omniture

Hisense, Loewe Bentuk Hubungan Kerjasama Strategik

Hisense Group
2013-08-07 00:43 142

QINGDAO, China, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Loewe mengumumkan pada 31 Julai semasa mesyuarat pemegang sahamnya yang Hisense akan menyediakan panel TV dan teknologi perisian TV pintar terbaharu dalam langkah bagi membantunya memperluaskan pasaran TV premium. Loewe merancang memasuki pasaran Asia yang menggalakkan ini tidak lama lagi. Loewe pula akan menawarkan rangkaian pengedaran kelas pertama di Eropah Barat kepada Hisense.

Harga saham Loewe meningkat 30 peratus berikutan berita ini.

Loewe, ditubuhkan pada tahun 1923, ialah jenama premium Jerman yang kukuh untuk Barangan Elektronik Pengguna yang dikenali dengan kualiti tingginya yang menghasilkan dan memasarkan set televisyen, pemain Blu-Ray, peralatan audio dan teknologi perkongsian komputer. Namun, pasaran LCD di Eropah menunjukkan pertumbuhan negatif, lalu membawa kepada penurunan dalam keputusan Loewe.

Naib Presiden Hisense Lin Lan memuji sumber saluran Loewe dalam pasaran luar negara. "Kerjasama strategik antara Hisense dengan Loewe memberi faedah kepada kedua-dua pihak dan akan membantu kami mendapat saham pasaran di Eropah berdasarkan teknologi maju seperti UHDTV," kata Lin.

Eropah ialah rantau strategik pembangunan global Hisense. Menetapkan model kerjasama inovatif yang merangkumi pembangunan & penyelidikan, pengilangan, serta akses kepada rangkaian berkepelbagaian tinggi saluran jualan dan pengedaran, adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh Hisense untuk bertapak dalam pasaran Eropah.

Kumpulan Hisense mendapat hasil 45.4 bilion yuan (kira-kira US$7.4 bilion) dalam separuh tahun pertama tahun ini, naik 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan keuntungan meningkat 20 peratus, mengekalkan momentum pertumbuhan mantap.

Source: Hisense Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television Licensing/marketing agreements