omniture

Moët Hennessy membuka peluang baharu untuk inovasi: Pusat Penyelidikan Robert-Jean de Vogüé

Moët Hennessy
2021-10-19 21:00 35

EPERNAY, Perancis, 19 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Moët Hennessy, syarikat terkemuka dunia dalam industri wain dan minuman keras, merasmikan Pusat Penyelidikan Robert-Jean de Vogüé, sebuah pusat khas untuk memajukan pengetahuan dan amalan yang semakin berkembang. Pada hari ini, perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti yang mendesak penghasilan produk yang lebih mesra alam telah menyerlahkan had model vitikultur yang digunakan ketika ini dan menguatkan keperluan untuk berubah. Dengan adanya Pusat baharu ini, yang mewakili pelaburan 20 juta Euro, ekosistem penyelidikan dan pembangunan Kumpulan kini dilengkapi dengan tuas baharu yang kukuh untuk memahami dan menjangkakan cabaran-cabaran besar dalam beberapa dekad yang akan datang. Moët Hennessy telah memilih Champagne yang mencerminkan komitmen kami terhadap persekitaran khas penghasilan wain kami serta keseluruhan kategori Champagne.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8969551-moet-hennessy-breaks-new-ground-for-innovation-robert-jean-de-vogue-research-center/

"Sejajar dengan program Living Soils, Living Together (Hidup Tanah, Hidup Bersama) yang kami lancarkan pada tahun lalu, infrastruktur penyelidikan canggih baharu kami ini akan sentiasa menyokong semua Rumah Champagne Moët Hennessy dalam masa mereka berterusan melakukan transformasi perniagaan melalui konsep kelestarian," kata Philippe Schaus, Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy. "Dinamakan sebagai penghormatan kepada Robert-Jean de Vogüé, salah seorang pemimpin Kumpulan ini yang telah bekerja tanpa mengenal lelah untuk kebaikan bersama dalam industri Champagne dan yang berkaitan, Pusat Penyelidikan ini akan menjadi satu hub bagi perkongsian pengetahuan antara Rumah-rumah Champagne dan penyelidik di sektor awam di samping memupuk kerjasama dengan struktur luaran lain."

MEMECUTKAN WARISAN INOVASI

Inovasi sentiasa menjadi nadi utama kepada Moët Hennessy, dengan kebanyakan inovasi R&D syarikat berterusan membentuk visi bagi vitikultur yang lestari dan berdaya tahan. Moët Hennessy telah memajukan pendekatan ini selama lebih daripada 20 tahun, dan pada tahun 2020 menjadikan komitmennya terhadap vitikultur yang lestari rasmi dengan program "Living Soils" yang bertujuan untuk menyatukan komunitinya di seluruh dunia dan mengembangkan program tanggungjawab sosial di peringkat global. Pusat baharu ini, yang fokus kepada cara menangani cabaran persekitaran dan industri, akan membolehkan Moët Hennessy terus memberikan sumbangan yang penting kepada amalan pembuatan wain yang mampan.

BIDANG PENYELIDIKAN

Pusat ini akan merangkumi empat bidang penyelidikan utama:

  • Inovasi untuk memahami: mikrobiologi dan bioteknologi. Memerhati dan menganalisis mikro-organisma untuk lebih memahami kesannya terhadap ladang anggur.
  • Inovasi untuk melindungi iklim: fisiologi tumbuhan. Menjalankan eksperimen terhadap pokok dan buah anggur untuk menghadapi cabaran pemanasan global.
  • Inovasi untuk meningkatkan pengeluaran: kejuruteraan proses. Menganalisis setiap langkah pembuatan wain untuk mengoptimumkan proses dan menggalakkan kitar semula.
  • Inovasi untuk pengalaman: analisis deria dan perumusan. Menganalisis profil deria produk kami pada peringkat pengeluaran yang berbeza, bagi meneruskan usaha Rumah-rumah Champagne kami ke arah kecemerlangan.

KEMUDAHAN

Direka oleh arkitek Giovanni Pace, Pusat Penyelidikan Robert Jean de Vogüé seluas 4.000 m2 mewakili komitmen terhadap tanggungjawab ekologi, idea bersama dan kerja kolektif. Pusat Penyelidikan ini terletak di kawasan berhampiran tapak pengeluaran Moët Hennessy yang serba moden iaitu Mont Aigu.

Bangunan ini direka dengan pemahaman yang jelas tentang hubungannya dengan dunia luar. Diintegrasikan ke dalam landskap persekitaran, ia tertanam di tanggul tanah yang landai dengan cermat yang menjamin penebat semula jadi. Semua bahan yang digunakan memenuhi standard paling ketat dalam prestasi terma dan penggunaan tenaga.

PEMIMPIN BERWAWASAN: ROBERT JEAN DE VOGÜÉ

Pusat Penyelidikan baharu ini diberi nama Robert-Jean de Vogüé untuk menghormati pemikir avant-garde dalam sejarah Moët Hennessy ini. Sebagai Presiden Moët & Chandon, de Vogüé melakukan perubahan untuk kebaikan bersama Kumpulan, dan juga untuk wilayah penanaman anggur yang berbeza. Paling diingati, pada tahun 1930-an, Robert-Jean de Vogüé menetapkan "contrat collectif" (perjanjian kolektif) dengan pekerja, pelopor kepada status sosial pekerja di Perancis hari ini. Dan pada tahun 1941, beliau membantu mewujudkan CIVC Comité Interprofessionnel du Vin de Champagne, satu model yang sejak itu telah ditiru oleh wilayah wain Perancis yang lain.

Mengenai Moët Hennessy

Moët Hennessy, divisyen wain dan minuman keras LVMH, mengumpulkan dua puluh lima Maison, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kesuburan persekitaran khas penghasilan wain, kualiti produk dan kemahiran mereka dalam penghasilan wain. Selama bertahun-tahun, Moët Hennessy telah komited terhadap program alam sekitar dan sosial, Living Soils Living Together. Kumpulan LVMH juga mempunyai pegangan dalam ladang anggur wain yang terkenal melalui "LVMH Vins d'Exceptions"

Jean-Christophe LAIZEAU
jc.laizeau@moethennessy.com 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1664069/Moet_Hennessy_Innovation.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1388256/Moet_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600  

Moët Hennessy Breaks New Ground For Innovation: The Robert-Jean De Vogüé Research Center
Moët Hennessy Breaks New Ground For Innovation: The Robert-Jean De Vogüé Research Center

 

Source: Moët Hennessy
Keywords: Agriculture Beer, Wine & Spirits Beverages Biotechnology Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Broadcast feed announcements Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)