omniture

Encik Shigeru Usami, Presiden MODEC, Bakal Menyertai Kongres FPSO Tahunan ke-14 Tahun Ini

IQPC Worldwide
2013-08-05 10:34 110

SINGAPURA, 5 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- IQPC mengumumkan En. Shigeru Usami, Presiden MODEC, akan menyertai Kongres FPSO Tahunan ke-14 tahun ini pada 17-18 September di Singapura. Disertai oleh para eksekutif kanan lain termasuk En. Carl Arnet, Ketua Pegawai Eksekutif, BW Offshore, En. Ivan Replumaz, Pengarah Urusan, SBM Offshore dan En. Paul Pederson, Ketua Pegawai Eksekutif, Rubicon Offshore, En. Usami akan menyertai senarai terkemuka yang semakin panjang untuk tetamu dan penceramah peringkat korporat daripada para peneraju pemilik kapal dan pengendali minyak di tempat pertemuan FPSO terbesar dunia.

Dengan tema 'memacu keberuntungan projek FPSO melalui model perniagaan mapan dan kemajuan teknikal', Kongres FPSO itu akan merangkumi semua sudut pasaran, termasuk aspek strategik, komersil, teknikal dan pengendalian.

Pemberi ucapan dasar tahun ini termasuklah, En.Thyl Kint, Ketua Pegawai Teknikal, BW Offshore, Hassan Basma, Ketua Pegawai Eksekutif, Bumi Armada, dan En. Jon Dunstan, Ketua Pegawai Operasi, EMAS Production. Kongres tahun ini juga akan menerima perwakilan yang tiada tolok bandingan daripada para peneraju pengendali minyak seperti Shell, Woodside Energy, Petrobras, Tullow Oil, ConocoPhillips, Premier Oil, ONGC dan banyak lagi, membawa kajian kes pengendalian dari seluruh dunia, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai tempat pertemuan terbesar dunia untuk komuniti FPSO.

Kongres FPSO akan diadakan di Ekspo Singapura mulai 17-18 September dan akan mempunyai Dewan Teknologi serta Kawasan Demonstrasi serba baharu untuk memuatkan 500 delegasi yang dijangka akan hadir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut atau jika ingin memohon pas wartawan, sila hubungi:

Rani Kuppusamy
Pengarah Pemasaran
Kongres FPSO
+65-6722-9399 | rani.kuppusamy@iqpc.com.sg

SUMBER  IQPC Worldwide

Source: IQPC Worldwide
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Trade show news