omniture

Spin Master Menubuhkan Spin Master Ventures untuk Mempercepat Pertumbuhan dalam Bidang Strategik Utama

Spin Master Ltd. (Marketing)
2021-10-20 20:18 24

Pelaburan ini akan memajukan strategi Syarikat dan membantu syarikat permulaan dan usahawan dalam bidang hiburan kanak-kanak

TORONTO, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. ("Spin Master" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan penubuhan Spin Master Ventures ("SMV"). Tumpuan SMV adalah untuk mempercepat pertumbuhan kesemua tiga pusat kreatif Syarikat yang terdiri daripada Barang Mainan, Hiburan dan Permainan Digital melalui pelaburan minoriti yang strategik. Mandat pelaburan SMV akan berpusatkan pada trend sederhana dan jangka panjang termasuk teknologi baharu, perkhidmatan rintis dan bidang lain yang boleh memperkukuh tawaran Spin Master.

"Kami sentiasa berpegang pada DNA keusahawanan kami yang berteraskan inovasi, keterbukaan kepada idea, kerjasama dan melangkaui batasan," kata Ronnen Harary, Pengasas Bersama merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Spin Master. "Dengan kelajuan inovasi dalam industri barang mainan, hiburan dan permainan digital sedang berkembang dengan pantas dan pelaburan dengan pandangan jangka panjang dalam menerajui usaha niaga yang mempunyai idea-idea memberangsangkan, kami boleh meningkatkan akses kepada pemikiran dan konsep yang berpotensi untuk melakukan pembaharuan. Spin Master Ventures akan menjadikan kami sebagai rakan kongsi pilihan para usahawan yang mencari modal untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan dalam bidang kanak-kanak serta akan melengkapkan strategi pengambilalihan kami di samping memperkukuh perancangan pembangunan produk kami."

SMV akan diterajui oleh veteran industri yang berpengalaman, dengan fokus yang mendalam oleh pusat kreatif. Pada peringkat permulaan, Spin Master akan memperuntukkan $100 juta kepada SMV, yang dibiayai daripada sumber dalaman sedia ada. Strategi SMV akan terdiri daripada pelaburan minoriti dan merangkumi syarikat peringkat permulaan dengan pelaburan dalam pasukan baharu dan idea baharu serta menyediakan modal pertumbuhan kepada perniagaan baharu yang memiliki produk terbukti dan sesuai dengan pasaran. Tumpuan geografi SMV adalah untuk menjadi global tetapi akan berpusat di Amerika Utara dan Eropah pada peringkat awal.

Untuk melancarkan inisiatif ini, SMV telah membuat pelaburan minoriti dalam dua buah syarikat yang sejajar dengan rancangan pertumbuhan Spin Master  dalam pusat kreatif Permainan Digital. Nørdlight, sebuah syarikat pembangunan permainan mudah alih yang berpangkalan di Stockholm yang terdiri daripada satu pasukan seramai lima orang dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam industri permainan mudah alih. Pasukan Nørdlight telah menghasilkan beberapa permainan digital mudah alih dengan pendapatan kasar yang terbesar dalam sejarah termasuk mengendali pasukan prototaip di King.com serta menerajui teknologi dan seni permainan digital termasuk Candy Crush Saga. Nørdlight akan membantu mempercepat strategi Spin Master dalam pengewangan IP miliknya sendiri dalam bidang permainan digital.

Pelaburan kedua ialah dalam Hoot Reading iaitu sebuah perkhidmatan bimbingan pelajaran dalam talian yang menyediakan kelas bacaan secara langsung kepada kanak-kanak, secara 1:1 dengan guru berpengalaman. Perkhidmatan berasaskan penyelidikan ini menghubungkan kanak-kanak dengan guru kelas sebenar untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka melalui platform sembang video yang membolehkan kerjasama antara pelajar dan guru pada skrin dalam masa nyata. Syarikat ini beribu pejabat di Kanada dan mempunyai guru dan pelajar di seluruh Amerika Utara. Menggunakan pelajaran peribadi dan menarik serta perpustakaan yang disusun dengan teliti yang mempunyai lebih 2,000 teks pada tahap berkualiti tinggi, Hoot Reading bermatlamat untuk membantu seberapa ramai kanak-kanak yang boleh untuk menjadi pembaca yang bukan sahaja mahir, malah cemerlang.

"Penubuhan Spin Master Ventures membolehkan Spin Master bekerjasama dengan syarikat dan pasukan yang luar biasa, menyediakan mereka dengan modal dan akses kepada pengetahuan dan kepakaran kami yang mendalam untuk mendorong idea dan perniagaan mereka ke hadapan," tambah Anton Rabie, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Spin Master. "Spin Master Ventures bermatlamat untuk menjadi penjana kerjasama terunggul sebagai alat untuk memperluas rangkaian, pengetahuan dan hubungan Syarikat. Melalui kerjasama dengan para usahawan ini, kami boleh meningkatkan kedudukan kepemimpinan kami dalam industri hiburan kanak-kanak."

Tentang Spin Master

Spin Master Corp. (TSX:TOY) ialah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mencipta pengalaman permainan yang luar biasa melalui pelbagai portfolio permainan inovatif, francais hiburan dan permainan digital. Spin Master amat terkenal dengan jenama-jenama yang memenangi anugerah seperti PAW Patrol®, Bakugan®, Kinetic Sand®, Air Hogs®, Hatchimals®, Rubik's Cube® dan GUND® serta pemegang lesen barang mainan untuk pemilikan popular yang lain. Spin Master Entertainment mencipta dan menghasilkan kandungan, cerita dan watak yang diminati pada pelbagai platform yang menarik melalui studio miliknya dan kerjasama dengan pencipta luar termasuk rancangan prasekolah yang berjaya, PAW Patrol serta sembilan rancangan asli yang lain bersama-sama dengan pelbagai siri berbentuk pendek yang diedarkan di lebih 190 buah negara. Syarikat mempunyai penampilan permainan digital yang mantap yang disokong oleh jenama Toca Boca® dan Sago Mini®. Mempunyai hampir 2,000 orang pekerja di 28 buah pejabat di seluruh dunia, Spin Master mengedarkan produk di lebih 100 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari spinmaster.com atau ikuti di Instagram, Facebook dan Twitter @spinmaster.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Pernyataan tertentu, selain daripada pernyataan fakta sejarah yang terkandung dalam siaran akhbar ini merupakan "maklumat berpandangan ke hadapan" dalam takrifan undang-undang sekuriti tertentu, termasuk Akta Sekuriti (Ontario) dan berdasarkan jangkaan, anggaran dan unjuran setakat tarikh pernyataan ini dibuat dalam siaran akhbar ini. Perkataan "rancangan", "jangkaan", "unjuran", "anggaran", "ramalan", "menjangkakan", "menunjukkan", "berniat", "panduan", "pandangan", "potensi", "prospek", "mahu", "strategi", "sasaran" atau "percaya" atau variasi perkataan dan frasa tersebut atau pernyataan yang menyatakan keadaan, tindakan, peristiwa atau hasil masa depan tertentu "akan", "mungkin", "boleh", "bakal", "harus", "boleh jadi" atau "dapat" atau versi negatifnya seperti "akan diambil", "berlaku", "terus" atau "akan dicapai" serta lain-lain ungkapan yang sama, merupakan pernyataan yang dikenal pasti mengandungi maklumat berpandangan ke hadapan. Pernyataan maklumat berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini merangkumi, tanpa had, pernyataan yang merujuk kepada: pelaburan awal dan seterusnya dalam SMV, sumber pembiayaan yang diharapkan dan hasil daripadanya; mandat pelaburan dan fokus geografi yang disasarkan oleh SMV; strategi pengambilalihan Syarikat; kepemimpinan SMV; dan kesan yang dijangkakan daripada pengambilalihan Nørdlight dan Hoot Reading.

Pernyataan berpandangan ke hadapan adalah sewajarnya berdasarkan persepsi pengurusan tentang trend sejarah, keadaan semasa dan perkembangan masa depan yang diharapkan serta beberapa faktor dan andaian tertentu yang, walaupun dianggap munasabah oleh pihak pengurusan setakat tarikh pernyataan ini dibuat dalam siaran akhbar ini, namun ia tetap tertakluk kepada perniagaan, ekonomi dan ketidakpastian persaingan dan hal luar jangka sebenar yang signifikan yang boleh mengakibatkan pernyataan berpandangan ke hadapan ini tidak benar pada hakikatnya. Selain daripada sebarang faktor dan andaian yang dinyatakan seperti di dalam siaran akhbar ini, faktor dan andaian penting yang digunakan untuk membentuk maklumat berpandangan ke hadapan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: pelaburan Syarikat dalam SMV akan menghasilkan keputusan yang diharapkan; aliran tunai dalaman akan mencukupi untuk membiayai pelaburan permulaan Syarikat dalam SMV; ketersediaan prospek pelaburan untuk SMV yang sesuai dengan fokus mandat dan geografi yang dihasratkannya; keupayaan kilang untuk mengeluarkan produk, termasuk saiz buruh dan peruntukan, peralatan, bahan mentah dan ketersediaan komponen, keupayaan untuk beralih antara campuran produk dan penerimaan pelanggan bagi kelewatan tarikh penghantaran; bahawa program yang direka untuk memperoleh kecekapan operasi akan mencapai keputusan yang dikehendaki; bahawa langkah yang diambil akan mewujudkan nilai pemegang saham jangka panjang; penggunaan teknologi canggih, robotik dan inovasi yang meluas yang dilaksanakan oleh Syarikat ke atas produknya akan mempunyai tahap kejayaan yang konsisten dengan pengalaman masa silamnya; Syarikat akan terus memperoleh lesen yang lebih luas dengan jayanya daripada pihak ketiga untuk hartanah hiburan utama yang konsisten dengan amalan masa lalu; pengembangan pejabat jualan dan pemasaran di pasaran baharu akan meningkatkan jualan produk di wilayah tersebut; Syarikat akan dapat mengenal pasti dan menyepadukan peluang pengambilalihan strategik dengan jayanya; Syarikat akan dapat mengekalkan keupayaan pengedarannya; Syarikat akan dapat memanfaatkan platform globalnya untuk mengembangkan jualan daripada jenama yang diperoleh; Syarikat akan dapat mengenal pasti dan memanfaatkan peluang lebih awal berbanding pesaingnya; Syarikat akan dapat terus membina dan mengekalkan hubungan kerjasama yang kukuh; Syarikat akan mengekalkan statusnya sebagai rakan usaha sama pilihan; struktur budaya dan perniagaan Syarikat akan membantu pertumbuhannya; strategi perniagaan semasa Syarikat akan terus memberi kesan memberangsangkan pada platform antarabangsa; Syarikat akan dapat mengembangkan portfolio harta intelek jenama yang dimilikinya dan berjaya melesenkannya kepada pihak ketiga; penggunaan teknologi dan robotik canggih dalam produk Syarikat akan berkembang; akses kandungan hiburan pada platform mudah alih akan berkembang; pemecahan pasaran akan terus mewujudkan peluang pengambilalihan; Syarikat akan dapat mengekalkan hubungan dengan para pekerjanya, pembekal dan peruncit; Syarikat akan terus menarik kakitangan yang berkelayakan untuk menyokong keperluan perkembangannya; dan kakitangan utama Syarikat akan terus terlibat dalam produk Syarikat serta hartanah hiburan akan dilancarkan mengikut jadual dan bahawa faktor risiko yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini tidak mempunyai kesan material kepada Syarikat secara kolektif.

Berdasarkan sifatnya, maklumat berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada kewujudan risiko dan ketidakpastian secara umum atau khusus yang menimbulkan kemungkinan bahawa jangkaan, ramalan, dugaan, unjuran atau kesimpulan tidak akan terbukti tepat, bahawa andaian mungkin tidak betul serta objektif, matlamat strategik dan keutamaan tidak akan dicapai. Faktor risiko yang diketahui dan tidak diketahui, yang kebanyakannya adalah di luar kawalan Syarikat, boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada maklumat berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, tanpa had, magnitud dan tempoh gangguan ekonomi akibat pandemik COVID-19; risiko yang berkaitan dengan pengambilalihan yang tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan; dan faktor yang dibincangkan dalam bahan pendedahan Syarikat, termasuk Perbincangan dan Analisis Pengurusan interim tahunan dan terkini Syarikat serta Borang Maklumat Tahunan Syarikat yang terbaharu yang difailkan dengan pihak berkuasa kawal selia sekuriti di Kanada dan boleh didapati dalam profil Syarikat di SEDAR (www.sedar.com). Faktor risiko ini tidak bertujuan untuk mewakili senarai lengkap faktor yang boleh menjejaskan Syarikat dan para pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan perkara ini serta faktor, ketidakpastian dan potensi peristiwa lain dengan berhati-hati dan tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan.

Tiada jaminan bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan akan terbukti tepat kerana hasil sebenar dan peristiwa masa depan mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan disediakan untuk tujuan menyediakan maklumat tentang jangkaan dan rancangan pihak pengurusan berkaitan dengan masa depan. Syarikat menafikan sebarang niat atau tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, atau untuk menjelaskan apa-apa perbezaan penting antara peristiwa sebenar berikutnya dengan pernyataan berpandangan ke hadapan, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Maklumat lanjut tentang Spin Master Ventures boleh didapati di www.spinmasterventures.com atau ventures@spinmaster.com; Hubungan Media: Tammy Smitham, Naib Presiden Komunikasi dan Kewarganegaraan Korporat, mediarelations@spinmaster.com; Hubungan Pelabur: Sophia Bisoukis, Naib Presiden Laporan Kewangan dan Perhubungan Pelabur, sophiab@spinmaster.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1663084/Spin_Master_Spin_Master_Establishes_Spin_Master_Ventures_to_Acce.jpg?p=medium600 

Source: Spin Master Ltd. (Marketing)
Related Stocks:
Toronto:TOY
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Toys Corporate Expansion