omniture

Asia School of Business: Adakah kita bersedia untuk Ekonomi Perubahan Iklim?

Kesan perubahan iklim sudah terasa, bermula daripada gelombang panas membawa maut hingga banjir teruk dan Asia telah dan akan terus mendapat kesan yang besar. KDNK Asia yang bernilai $4.7 trilion bakal terjejas. Persoalannya, bagaimana komuniti perniagaan dapat membalikkan trend ini dan mengekalkan jangka panjang perniagaan serta modal insannya? LESA 2021 bertujuan untuk menangani hal ini dan banyak lagi.
Asia School of Business
2021-10-20 12:55 174

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kerugian yang paling banyak akibat daripada perubahan iklim (sehingga $4.7 trilion KDNK mengikut analisis McKinsey baru-baru ini), Asia berada di barisan hadapan krisis iklim. Sainsnya jelas dan sektor kewangan menyedari terdapatnya peningkatan risiko banjir yang teruk, taufan dan kemarau. Pelaburan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat (ESG) Seluruh Dunia telah mengalami gelombang pertumbuhan di sebalik pandemik ini dan tumpuan yang baharu terhadap kemampanan dan aset ESG bersedia menyumbang sebanyak lebih sepertiga aset bawah pengurusan menjelang tahun 2025 (Bloomberg). 

Perubahan bermula dengan anda, hari ini. Daftar sekarang di www.asb.edu.my/lesa
Perubahan bermula dengan anda, hari ini. Daftar sekarang di www.asb.edu.my/lesa

Di Asia Tenggara, model perniagaan yang mengutamakan kemampanan, penilaian risiko iklim dan pelaburan ESG masih baharu, namun impak perubahan iklim sudahpun terasa. Adakah perniagaan Asia dipersiapkan untuk menghadapi cabaran ini? Bagaimana kita dapat mula mengurangkan impak? Adakah terlalu lewat? Prof. John Sterman, Pengarah Inisiatif Kemampanan MIT Sloan dan penceramah ucapan dasar di persidangan Kepimpinan untuk Kemampanan Perusahaan Asia (LESA 2021) akan datang pada tahun ini bertegas bahawa masih adanya harapan.

Professor Sterman akan mengendalikan acara ini, dianjurkan oleh Asia School of Business yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia yang menumpukan sekitar kesegeraan untuk Asia Tenggara dan perniagaan dunia baru muncul untuk mengambil langkah-langkah kritikal bagi mengurangkan risiko iklim serta memetakan laluan baharu ke hadapan. Wakil-wakil daripada organisasi-organisasi seperti MIT Sloan, McKinsey & Company, Esquel Group, BlackRock, United Overseas Bank (UOB) dan banyak lagi akan turut berucap semasa LESA 2021.

Ketika pemimpin-pemimpin perniagaan di rantau ini bersiap sedia untuk menghadapi "kebiasaan seterusnya" dan tatkala Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura mengumumkan ikrar mereka baru-baru ini untuk melangkah ke hadapan bagi menjadi neutral karbon dalam beberapa dekad yang seterusnya, LESA 2021 menjemput semua pemimpin perniagaan, penggubal dasar, usahawan dan individu untuk menyertai perbualan – mengenai cabaran mahupun penyelesaian dan teknologi yang berdaya maju dari segi ekonomi yang disokong oleh sains untuk beradaptasi dan menghadapi ekonomi yang mengalami perubahan iklim ini dalam konteks Asia.

"Daripada membiarkan perkara secara 'tunggu dan lihat', yang mana individu bergantung pada perniagaan, syarikat-syarikat lebih kecil bergantung pada konglomerat yang besar untuk menjadi peneraju dan pihak kerajaan mengarahkan kerajaan lain untuk melaksanakan dasar, LESA 2021 bertujuan untuk menyebarkan pesanan bahawa setiap individu dan entiti mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk dimainkan dalam memandu kita ke arah hala tuju yang tepat sebelum akibatnya menjadi tidak dapat dibalikkan seperti sedia kala," kata Prof. Charles H. Fine, (Ph.D. Stanford) Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Dekan di Asia School of Business.

