omniture

Value Instruments Daripada Rohde & Schwarz Memberi Prestasi Ujian dan Pengukuran Berkualiti Tinggi pada Harga Rendah

Rohde & Schwarz
2013-08-07 15:00 112

MUNICH, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Penyelesaian ujian dan pengukuran Rohde & Schwarz dikenali kerana kualiti, ketepatan dan inovasi bermutu. Portfolionya yang menyeluruh yang terdiri daripada peralatan pengukuran kegunaan am menunjukkan semua penyelesaian ini tidak semestinya mahal. Untuk tujuan ini, Rohde & Schwarz serta subsidiarinya HAMEG Instruments kini memasarkan rangkaian peralatan ujian dan pengukuran dengan harga berpatutan di bawah label bersama yang baharu "Value Instruments oleh Rohde & Schwarz".

Rohde & Schwarz mengumpulkan produk daripada rangkaian asasnya yang terdiri daripada peralatan yang jitu, andal dan berkesan kos di bawah label Value Instruments. Selain penganalisis spektrum dan osiloskop, portfolio Value Instruments termasuklah produk prapematuhan EMC serta bekalan kuasa daripada Rohde & Schwarz serta subsidiarinya HAMEG Instruments.

Value Instruments merupakan cara unggul penyedia memenuhi keperluan bukan hanya syarikat besar, tetapi juga secara khususnya para pengguna daripada syarikat sederhana yang dahulunya mendapati produk Rohde & Schwarz terlalu mahal. Roland Steffen, Ketua Bahagian Ujian dan Pengukuran dan Naib Presiden Eksekutif di Rohde & Schwarz, menerangkan, "Dalam jabatan pembangunan syarikat elektronik besar dan juga dalam makmal servis kecil, tugasan yang ditangani bukan selalunya melibatkan pengukuran yang sangat rumit, dan pengguna bukan selalunya memerlukan penyelesaian Ujian & Pengukuran yang mahal. Apa yang mereka perlu hanyalah peralatan pengukuran kegunaan am yang andal dan jitu. Begitulah Rohde & Schwarz memainkan peranan dengan Value Instruments. Produk ini menawarkan ciri praktikal, pengukuran yang bagus dan kemudahan penggunaan. Produk ini juga ideal untuk belanjawan terhad."

Peralatan ini boleh didapati melalui rangkaian jualan langsung yang dipercayai, pengedar sah serta kedai laman web R&S Surf-In yang boleh didapati di negara tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.rohde-schwarz.com/value.

Hubungi: Christian Mokry, Tel.: +49-89-4129-13-052, Emel: Christian.Mokry@rohde-schwarz.com

SUMBER  Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services