omniture

Bangunan Empire State Memperkenalkan Pakej Pertunangan 'Happily Ever Empire' Untuk Lamaran Perkahwinan Yang Takkan Dapat Dilupakan di Balai Cerapnya di Tingkat 84 Yang Ikonik

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-10-20 00:36 64

Para tetamu kini boleh membuat lamaran perkahwinan di atas Bangunan Paling Romantik Di Dunia

NEW YORK, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bangunan Empire State (ESB) melancarkan 'Happily Ever Empire' – sebuah pakej lamaran yang takkan dapat dilupakan yang menyediakan pasangan kekasih dengan akses VIP kepada Pengalaman Balai Cerap. Pemegang tiket dijemput untuk membuat lamaran tersebut pada sudut utama yang dikhususkan di Balai Cerap Tingkat 86 yang terbuka dan ikonik pada bangunan itu dan membuka sebotol Champagne untuk meraikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan itu.

Happily Ever Empire Engagement Package
Happily Ever Empire Engagement Package

Pakej eksklusif tersebut – yang berharga $1,000 bagi setiap pasangan – merangkumi lawatan peribadi dengan pemandu pelancong melalui pameran menarik tentang Bangunan Empire State, yang menampilkan sejarah bangunan dan kisah cinta klasik yang telah berlaku di dalam bangunan tersebut. Setelah pasangan meraikan pertunangan mereka di Balai Cerap Tingkat 86 yang terkenal di dunia itu, mereka dijemput untuk pergi ke Balai Cerap Tingkat 102 dengan tingkap daripada lantai ke siling untuk mengambil gambar dengan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.

"Tiada tempat yang lebih baik untuk meraikan cinta berbanding bangunan yang paling romantik di dunia," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Bangunan Empire State. "Bangunan Empire State telah menjadi tuan rumah kepada banyak kisah cinta dalam sejarahnya dan kini kami berbesar hati untuk menawarkan pengalaman lamaran yang eksklusif, romantik dan boleh disesuaikan untuk pasangan dari seluruh dunia."

Pengalaman Balai Cerap Bangunan Empire State baru-baru ini telah menjalani pengubahsuaian sepenuhnya yang merangkumi pintu masuk tetamu khusus, sebuah muzium digital dan taktil seluas 10 ribu kaki persegi yang meraikannya dari saat ia dibangunkan hinggalah kepada kedudukannya dalam budaya pop masa kini, dan Balai Cerap Tingkat 102 yang telah diberi nafas baharu. Pengubahsuaian itu juga merangkumi penambahbaikan kualiti persekitaran dalaman (IEQ) terkemuka dalam industri seperti pengionan dwi-kutub aktif, penapis MERV 13 dan peningkatan pengudaraan yang membawa kepada pencapaian bangunan itu sebagai yang pertama di benua Amerika untuk menerima WELL Health-Safety Rating.

Tiket-tiket boleh didapati di https://www.esbnyc.com/buy-tickets/happily-ever-empire Mestilah berumur 21 tahun untuk membelinya.

Pakej 'Happily Ever Empire' mesti ditempah sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal, dengan bilangan tempahan yang terhad tersedia setiap hari. Jurugambar, ahli keluarga dan rakan-rakan hendaklah membeli tiket Ekspres secara berasingan untuk mengambil bahagian dalam sambutannya di sini

Maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State dan Pengalaman Balai Cerap boleh didapati di www.esbnyc.com.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel New products/services