omniture

TerraPay bekerjasama dengan LuLu International Exchange untuk memperkasakan pemindahan rentas sempadan masa nyata dari UAE ke pasaran global utama

TerraPay
2021-10-20 18:26 20

THE HAGUE, Belanda, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan LuLu International Exchange, sebahagian daripada LuLu Financial Group - sebuah syarikat perkhidmatan kewangan global terkemuka. Kerjasama strategik ini akan membolehkan para pelanggan LuLu dirangkaikan ke koridor global utama seperti Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara benua kecil, negara-negara utama Afrika seperti Kenya, Tanzania, Ghana, Uganda, Nigeria, China, Vietnam, Indonesia, negara Eropah dengan pembayaran SEPA dan United Kingdom untuk menerima pemindahan wang rentas sempadan yang selamat dan menjimatkan kos dari UAE. Kerjasama ini akan membolehkan TerraPay mengakses lebih 5 juta pangkalan pelanggan LuLu Exchange.

TerraPay partners with LuLu International Exchange to power real-time cross-border transfers from UAE to key global markets
TerraPay partners with LuLu International Exchange to power real-time cross-border transfers from UAE to key global markets

Menurut laporan Bank Dunia, UAE merupakan sumber pengiriman wang kedua terbesar di seluruh dunia pada tahun 2020, diikuti oleh Arab Saudi. Pertukaran antarabangsa LuLu dengan salah satu rangkaian ejen terbesar dan pangkalan pelanggan yang menarik lagi mengagumkan yang menggunakan aplikasi LuLu Money, kekal menerajui pengiriman wang rentas sempadan di rantau Timur Tengah.

Mengulas tentang hubungan tersebut, Saurabh Ranjan, Pengarah Serantau Timur Tengah TerraPay, berkata, "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan LuLu International Exchange. Kerjasama kami dengan LuLu membuka kemudahan pembayaran bank segera dan dompet mudah alih ke koridor utama di Afrika, Eropah, Amerika dan Asia, menambahkan liputan dan kecekapan yang lebih besar kepada LuLu Money melalui saluran runcit atau digital LuLu Exchange. Melalui kerjasama ini, pelanggan LuLu akan dapat mengakses kredit dengan segera/pada hari yang sama ke UK, Asia, Eropah dan Afrika tanpa caj sampingan atau caj tersembunyi.  Perikatan kami merupakan satu lagi contoh impak rangkaian pembayaran saling kendali digital kami terhadap seluruh rantau. Kami memacu akses yang lebih besar kepada perkhidmatan kewangan di seluruh dunia untuk semua rakan kongsi dan pelanggan kami"

Berucap tentang kerjasama tersebut, Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan LuLu Financial Group mengulas, "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan TerraPay. Rakan kongsi dan infrastruktur rangkaian pembayaran global TerraPay yang luas akan memainkan peranan penting dalam memudahkan aliran pengiriman wang rentas sempadan dengan selamat, telus, cekap dan dalam masa nyata.  Kami percaya pada perkongsian kolaboratif dan penggunaan teknologi serta kami komited untuk menyediakan pembayaran yang segera, boleh dipercayai dan menjimatkan kos kepada pelanggan kami"

Kedua-dua syarikat tersebut akan bekerjasama untuk memacu pengiriman wang digital masa nyata, memupuk penyertaan kewangan dan memacu penerimagunaan pembayaran tanpa tunai.

Tentang TerraPay 

TerraPay yang beribu pejabat di Amsterdam, merupakan sebuah syarikat penyedia penyelesaian dan infrastruktur pembayaran digital berlesen. Sejak tahun 2014, syarikat ini telah membina lebuh raya pembayaran yang sentiasa berkembang yang memperkasakan perniagaan dengan laluan global masa nyata yang lancar dan selamat untuk setiap pembayaran, kecil atau besar. Didaftarkan dan dikawal selia di seluruh 15 pasaran global, TerraPay merupakan rakan kongsi global terkemuka kepada bank, dompet mudah alih, pengendali pemindahan wang, pedagang dan institusi kewangan yang mewujudkan ekosistem pembayaran yang luas yang menyokong pelbagai jenis pembayaran dan instrumen pembayaran. Dengan penyepaduan tunggal, syarikat ini menghubungkan rakan kongsi mereka dengan rangkaian global yang mantap dan disokong oleh piawaian pematuhan dan keselamatan yang kukuh.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

terrapay.com 

Tentang LuLu Financial Group 

LuLu Financial Group yang merupakan sebahagian daripada LuLu Exchange ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan kewangan global yang beribu pejabat di Abu Dhabi dan mengendalikan lebih 235 cawangan di 11 buah negara di seluruh pasaran di GCC, APAC dan benua kecil India. Syarikat ini mempunyai pelaburan dalam pelbagai perkhidmatan & produk kewangan digital dan bukan digital yang bertujuan untuk menambah baik kehidupan masyarakat berdasarkan visi untuk menginovasi nilai dan menginspirasi pengalaman dalam pasaran yang merangkumi operasinya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://luluexchange.com/

Anwesha Mukherjee 
anwesha@terrapay.com  
+91-9717241606

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1665012/Lulu.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: TerraPay
Keywords: