omniture

Czinger 21C Mencatatkan Rekod Pusingan Terbaik di Circuit of The Americas Dalam Masa Enam Saat

Czinger Vehicles
2021-10-20 22:50 77

21C Hypercar Melawat COTA Sebelum Grand Prix F1 Amerika Bermula 

LOS ANGELES, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/-- Diilhamkan oleh jurutera kereta berprestasi Texas yang menjadi legenda, Jim Hall dan kenderaan inovatif beliau yang luar biasa, Czinger Vehicles, baru-baru ini telah membuat lawatan ke Circuit of the Americas (COTA) dalam usaha untuk memecah rekod Amerika – yang menyebabkan rekod prestasi terdahulu selama lebih daripada 6 saat yang dicatat oleh McLaren P1, ketinggalan di belakang.

 

Czinger Vehicles menggunakan teknologi reka bentuk dan pembuatan yang revolusioner untuk membina kenderaan berprestasi tinggi yang canggih dan diperakui. Czinger 21C yang menerajui kemajuan ini ditampilkan dalam bentuk yang sesuai untuk jalan raya lengkap dengan hiasan dalaman penuh, pencahayaan dan menggunakan tayar jalan raya, Michelin Pilot Cup 2R. Kenderaan serba lengkap yang direka dan dihasilkan di Amerika ini, akan mula diedarkan pada tahun 2023.

Catatan masa yang direkodkan telah dijalankan pada 23 September jam 9:50 pagi bersama-sama Joel Miller yang memandu kereta tersebut. Masa pusingan selama 2:11:33 telah direkodkan dalam sistem GPS berbilang. Rekod sebelumnya ialah 2:17:12.

"Sebagai seorang kanak-kanak daripada keluarga susah yang membesar di Cleveland, Ohio, saya selalu berbaring tidak dapat tidur pada waktu malam sambil memikirkan tentang wira perlumbaan saya, Jim Hall, inovasi terbarunya dan kereta Chaparral yang berteknologi tinggi yang telah dibina oleh pasukannya," kata Kevin Czinger, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Czinger Vehicles dan Divergent 3D, syarikat yang merevolusikan industri pembuatan kereta. "Era dan teknologi berasaskan AI yang berfokuskan kelestarian yang tersedia adalah berbeza namun rangsangan semangat yang ada, tetap sama – merealisasikan Impian Seorang Warga Amerika dengan kepantasan – tanpa had, gaya Texas. Terima kasih, Bobby Epstein dan pasukan COTA, kerana mewujudkan dan mengendalikan litar lumba Amerika yang hebat yang mengekalkan tradisi inovasi Jim Hall serta prestasi luar biasa yang terus berkembang dan meningkat pada masa hadapan!"

Czinger akan menampilkan pemegang rekod 21C pada hujung minggu Formula 1 bulan ini bertempat di Club Sports Illustrated di Austin.

Lukas Czinger, Naib Presiden Operasi, menambah, "Czinger Vehicles merupakan sebuah syarikat Amerika. Syarikat ini mereka bentuk, mengeluarkan dan membuat pemasangan di California. Kami memiliki semua IP, Amerika juga memiliki semua IP ini, malah kami turut mewakili ciri-ciri dan semangat keterangkuman dan peluang warga Amerika. Pasukan kami datang dari seluruh Amerika dan dunia untuk menyertai kami. Dan apabila kita berfikir tentang litar yang mewakili syarikat ini, yang juga mewakili Kisah 'Dari Amerika' ini, Litar Amerika merupakan pilihan yang menarik. Kami bersyukur dengan kehadiran kami di Austin dan berharap untuk meluangkan lebih banyak masa untuk berada di litar ini."

Czinger akan menampilkan catatan rekod 21C pada hujung minggu F1 bulan ini yang bertempat di Club Sports Illustrated.

Untuk video dan foto pusingan yang memecahkan rekod tersebut, sila layari https://www.dropbox.com/sh/0b98le6jwi78a2f/AABS0JgPTQxK1tl7G7hD9aa3a?dl=0

Tentang Czinger 21C
Czinger 21C ialah model pertama dalam rangkaian kenderaan berprestasi yang diperakui dan eksklusif sepenuhnya – pengeluaran adalah terhad kepada 80 unit kereta – dicipta secara berperingkat menggunakan teknologi pembuatan berdaya tambah. Setiap komponen yang dihasilkan menggunakan teknologi ini telah direkayasa secara berkomputer menggunakan AI, dioptimumkan untuk keseimbangan dan prestasi dan telah disiapkan dengan sempurna menggunakan buatan tangan. Teknologi pembuatan proprietari Czinger, enjin berkuasa yang dibangunkan secara dalaman dan reka bentuk yang ikonik akan memacu rangkaian kenderaannya pada masa hadapan dan membolehkan pasukan pereka bentuk dan kejuruteraan mencipta prestasi dan gaya yang belum pernah dilihat dalam industri automotif. Yang penting, V8 21C direka untuk menggunakan pelbagai bahan api, termasuk metanol karbon yang dikitar semula dan e-bahan api yang lain, supaya ia boleh dijalankan sebagai kenderaan sifar pelepasan karbon.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1664143/MASTER_Czinger_Cota_6.mp4 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1589082/Czinger_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Czinger Vehicles
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion