omniture

LTI Melepasi Kadar Sasaran Pendapatan Tahunan USD2 bilion

LTI
2021-10-20 18:36 20

- Hasil mata wang malar LTI meningkat sebanyak 8.9% QoQ dan 25.5% YoY; Keuntungan bersih meningkat sebanyak 20.8% YoY

MUMBAI, India, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global mengumumkan hasil Suku Tahunan Kedua bagi Tahun Kewangan 2022 pada hari ini.

Dalam Dolar AS: 

  • Hasil berjumlah USD509.0 juta; pertumbuhan sebanyak 8.3% QoQ (Suku Tahunan ke Suku Tahunan) dan 25.8% YoY (Tahun ke Tahun)
  • Pertumbuhan Pendapatan Mata Wang Malar sebanyak 8.9% QoQ dan 25.5% YoY

Dalam Rupee India: 

  • Hasil berjumlah INR37,670 juta; pertumbuhan pada kadar 8.8% QoQ dan 25.6% YoY
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR5,517 juta; pertumbuhan sebanyak 11.1% QoQ dan20.8% YoY

Urus Niaga yang Diperoleh Baru-baru Ini 

-  Dipilih oleh sebuah syarikat Eropah yang menyediakan penyelesaian pemasaran digital untuk perjanjian perkhidmatan terurus global yang lengkap di seluruh jabatan IT dalaman. Skop ini merangkumi penyelenggaraan aplikasi perniagaan, pembangunan dan sokongan platform awan dan data serta perkhidmatan pengguna akhir. Ini akan meliputi pelbagai teknologi digital dan akan memastikan penjimatan kos, peningkatan fleksibiliti dan kualiti perkhidmatan serta menyokong rancangan pertumbuhan syarikat

-  Dipilih oleh sebuah syarikat pengeluar kereta golf dan kenderaan utiliti dari Amerika Utara untuk perjanjian perkhidmatan IT global terurus yang lengkap termasuk penyediaan proses dan peralatan, operasi keselamatan, penyelesaian pemantauan dan sokongan aplikasi. LTI juga akan bertanggungjawab untuk penghijrahan awan bagi aplikasi yang penting sebagai sebahagian daripada perjanjian ini

-  Dilantik oleh salah sebuah bank sektor swasta terkemuka di India untuk mewujudkan platform data pada awan yang merangkumi semua fungsi teras dan asas bank seperti Peruncitan, India Bukan Pemastautin (NRI), Kekayaan, Korporat, Risiko, Kewangan, Operasi dan Sumber Manusia. Platform ini akan memberikan 'Wawasan Pantas' melalui pendemokrasian data & Kecerdasan Perniagaan (BI) yang mewujudkan ekosistem jualan dan perkhidmatan dibantu Kecerdasan Buatan (AI) termasuk pengurusan pelanggan hiper yang diperibadikan

-  Dipilih oleh sebuah syarikat pembuatan kenderaan khusus yang terkemuka sebagai rakan kongsi perkhidmatan terurus utama bagi menyokong landskap aplikasi dan infrastruktur. Ini merupakan kontrak penyumberan luar generasi pertama yang lengkap bagi syarikat yang akan memberikan penjimatan kos operasi sebanyak 30%

-  Dipilih oleh sebuah syarikat media massa terkemuka sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penggabungan vendor untuk pengurusan pangkalan data dan sokongan bagi memperkemas operasi serta mengurangkan kos

-  Dipilih oleh sebuah bank global untuk menyelesaikan masalah pelaporan kawal selia dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan melalui automasi proses

-  Dipilih oleh sebuah syarikat Fortune 500 Global yang juga merupakan peneraju bidang kecantikan dan kosmetik dunia untuk penghijrahan sistem SAP syarikat ke awan

-  Dilantik oleh sebuah syarikat penyedia analisis data serta perisian insurans kasualti dan hartanah terkemuka yang berpangkalan di Amerika Utara dalam bidang kejuruteraan produk untuk Pusat Inovasi syarikat tersebut bagi meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan di seluruh produk utamanya

-  Dipilih oleh sebuah syarikat pengeluaran dan penerokaan minyak yang merupakan Fortune 500 Global untuk mengurangkan kos dan mendorong kecekapan operasi dengan mengubah operasi tradisional menjadi penyampaian perkhidmatan yang tangkas 

-  Dilantik oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan profesional multinasional untuk menyediakan sokongan dan pengurusan penghantaran tahap 3 pada sebuah platform menjana pendapatan yang utama

-  Dipilih oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan kewangan sebagai rakan kongsi pilihannya untuk menyediakan sokongan kepada aplikasi operasi utamanya bagi memastikan kecekapan operasi dan pengurangan kos

-  Dipilih oleh sebuah anak syarikat utiliti dari Jepun yang beribu pejabat di Eropah untuk melakukan penghijrahan ke SAP S/4HANA bagi menyelaraskan dan mempermudah proses perniagaannya, meningkatkan produktiviti dan memperhebat pengalaman pengguna

Anugerah dan Pengiktirafan 

-  LTI diiktiraf sebagai vendor perwakilan dalam Panduan Pasaran Gartner untuk Penyedia Perkhidmatan Kecerdasan Buatan, Shubhangi Vashisth dan lain-lain, 26 Julai 2021

-  LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam Industri Utiliti ISG Provider Lens™ – Perkhidmatan dan Penyelesaian – Laporan Amerika Utara 2021

-  LTI Diletakkan sebagai Pesaing Utama dalam Everest Group's Microsoft Dynamics 365 Services PEAK Matrix® Assessment 2021

-  LTI diiktiraf dalam laporan Forrester: Experience Design Provider Trends, 2021

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu 

Sorotan Perniagaan Lain

-  Ahli Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak INR15 bagi setiap saham ekuiti (Nilai muka sebanyak INR1) semasa mesyuarat yang diadakan pada 18 Oktober 2021

-  LTI telah menyertai kerjasama dengan eClinicalHealth Limited untuk mempercepat inovasi digital dalam proses pengurusan ujian klinikal R&D bagi pembangunan ubat berpusatkan pesakit. LTI akan membantu mempercepat usaha bersama ke pasaran dan penggunaan Clinpal (penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan berpusatkan pesakit yang berasaskan awan) dengan lebih pantas. Penyelesaian ini akan memanfaatkan teknologi eksponen seperti analitik dan AI untuk meningkatkan penglibatan pesakit dan mempercepat kajian klinikal

-  LTI kini merupakan penandatangan kepada Sepuluh Prinsip Global Compact PBB. Prinsip ini menetapkan garis panduan operasi sesebuah syarikat bagi memenuhi tanggungjawab asas dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan anti-rasuah

-  LTI telah diiktiraf sebagai Syarikat Great Place to Work-Certified™ di AS untuk tahun kedua berturut-turut

LTI telah dianugerahkan Golden Peacock National Quality Award 2021. Anugerah ini mengiktiraf usaha LTI yang konsisten dalam menyampaikan kecemerlangan sambil mengekalkan penanda aras kualiti yang optimum

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 460 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 33 buah negara, kami berusaha keras untuk para pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 40,000 warga LTI membolehkan para pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:EQLTI India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Earnings