SYDNEY, 5 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Destination New South Wales (NSW), peneraju agensi pelancongan dan acara besar Kerajaan NSW, hari ini mengumumkan mereka telah mendapat persetujuan legenda Bollywood Shahrukh Khan untuk melawat Sydney pada bulan Oktober sebagai sebahagian daripada Festival Parramasala tahunan kali keempat di Parramatta.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/02/20130802072130937395.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/02/20130802072244776000.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/02/20130802072432989516.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/02/20130802072848841803.html )
Shahrukh Khan, dikenali sebagai SRK dan digelar sebagai 'Raja Bollywood', akan membintangi pertunjukan aneka ragam India selama dua jam yang terdiri daripada muzik, tarian dan komedi - Temptation Reloaded sebagai sebahagian daripada Festival itu. Lawatan itu ditetapkan oleh Kerajaan NSW sebagai acara eksklusif Sydney.
Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW Sandra Chipchase berkata, "Parramasala ialah acara seni dan budaya penting dalam Kalendar Acara Tahunan NSW dan membawa sebilangan artis terbaik dunia ke Sydney Barat. Kami gembira dapat mengalu-alukan Shahrukh Khan ke Sydney dan Parramatta untuk acara itu dan menjemput beliau untuk menikmati yang terbaik dari Sydney dan NSW sepanjang kunjungan beliau ke sini," kata Cik Chipchase.
SRK telah membintangi 75 filem dan mempunyai lebih empat juta pengikut Twitter dan merupakan salah seorang pelakon Bollywood yang paling popular dan berpengaruh. Pertunjukan beliau akan menarik kehadiran penonton bukan sahaja dari India tetapi juga akan dihadiri peminat antarabangsa beliau termasuk dari Fiji, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
"Kami menjangkakan SRK dan pertunjukan Temptation Reloaded bakal menarik kehadiran pengunjung antarabangsa yang signifikan ke Sydney dan lebih 5,000 orang dari seluruh Australia."
"Temptation Reloaded menawarkan pengalaman budaya unik dan merupakan acara yang hebat untuk Sydney Barat dengan banyak hotel dan restoran dijangka dapat mengaut keuntungan pelancongan, " tambah Cik Chipchase.
SRK bakal dijemput mengalami beberapa pengalaman Sydney dan NSW yang paling ikonik termasuk memanjat Jambatan Pelabuhan Sydney yang ikonik, bertemu kanggaru dan beruang koala di Zoo Taronga; menjamu selera dengan hidangan Telur Salji di restoran Quay seperti yang dilihat dalam rancangan MasterChef Australia; melawat Wolgan Valley Resort & Spa yang mewah di kawasan Blue Mountains, sejam perjalanan dari Sydney; dan Muzium Kriket Bradman di Southern Highlands, sejam perjalanan dari selatan Sydney.
Awal tahun ini, SRK mengungguli senarai Forbes India Celebrity 100 selepas mendapat hasil pendapatan sebanyak US$37.7 juta pada tahun 2012. Beliau juga dianugerahkan salah satu anugerah awam tertinggi India, Anugerah Padma Shri, untuk sumbangan beliau kepada industri perfileman India.
Festival Parramasala 2013 akan diadakan dari Jumaat 4 – Isnin 7 Oktober, dan pertunjukan itu akan diadakan di Allphones Arena Homebush pada Isnin 7 Oktober.
Untuk maklumat tentang Temptation Reloaded, termasuk pendaftaran untuk mengikuti pengumuman tiket, sila lawati: http://temptationreloaded.stealthtraffic.com/
Untuk senarai penuh acara di Sydney dan NSW sila ke www.sydney.com
Twitter: #Sydney, @sydney_sider
Facebook: Tandakan 'Sydney Australia'
Instagram: #Sydney, @seesydney
SUMBER: Destination NSW