Menitikberatkan Perubahan sebagai Langkah-Langkah Kecil yang Boleh Dilaksanakan

Meluangkan masa selama berdekad-dekad mengkaji tindak balas dan usaha orang ramai untuk mengurangkan perubahan iklim, Sterman menegaskan bahawa orang ramai mengambil berat tentang alam sekitar. "Isu utamanya adalah orang ramai berasa kecewa dengan kerumitan dan kelewatan dalam tempoh yang lama terutamanya apabila kami sangat terbiasa dengan maklum balas segera."

Apabila kami berhadapan dengan kesan-kesan yang kelihatan seperti membawa bencana, mengecewakan dan tiada harapan, beliau berkata, "Kebanyakannya cenderung untuk menyakinkan diri mereka bahawa 'masalah tersebut tidaklah terlalu teruk', 'pasaran akan menyelesaikannya' atau 'kerajaan akan mengatasinya'."

Bagi mencabar tanggapan ini dan menyeru orang ramai untuk mengambil tindakan individu dan kolektif, Sterman membangunkan simulasi En-ROADS dan C-ROADS yang menggunakan analogi tab mandi ("Jumlah CO2 di udara sama seperti jumlah air dalam tab mandi; jika akan terus mengisinya dengan lebih cepat berbanding apabila ia mengalir keluar, mengikut hukum fizik asas, ia akan meningkat hinggalah melimpah") –  dan menjadikan simulasi tersedia kepada orang awam secara umumnya. Sama seperti memberi persiapan kepada juruterbang untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan, simulasi membantu mengajar dan melatih juruterbang agar mereka dapat membuat penyesuaian yang diperlukan bagi mengelakkan kemalangan.

"Kesimpulan daripada simulasi ini sentiasa sama - kita semua memainkan peranan dan tiada peranan yang terlalu kecil. Peserta-peserta sentiasa muncul dengan kekuatan," simpul Sterman, yang turut mengendalikan berbilang simulasi sedemikian untuk peringkat kerajaan tertinggi, korporat dan NGO di lebih 80 negara di seluruh dunia dan untuk pelajar termasuk di Asia School of Business.

Idea yang ringkas namun berkuasa ini – bahawa kesan kumulatif daripada tindakan yang kecil dapat mencapai hasil yang hebat – benar-benar merupakan pesanan utama yang ingin disebarkan oleh Asia School of Business melalui persidangan LESA 2021 tahun ini.

Tindakan dan Perubahan Berpunca daripada Penetapan Minda 

"Asia mempunyai peluang yang besar untuk mengikuti laluan baharu ke hadapan dalam mengurus risiko sosial, ekonomi dan iklim. Namun demikian, memetakan wilayah baharu akan memerlukan idea baharu, pendekatan, keberanian, ketangkasan dan penetapan minda yang strategik," kata Prof. Fine.

LESA, kini memasuki tahun ke-9, bakal diadakan secara maya pada tahun ini mulai 15-18 November 2021. Persidangan ini terdiri lebih daripada 16 jam kandungan yang diagihkan sepanjang 4 hari dan menampilkan pemimpin perniagaan, pakar industri, ahli akademik dan pengamal kemampanan dari serata dunia yang akan memfokuskan kepada pandangan dan pembelajaran dari segi cara untuk memulakan kemampanan untuk Asia.

Persidangan tersebut akan turut menyaksikan kemuncak Iclif Leadership Energy Awards (ILEA) yang ditaja oleh Maybank dan memberi penghormatan kepada individu-individu yang menggunakan "Tenaga Kepimpinan dalam Tindakan" mereka untuk memberi kesan yang mampan dan positif dalam organisasi atau komuniti mereka. Persidangan tersebut turut disokong oleh Associate Sponsor Sarawak Energy.

Dengan kemampanan sebagai tonggak utama untuk ASB dan keperluan segera terhadap kesedaran besar-besaran dalam kalangan pemimpin perniagaan, LESA 2021 memberi Pas Penemuan secara percuma kepada semua individu yang berminat. Pas Penemuan memberi akses kepada bilangan sesi pra-pilih yang terhad untuk menjadikan pandangan yang dikongsikan di LESA boleh diakses oleh sejumlah individu yang lebih banyak.

Untuk pengalaman penuh LESA, Pas Akses-Penuh termasuk akses (langsung dan atas-permintaan) kepada semua ucapan dasar, kelas pakar dan sesi panel kini sedia untuk dibeli di https://asb.edu.my/lesa

Source: Asia School of Business
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Environmental Issues Future Events