omniture

Philips Projection Bersedia untuk Mentakrifkan Semula Pengalaman Tontonan Kita dengan Pelancaran Dua Projektor Mudah Alih Baharu

Screeneo Innovation SA; Philipps
2021-10-20 22:30 70

LAUSANNE, Switzerland, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Philips Projection hari ini menambah dua produk baharu kepada rangkaian projektor berprestasi tinggi dengan pelancaran unit hiburan semua dalam satu, Philips PicoPix MaxTV dan Philips GoPix 1, produk pertama baharu bagi rangkaian projektor pendamping telefon pintar.

Philips Max TV and GoPix head banner
Philips Max TV and GoPix head banner

Sama ada anda seorang yang mementingkan nilai, pencinta kebebasan, penggemar pawagam atau peminat reka bentuk, setiap projektor Philips membawakan anda emosi sebenar untuk menyerlah, memperjelas dan memperbesar saiz kandungan anda melalui pelbagai koleksi produk NeoPix, PicoPix, Screeneo dan kini, GoPix serba baharu.

Dengan GoPix, Philips melancarkan barisan produk baharu yang dikhususkan sepenuhnya untuk membawakan kepada para pengguna pendamping telefon pintar yang sempurna, manakala ahli baharu PicoPix, Philips PicoPix Max TV merupakan sebuah unit kendiri mudah alih yang serba lengkap.

"Di Philips Projection, kami sentiasa berusaha untuk meneroka sesuatu yang baharu. Itulah sebabnya kami teruja untuk mengumumkan PicoPix MaxTV, produk canggih dalam hiburan mudah alih dan GoPix 1, pendamping terkemuka telefon pintar. Projektor saiz poket pertama yang sebenar, GoPix 1 menawarkan reka bentuk yang menarik, dengan bentuk super nipis aluminium sepenuhnya yang tahan lama. Ia sememangnya projektor yang sangat ditunggu-tunggu. Kedua-dua produk menawarkan pengalaman tontonan terbaik dan ciri-ciri mewah untuk keselesaan sebenar, dalam dua barisan produk projektor mudah alih yang berbeza." kata Dan Mamane, Presiden Screeneo Innovation SA.

Philips PicoPix MaxTV

KECERAHAN XTREME, BUNYI dan KEMUDALIHAN XTREME. 

Bertepatan dengan moto PicoPix, "Penstriman di mana-mana sahaja, permainan di mana-mana sahaja", PicoPix MaxTV telah membawa pengalaman mudah alih ke satu tahap yang baharu. PicoPix MaxTV semua dalam satu menampilkan dunia hiburan interaktif sepenuhnya dengan serta merta menggunakan paparan True 1080p Full HD asli dan TV Android terbina dalam, bersama-sama dengan pembesar suara 2.1 terbina dalam yang memberikan kehebatan luar biasa bagi merealisasikan pengalaman sinematik yang sungguh mengasyikkan, di dalam dan di luar rumah.

Dengan adanya resolusi HD Penuh 1080p Sebenar yang asli dengan LED 4 saluran super terang dan cip teknologi TI DLP Cinema, para pengguna dapat menikmati filem-filem, rancangan TV atau bermain permainan kegemaran mereka pada resolusi 120 inci dan terbaik dalam kelasnya dengan HDR10.

Tonton siri kegemaran anda secara terus menerus kerana Philips PicoPix MaxTV diperakui oleh Netflix, Amazon Prime dan Disney+ dan menggabungkan Google Assistant, Chromecast dan bateri besar yang boleh bertahan sehingga 4 jam1.

Manfaatkan pengalaman tontonan tanpa henti penuh yang merangkumi Auto Focus yang dipacu oleh AI, pembetulan Auto Keystone (menegak +45 darjah), pembetulan imej berganda, pembetulan 4 penjuru dan sensor cahaya untuk kecerahan adaptif di mana-mana sahaja anda pergi.

Bersantai dan alami suara yang lantang daripada pembesar suara 2x12 watt 2.1 terbina dalam yang kuat dan mengasyikkan ini dengan DSP khusus. Melalui getaran yang kaya dengan bass, Philips PicoPix MaxTV akan berubah menjadi sistem audio mudah alih kegemaran anda dan menjadikan pesta berlangsung sehingga 10 jam, walaupun projektor dimatikan, menggunakan mod Bluetooth 5.0 BoomBox.

