omniture

Marubeni dan Mainstream Renewable Power Bersetuju Labur Ekuiti EURO 100 Juta

Mainstream Renewable Power
2013-08-05 16:45 131

DUBLIN, 5 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Pembangun angin dan suria global, Mainstream Renewable Power dan Syarikat Perdagangan Jepun Marubeni Corporation hari ini memeterai perjanjian pelaburan ekuiti bernilai €100 juta agar Marubeni bakal mendapat kira-kira 25% pegangan dalam Mainstream. Perjanjian ini, yang tertakluk kepada kelulusan pemegang saham, mewakili pelaburan ekuiti tunggal terbesar dalam sejarah lima tahun setengah syarikat itu. Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Marubeni mendapat hak perwakilan Lembaga Pengarah Mainstream bersama Barclays yang melabur dalam syarikat itu pada tahun 2008.

Perjanjian ini menandakan perikatan strategik jangka panjang yang bakal menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama erat bagi memecut projek penting Mainstream melalui berbilang bidang kuasa. Marubeni Corporation sudah mempunyai kepentingan perniagaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui seluruh dunia, termasuk industri angin luar pesisir di Eropah dan perniagaan bekalan tenaga elektrik di UK.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Mainstream telah mempunyai pelbagai projek global dalam peringkat perancangan yang terdiri daripada projek angin dan suria dengan lebih 19,000 megawatt merentasi empat benua dengan loji yang sedang dibina dan sedang beroperasi di Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada. Baru-baru ini syarikat itu telah membuat beberapa pengumuman strategik; termasuk penerimaan kebenaran perancangan di darat untuk ladang angin luar pesisir 450MWnya di Scotland dan pemeteraian perjanjian bernilai $1.4 bilion dengan Actis untuk membangunkan platform angin dan suria di Chile. Awal tahun ini Mainstream menerima hubungan grid daripada National Grid untuk Jejambat Tenaganya yang memungkinkan Mainstream membina dan mengeksport tenaga angin sebanyak 5,000MW dari Ireland ke UK mulai tahun 2018.

Memberi komen tentang perjanjian itu, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power, Eddie O'Connor berkata: "Saya gembira dapat bekerja dengan syarikat seperti Marubeni kerana misi strategik dan nilai mereka sangat sejajar dengan Mainstream. Pelaburan ini bakal mengubah keadaan untuk Mainstream dengan membenarkan kami menumpukan untuk memecut portfolio projek kami merentasi pelbagai pasaran serta memasuki bidang kuasa strategik baharu yang memberikan peluang nilai kukuh untuk perniagaan kami. Setelah memajukan syarikat kami melalui krisis kewangan global, pelaburan strategik jangka panjang begini merupakan bukti kekuatan dan pengalaman pasukan kami serta kualiti dan jangkauan portfolio projek global kami."

Hiroshi Tachigami, Presiden Marubeni Europower yang berpusat di London, memberi komen: "Marubeni gembira dapat merebut peluang dengan syarikat yang betul pada masa yang betul dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui global. Ini hubungan kerjasama erat Mainstream dan Marubeni yang menyaksikan masa hadapan kami bertembung dalam banyak bidang. Kami teruja dapat bekerja bersama dan saling melengkapi agar yang perlu termasuk penembusan dalam bidang pasaran baharu, penyampaian projek prakebenaran, menstrukturkan penyelesaian modal, semua yang penting dalam memecut pertumbuhan Mainstream dan Marubeni Power."

Hubungi: Emmet Curley, Ketua Komunikasi, Mainstream Renewable Power. Tel: +353-85-734-9946

Sumber: Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Utilities Financing agreements Joint ventures