omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Ekonomi Digital Dunia bantu tingkatkan revolusi digital di Wilayah Zhejiang, Timur China

Xinhua Silk Road
2021-10-20 07:51 170

BEIJING, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekonomi Digital Dunia 2021 & Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Pintar ke-11 bermula di Ningbo, Wilayah Zhejiang, timur China pada hari Khamis bagi membantu mendorong reformasi digital wilayah ini ke hadapan.

Photo shows the World Digital Economy Conference 2021 & the 11th Smart City and Intelligent Economy Expo kicks off in Ningbo of east China's Zhejiang Province on October 14, 2021.
Photo shows the World Digital Economy Conference 2021 & the 11th Smart City and Intelligent Economy Expo kicks off in Ningbo of east China's Zhejiang Province on October 14, 2021.

Bertemakan "Pembangunan Pintar Berpandukan Digital" dan memfokuskan kepada reformasi digital dan pembangunan ekonomi digital, acara ini telah menarik perhatian pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, ilmuwan dan pakar industri untuk berkongsi pendapat mengenai topik-topik seperti kecerdasan buatan, rantaian blok, komunikasi kuantum, 5G berserta internet industri, pembuatan baharu, infrastruktur digital baharu dan pembiayaan digital. Ia akan berlangsung hingga hari Ahad.

Zhejiang telah mengukuhkan pelaksanaan reformasi digital yang komprehensif dan sistematik sejak tahun ini dan melaksanakan versi 2.0 "Projek No. 1" ekonomi digital secara mendalam.

Dalam separuh pertama tahun ini, output pembuatan industri-industri teras dalam ekonomi digital di Zhejiang menduduki tempat ketiga di China dengan peningkatan 28.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dari segi nilai tambahan.

Selain itu, kemajuan yang mantap telah dicapai dalam membina tadbir urus pintar bersepadu Parti dan badan kerajaan, kerajaan digital, ekonomi digital, masyarakat digital dan kedaulatan undang-undang digital serta pencapaian aplikasi dan teori utama seperti "otak industri berserta kilang masa depan" telahpun dilakar secara berterusan.

Sebagai tempat tetap untuk Persidangan Ekonomi Digital Dunia, Ningbo berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti industri-industri teras dalam ekonomi digital dan membentuk wilayahnya menjadi sebuah bandar perisian berciri di China, sebuah bandar utama bagi internet industri, tanah tinggi baharu bagi pembuatan pintar antarabangsa dan zon demonstrasi perintis bagi ekonomi digital.

Mengadakan Persidangan Ekonomi Digital Dunia 2021 & Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Pintar ke-11 merupakan langkah penting untuk Zhejiang melaksanakan sepenuhnya reformai digital dan menggalakkan pembangunan ekonomi digital berkualiti tinggi yang akan membantu wilayah ini menghimpunkan faktor-faktor pembangunan serta sumber-sumber inovasi ekonomi digital secara meluas dengan mewujudkan platform tahap tinggi untuk mempamerkan, berkomunikasi dan bekerjasama.

Langkah seterusnya, Zhejiang akan memfokuskan kepada misi untuk membangunkan zon demonstrasi demi kemakmuran bersama menerusi pembangunan yang berkualiti tinggi dan berusaha untuk membina sistem ekonomi moden yang bertumpukan kepada ekonomi digital bagi menjadi kawasan demonstrasi China digital serta tanah tinggi revolusi digital global.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324306.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news