omniture

Haitai Solar Lancar Laman Web Rasmi Baharu Sebagai Sebahagian daripada Evolusi Strategi Penjenamaannya

Haitai Solar
2021-10-20 07:57 169

SHANGHAI, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Haitai Solar (kod saham: 835985), perusahaan berteknologi tinggi yang terlibat dalam penghasilan tenaga hijau, hari ini melancarkan laman web rasmi baharunya. Diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 syarikat tenaga baharu terbaik, pelancaran ini menandakan langkah seterusnya buat Haitai Solar dalam perjalanannya untuk memperluaskan jejak jenama antarabangsanya.

Dibangunkan sejajar dengan trend digital terkini, laman web baharu Haitai Solar menonjolkan citarasa reka bentuk yang kuat dan konsep moden yang anggun. Setiap halaman menampilkan latar belakang dinamik dan pelbagai imej dan elemen video, yang sangat sesuai dengan cara pengguna menggunakan maklumat dalam era penglibatan multimedia. Pada masa yang sama, laman web ini menampilkan ikon yang menjadikan maklumat lebih interaktif dan mesra pengguna.

Laman utama baharu Haitai Solar merangkumi pengenalan struktur perniagaan dan pencapaiannya yang menarik; gambaran keseluruhan produk teras daripada siri Haitai-Taiji dan Haitai-Taihe; pameran Loji Kuasa Skala Utiliti, Projek Komersial dan Perindustrian, dan Projek Bumbung Kediaman; dan pusat berita penatalan tepi yang menampilkan artikel dan kajian terbaharu. Di samping Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, laman web Haitai Solar juga tersedia dalam Bahasa Jepun.

"Pelancaran laman web rasmi baharu Haitai Solar merupakan hasil daripada beberapa siri inovasi yang dibuat oleh pasukan sebagai maklum balas kepada pengalaman pengguna pelanggan luar negara kami. Kami berharap reka bentuk baharu ini dapat membolehkan lebih ramai khalayak global memahami identiti jenama Haitai Solar yang beraneka, serta banyaknya rangkaian produk berkualiti tinggi yang kami tawarkan," kata Dianna Tao, Naib Presiden Haitai Solar.

Haitai Solar ditubuhkan dalam tahun 2006 di Tangshan, Wilayah Hebei, China. Sejak penubuhannya, jenama ini telah berkembang daripada OEM komponen solar menjadi jenama bebas peringkat GW yang berada dalam kalangan 500 syarikat tenaga baharu terbaik dunia. Setakat 2021, Haitai Solar memiliki jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 8GW – 6.5 GW dari kilang-kilang domestik dan 1.5GW dari kilang di Vietnam. Syarikat ini mampu menghasilkan modul siri 166, siri 182 dan siri 210 dengan wafer M6, M10 dan G12, yang mana output kuasa maksima dapat mencapai sehingga 670W.

Berpegang teguh pada kepercayaan bahawa "Kualiti Memberikan Nilai", Haitai Solar telah menubuhkan perusahaan tenaga baharu berkualiti tinggi dengan matriks produk yang menyeluruh dan penyelesaian tenaga bersih yang profesional dan cekap. Dengan mematuhi kritera ISO 14001 dan membangunkan sistem pengeluaran pintar hijau, Haitai Solar telah menurunkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 59.7%, mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 69.8% dan mengurangkan penggunaan air sebanyak 62.1% dalam tempoh antara 2015 dan 2020.

"Dengan pelancaran laman web estetik baharu kami, Haitai Solar sekali lagi meningkatkan strategi penjenamaan dan perjalanan dalam talian pelanggan. Melalui tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui dengan modul PV sebagai perniagaan teras kami, kami komited untuk menggerakkan Haitai Solar ke hadapan dan akan memperkukuhkan lagi inovasi teknologi, yang akan memberikan produk yang boleh dipercayai yang dapat disesuaikan dengan trend masa hadapan sambil memanfaatkan pembangunan industri untuk memastikan daya saing untuk kejayaan jangka panjang," kata Wang Yong, Pengerusi Haitai Solar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.haitai-solar.com  

Latar Belakang Haitai Solar 

Haitai Solar ialah perusahaan teknologi tinggi yang memberi tumpuan kepada tenaga hijau dengan lima Bahagian Perniagaan: modul Fotovolta, Loji Kuasa Skala Utiliti, Pendakap Fotovolta, Penyimpanan Tenaga, dan Tenaga Hidrogen. Sejak penubuhannya dalam tahun 2006, syarikat ini telah komited untuk menyediakan lebih nilai kepada pelanggan global secara sistematik dan telah diiktiraf sebagai Pengeluar Modul Tahap 1 oleh Bloomberg New Energy Finance. Dengan jumlah kapasiti pengeluaran global sebanyak 8GW, Haitai Solar diletakkan sebagai 10 syarikat PV terbaik di China dari segi kapasiti pengeluaran dan penghantaran. Sebagai penyedia tenaga baharu pintar, Haitai Solar akan terus mempromosi pembangunan tenaga baharu dengan pembangunan kualiti dan teknologi untuk memimpin revolusi tenaga hijau.

Source: Haitai Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities