omniture

PEAK Sokong Kejohanan Bola Keranjang Lima Benua

Peak Sport Products Co., Limited
2013-08-07 15:48 136

- Kasut Pengadil Baharu Buat Penampilan Ulung di Pertandingan

HONG KONG, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- PEAK, rakan kongsi strategik global FIBA, dan jenama sukan terkemuka antarabangsa, akan menaja kasut rasmi kejohanan lelaki/wanita lima benua (Asia, Eurasia, Amerika, Afrika dan Oceania) dan pakaian rasmi kejohanan Asia.

Pada 1 Ogos, kejohanan Bola Keranjang Lelaki ke27 di Manila, Filipina dibuka dengan pasukan Iran tajaan PEAK, salah satu pasukan kegemaran kejohanan, mengalahkan Malaysia dengan kelebihan 90 mata.  Pasukan Asia Barat lain, Qatar, akan turut memakai kit bola keranjang PEAK.

Selain itu, bagi kejohanan FIBA EuroBasket, Kejohanan Amerika, Kejohanan Afrika dan Kejohanan Oceania, PEAK merupakan penaja bagi hamper 10 pasukan kebangsaan, seperti Jerman, Montenegro dan Australia.

Menurut peraturan FIBA, 32 pasukan lelaki kebangsaan dari lima benua akan memenangi tiket ke Sepanyol, tuan rumah Piala Dunia Bola Keranjang yang pertama tahun hadapan.

Pada Januari lalu, Kejohanan Bola Keranjang Dunia dinamakan semula sebagai Piala Dunia Bola Keranjang, yang, seperti diumumkan oleh Bowman, setiausaha agung FIBA, dijangka mempromosikan bola keranjang dan menjadikannya sala satu acara terbaik di seluruh dunia.

Tambahan pula, kasut baharu pengadil, yang direka khusus oleh Peak untuk pengadil antarabangsa FIBA, akan membuat penampilan ulung di kejohanan antara benua.  Kasut sukan baharu yang disepadukan dengan teknologi Peak, diterima oleh beberapa pengadil antarabangsa selepas diperiksa dengan tegas oleh pasukan teknikal FIBA.  Beberapa produk sukan yang disahkan secara rasmi oleh FIBA akan turut ditampilkan di Kejohanan Bola Keranjang Lima Benua ini.

"PEAK akan mengabdikan dirinya menyediakan produk bola keranjang pengalaman pengguna terbaik bagi acara FIBA," kata Jim Xu, Ketua Pegawai Eksekutif PEAK.  Beliau percaya kerjasama lanjutan dengan FIBA  akan mempromosi pengaruh PEAK di peringkat global, terutamanya di lapangan bola keranjang.

PEAK, jenama peralatan bola keranjang #1, merupakan penaja rasmi terbesar FIBA dan rakan kongsi pemasaran China rasmi NBA.  Tambahan pula, kami menaja lebih 20 pemain utama NBA seperti Tony Parker dan Shane Battier.

 

Source: Peak Sport Products Co., Limited
Keywords: Fashion Sports Sports Equipment & Accessories Textiles Licensing/marketing agreements New products/services