omniture

EBE China 2021 bermula, mengambil kira lonjakan pertumbuhan sektor e-dagang

The Organizing Committee Of The International E-business Expo 2021 (EBE China)
2021-10-20 09:27 122

HANGZHOU, China, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo E-Perniagaan Antarabangsa (Hangzhou) China Kelapan (EBE China 2021) dibuka pada 15 Oktober 2021.

Bertemakan "Peluang Baharu, Pembangunan Baharu, Landskap Baharu", EBE China tahun ini dianjurkan oleh Biro Perdagangan Perbandaran Hangzhou, dengan Kumpulan Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hangzhou (Hangzhou Expo Group) sebagai organisasi tuan rumah dan Kerajaan Rakyat dan Perbandaran Hangzhou dan Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang sebagai dua penaja acara. Acara ini, yang dibahagikan kepada tiga bahagian kandungan – persidangan, pameran dan acara berjadual – mengikuti trend yang sedang berlaku di seluruh sektor e-dagang serta menonjolkan perkhidmatan dan produk baharu yang telah muncul untuk melayaninya. EBE China bertujuan untuk mempamerkan inovasi dan pencapaian terkini sektor ini sambil mengkaji lonjakan pertumbuhannya yang besar.

2021 EBE China kicks off, taking stock of the surging growth of the e-commerce sector
2021 EBE China kicks off, taking stock of the surging growth of the e-commerce sector

Beberapa pakar akademik serta pemimpin amalan industri telah diundang untuk membincangkan trend akan datang. Para tetamu yang termasuk Yao Yang, Dekan Sekolah Pembangunan Nasional di Peking University dan Xiao Lihua, Naib Presiden Alibaba Group dan Presiden Pusat Penyelidikan Awan Alibaba, kedua-duanya akan menyampaikan ucapan dasar. Di samping itu, sesi perbincangan yang dianjurkan memberi tumpuan kepada topik semasa yang merangkumi pengukuhan semula kawasan luar bandar, e-dagang merentas sempadan, rantaian blok, video format pendek dan acara-acara strim langsung.

Di bahagian dewan pameran menampilkan trend industri semasa dan akan datang, Aliyun dan Gree Electric Appliances serta beberapa nama jenama firma e-dagang, peruncit, rangkaian berbilang saluran (MCN) dan pengendali rantaian bekalan, semuanya telah menyediakan pameran yang menunjukkan model perniagaan e-dagang terkini dan ramalan mereka untuk arah tuju masa depan industri.

Dewan pilihan produk e-dagang merentas sempadan terbukti menjadi salah satu daripada sorotan acara yang paling banyak dikunjungi. Di samping eksekutif daripada jenama tersohor yang termasuk Amazon dan Shopee, serta platform e-dagang merentas sempadan lain yang terkenal, pembekal dan pengeluar perkhidmatan, penganjur acara mewujudkan hubungan yang lancar antara penjual dan pembeli dengan menjemput lebih daripada seribu pembekal produk yang masih baharu bagi China yang mempunyai sedikit atau tiada persaingan untuk mereka di pasaran pada masa ini.

Dalam bahagian pengalaman peruncit dan pengguna baharu, para hadirin boleh mendapat "maklumat terkini" tepat pada masanya mengenai peningkatan yang paling terkini untuk kualiti kehidupan hasil daripada kemajuan dalam digital dan AI.

Source: The Organizing Committee Of The International E-business Expo 2021 (EBE China)
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news