutif Peak, memberi komen, "Saya sangat gembira melihat semua pemain Pasukan AS bertanding begitu sengit di Universiade Musim Panas Kazan, dan kami sangat bangga kerana para atlit yang memakai produk Peak menaiki podium lebih 40 kali sepanjang pertandingan itu. Dengan usaha keras dan kejayaan cemerlang seperti ini, kami tidak rasa ragu-ragu lagi golongan belia seluruh dunia mula mengenalpasti Peak sebagai jenama pakaian sukan antarabangsa."
Tentang PEAK:
Peak ialah peneraju syarikat pakaian sukan berjenama di China dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 29 September 2009. Kumpulan itu kebanyakannya terlibat dalam mereka bentuk, membangunkan, membuat, mengedar dan memasarkan produk sukan di bawah jenama "PEAK". Produk Kumpulan itu dieksport ke lebih 70 negara. Kumpulan itu mengekalkan perhubungan kerjasama jangka panjang dengan NBA, FIBA dan WTA.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.peaksport.net:84/index.aspx.