omniture

Perfect World Sertai ChinaJoy 2013, Permainan Baharu Menarik Perhatian

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2013-08-07 12:48 126

BEIJING, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo & Persidangan Hiburan Digital China ke-11 ("ChinaJoy") diadakan di Shanghai baru-baru ini. Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. (Perfect World), sebagai salah satu pempamer utamanya, mendapat perhatian ramai yang ketara dengan beberapa permainan baharu dan kandungan hiburan interaktif beraneka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO )

ChinaJoy, acara hiburan interaktif besar yang mengikuti jejak US E3 dan Tokyo Game Show, ialah tapak penting untuk mempamerkan produk dan teknologi baharu sementara berperanan sebagai konduit untuk berita dan maklumat tentang polisi perindustrian terbaharu dan arah aliran pasaran. Acara itu merapatkan hubungan kerjasama antara syarikat China dengan syarikat antarabangsa dan memainkan peranan positif dalam memacu perkembangan sihat industri hiburan interaktif digital China.

Pameran itu diadakan setiap tahun, dan saban tahun pameran itu menarik para pempamer dari Eropah, AS, Jepun, Korea Selatan, negara Asia Tenggara, tanah besar China, Hong Kong dan Taiwan, serta ramai peminat permainan.

Di ChinaJoy tahun ini, Perfect World mempamerkan banyak permainan klien termasuk Swordsman Online, Never Winter Online, Legend of the Condor Heroes dan Holy King, serta permainan web seperti TOUCH, War of the Three Kingdoms dan Legend of Chu and Han. Tambahan lagi, satu kawasan permainan disediakan di acara itu dan ini memberikan para pemain pengalaman percubaan bermain yang hebat.

Sebagai permainan medan tempur dalam talian klasik, Dota2 menerima perhatian yang lebih di ChinaJoy, berikutan Kejohanan Dota2 Antarabangsa yang dinanti-nantikan ramai yang dilancarkan di Seattle baru-baru ini.

Lebih-lebih lagi, kemunculan pertama permainan mudah alih termasuk Return of the Condor Heroes, This is War, Legend of MT Heroes, Legend of Chu and Han dan Ice and Fire Age juga menarik perhatian ramai kepada Perfect World. Program pelaburan global PWIN yang diumumkan di sidang akhbar ChinaJoy tidak syak lagi merupakan langkah besar Perfect World melebarkan sayapnya dalam sektor permainan mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong memberi penerangan terperinci tentang program pelaburan global PWIN dan menyatakan keyakinan beliau dalam pelaksanaan program itu.

Selain permainan, Perfect World juga menawarkan pelbagai program interaktif dan persisian permainan, dan ini menghangatkan lagi suasana di ChinaJoy.

Dengan menggunakan kelebihan cemerlangnya dalam pembangunan teknologi dan rekaan inovatif selepas persediaan selama bertahun-tahun, tahun ini Perfect World melancarkan sebilangan permainan klien baharu sambil berjaya menjinakkan diri dalam sektor permainan web dan mudah alih. Syarikat itu berkata ia akan maju ke hadapan dengan strategi menyepadukan sumber global termasuk PWIN dalam langkah bagi melancarkan lebih banyak permainan berkualiti dan menyediakan pengalaman hiburan yang lebih baik untuk para pengguna seluruh dunia.

 

 

 

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Trade show news