omniture

Memimpin Trend Baharu: Pameran Canton Ke-130 Mulakan Jelajah Maya "Lebah dan Madu"

Pameran Canton
2021-10-20 10:04 149

GUANGZHOU, China, 19 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-130 yang sedang berlangsung memulakan Jelajah Maya "Lebah dan Madu", yang memberikan pembeli pengalaman Pameran Canton yang jelas dan mengasyikkan dari jarak dekat, membolehkan pembeli berhubung dalam talian dengan industri pengeluaran pintar China, mencari pembekal dengan cepat serta menikmati pengalaman menghadiri dalam talian yang lebih baik. Aktiviti ini telah menarik lebih 150,000 pembeli global untuk menonton dari dalam talian dari 16 – 18 Oktober.

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register untuk lebih banyak peluang.

Aktiviti Jelajah Maya pertama ini telah dilancarkan dengan tema "Pengeluaran Pintar Cina Memimpin Kehidupan Pintar". Syarikat jenama Haier, BS Group, Chigo, Gree, Galanz dan jenama lain di Pameran Bahagian Peralatan Elektronik dan Elektrik Kediaman turut serta dalam acara ini dan berinteraksi rapat dengan khalayak, menunjukkan trend pembangunan pintar industri ini.

"Lebah" dan "Madu" juga meneroka bahan binaan baharu, membuka gaya hidup berkualiti tinggi, menikmati pesta yang menampilkan generasi muda dan sukan, sambil menemui peruncit makanan dan kelestarian fesyen baharu, meliputi kawasan pameran bermula dengan bahan binaan, barangan pengguna harian, hadiah, barangan sukan, tekstil dan pakaian, makanan dan produk dari kawasan luar bandar.

Jelajah Maya "Lebah dan Madu"
Jelajah Maya "Lebah dan Madu"

Pengeluaran pintar Cina membawa fesyen baharu ke peluang perniagaan 

Jelajah Maya menampilkan banyak produk baharu yang memperlihatkan gaya hidup masa hadapan kepada pembeli global. Haier mempamerkan dobi AQUA, mesin basuh kawalan suara, peralatan dapur pintar dan ruang tamu pintar. Gree mempersembahkan kiub ajaib yang dapat menawarkan pengurusan peralatan rumah jarak jauh yang mudah dan menepati masa seperti alat penghawa dingin dan langsir di bilik tidur.

Pesawat pandu automatik Pintar adalah sorotan di EHang dengan ketinggian penerbangan maksima yang mencapai 150 meter. Ia dapat digunakan secara meluas dalam pengangkutan awam, pelancongan, logistik dan kecemasan perubatan, menawarkan penyelesaian baharu untuk menangani cabaran lalu lintas bandar.

Shenzhen Amos Sweets & Food Co., Ltd mempersembahkan Amos 4D, jeli blok berperisa buah yang kreatif mereka, yang dapat digunakan oleh kanak-kanak sebagai blok binaan. Gula-gula ini digemari oleh kanak-kanak di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Korea Selatan, Jepun dan banyak lagi negara lain.

Lebih lagi, "Lebah" merasa teh Shifeng Longjing yang terkenal di reruai Zhejiang Tea Group, yang membincangkan sejarah teh dengan pempamer, menggunakan pemasaran strim langsung untuk membantu pempamer mempromosi produk mereka.

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register untuk lebih banyak peluang. 

8 aktiviti Jelajah Maya, yang menggabungkan pameran dalam talian dan pameran fizikal, telah menunjukkan teknologi dan trend baharu daripada industri pengeluaran pintar Cina, membawa pesta membeli belah untuk entity perniagaan yang tidak dapat hadir ke Pameran Canton. Pembeli dapat mencari pembekal berpotensi mereka dan mengemukakan pertanyaan semasa jelajah ini.

Jelajah Maya ini menyediakan model platform baharu yang membolehkan "belian dan jualan secara global" tanpa had masa dan ruang, menawarkan peluang-peluang baharu untuk pembeli global menemui pengeluaran pintar Cina dan meneroka pasaran Cina.

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register untuk lebih banyak peluang. 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Trade show news