Sambungkan dengan mudah ke komputer riba, telefon pintar atau konsol kegemaran anda untuk sesi permainan yang menarik dengan kelewatan input 16ms yang rendah dan kadar segar semula 60Hz. Sambungkan seberapa banyak yang anda perlukan melalui Video HDMI atau USB-C dan mainkan semua media anda melalui USB dengan pemain multimedia terbina dalam.

Philips PicoPix MaxTV dilengkapi dengan kabel video HDMI dan USB-C serta pengecas antarabangsa dan tersedia di pasaran pada 5 November, dengan harga bermula daripada EUR899.99 / USD899.99 

Philips GoPix 1 

PENDAMPING SEBENAR TELEFON PINTAR 

Projektor kompak paling nipis dan terang di pasaran, Philips GoPix 1 serba baharu menggabungkan reka bentuk aluminium abadi dan cip DLP Cinema terbaharu yang hasil rekabentuk dengan Texas Instruments, memberikan paparan saiz 75 inci dari poket anda dengan gambar standard tertinggi yang jelas.

Selongsong kelabu gelap bersaiz 18mm, sangat halus dan hebat adalah pembuatan mesin CNC untuk menekankan ciri ergonomik dan simetri yang menarik. Produk ini mentakrifkan semula standard pasaran dari segi kemudahalihan, ciri dan reka bentuk selain boleh disambungkan dengan mudah ke telefon pintar, tablet dan komputer riba anda menggunakan sebarang jenis sistem operasi.

Pek pembesar suaranya yang terbina dalam menyerlahkan kehebatan dan menghasilkan audio yang jelas untuk pembentangan profesional atau menonton filem kegemaran anda.  Bersama-sama dengan baterinya yang tahan lama, pengguna boleh menikmati paparan berkualiti tinggi hingga 2 jam manakala port pengecasan USB-C pula boleh disambung kepada mana-mana bank kuasa PD atau pengecas untuk fleksibiliti yang terunggul. Port video USB-C universal2 atau HDMI menawarkan kebebasan lanjutan untuk pelancong di mana-mana sahaja.

Pengenalan Koleksi GoPix 1 menyaksikan penembusan jenama ini ke dalam produk baharu yang dikhususkan untuk mobiliti. Dirancang untuk memberikan reka bentuk mewah dengan ciri-ciri yang hebat, ia akan memuaskan para peminat reka bentuk dan mereka yang menghargai peralatan pembuatan halus yang dapat berfungsi sebagai penyampai pendamping bersaiz tapak tangan yang bergaya.

Philips GoPix 1 dilengkapi dengan alat kawalan jarak jauh, tripod, kabel video USB-C dan HDMI dan tersedia di pasaran pada 20 November, dengan harga bermula daripada EUR299.99 / USD299.99 

1. Berdasarkan penggunaan mod ekonomi. Jangka hayat bateri bergantung kepada keadaan penggunaan yang sebenar.
2. Serasi dengan telefon pintar yang mempunyai Output Video USB Jenis-C

Hubungan Media 

Hubungan Akhbar Global 
press@philipsprojection.com

Philips PicoPix Max TV  - Aset Akhbar 
Philips GoPix 1 – Aset Akhbar 

Tentang Screeneo Innovation SA (Philips Projection) 

Screeneo Innovation SA, juga dikenali sebagai Philips Projection, telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan merupakan rakan kongsi pelesenan jenama global eksklusif PHILIPS. Syarikat ini telah mengambil alih semua hak global kepada jenama PHILIPS untuk peranti pegangan, projektor paparan ultra pendek dan penerima TV digital. Screeneo Innovation SA bertanggungjawab untuk reka bentuk, pembuatan, jualan, sokongan pelanggan dan berfungsi sebagai pengedar global produk ini.

Google, Android TV dan lain-lain tanda dan logo merupakan tanda dagangan Google LLC.

Netflix, Amazon Prime dan Disney+ merupakan tanda dagangan berdaftar pemilik jenama masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk, sila layari www.usa.philips.com/c-m-so/projectors

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1660913/Philips_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1660914/Philipps_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1660915/Philips_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1660916/Screeneo_Innovation_Logo.jpg?p=medium600

 

Philips Max TV banner
Philips Max TV banner

 

Philips GoPix 1 banner
Philips GoPix 1 banner

 

 

Source: Screeneo Innovation SA; Philipps
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Television New products/services