omniture

"Mecard" Choirock Sahkan Kemenangannya dengan Menang Kes Rayuan Persekutuan A.S. Terhadap Spin Master

Choirock Contents Company Co., Ltd.
2021-10-20 22:52 191

SEOUL, Korea Selatan dan WASHINGTON, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jenama mainan Mecard, yang dibangunkan dengan teknologi proprietari dan berpaten yang dimiliki oleh syarikat kandungan-mainan Korea, Choirock Contents Company Co., Ltd. (CEO: Jong-il Choi), menang bagi kes rayuan yang difailkan oleh Spin Master, Ltd., sebuah syarikat mainan global Kanada, di Amerika Syarikat. Kemenangan ini berkemungkinan dapat menamatkan beberapa pertikaian hak paten global antara kedua-dua syarikat ini.

Pada 12 Oktober 2021, Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk Litar Persekutuan mengesahkan keputusan bertulis yang muktamad Lembaga Percubaan dan Permohonan Paten Amerika Syarikat (PTAB) yang membatalkan kesemua tuntutan yang dicabar untuk tiga paten "Bakugan" yang dimiliki oleh Spin Master dalam petisyen semakan inter partes yang difailkan oleh Choirock. Kedua-dua pihak, PTAB dan Litar Persekutuan bersetuju dengan Choirock bahawa paten Spin Master adalah tidak sah.

Pada tahun 2018, Spin Master menyaman syarikat mainan AS, Mattel, Inc., di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, antara bidang kuasa yang lain, menuduh bahawa mainan Mecard melanggar hak paten "Bakugan" Spin Master. Mattel mengedar mainan Mecard di negara-negara berkenaan melalui lesennya yang diperoleh daripada Choirock. Walaupun dengan keputusan PTAB yang membatalkan hak paten "Bakugan", Spin Master terus menghalang kemasukan Mecard ke dalam pasaran global dengan merayu keputusan PTAB kepada Litar Persekutuan. Proses litigasi yang panjang oleh Spin Master ke atas Choirock telah menghalang perniagaan Mecard Choirock selama bertahun-tahun dan seterusnya menyebabkan Choirock membelanjakan kos yang besar untuk mempertahankan litigasi Spin Master.

Selain daripada kemenangannya di Amerika Syarikat, Choirock menang untuk kesemua pertikaian hak paten globalnya yang lain dengan Spin Master di China dan Eropah. Mahkamah Itali (EU) dan Mahkamah Agung China turut memutuskan bahawa paten EU Spin Master tidak boleh dipatenkan dan mainan Mecard tidak melanggar hak paten Cina Spin Master, masing-masing. Keputusan ini menghentikan pertikaian undang-undang pihak-pihak ini secara efektif di China dan juga EU. Keputusan yang terkini oleh Litar Persekutuan di A.S. ini mengesahkan semula bahawa paten "Bakugan" Spin Master kekurangan hak yang boleh dipatenkan kerana ia tidak lebih daripada gabungan teknologi mainan yang dibangunkan atau diketahui sebelum ini.

Setelah berjaya mengangkat sekatan oleh Spin Master ke atas perniagaan mainan global Choirock, jenama Mecard kini berkemungkinan dapat memperoleh dominasi yang lebih luas dalam pasaran kandungan-mainan dengan penambahan produk terkininya, MecardBall. Diinspirasikan oleh "Marbles Shooting," salah satu permainan tradisional yang popular di Korea, MecardBall menggunakan kemahiran teknologi yang tinggi untuk membolehkan transformasi mainan serta merta daripada kereta menjadi robot apabila kereta mendekati guli. MecardBall meneruskan kejayaan TurningMecard.

Choirock memiliki hak harta intelek yang berkaitan dengan jenama Mecard. Choirock mengumumkan bahawa "dengan kemenangan kami baru-baru ini berhubung rayuan AS, kami telah berjaya mengatasi semua halangan undang-undang yang ditimbulkan oleh Spin Master. Mecard dianugerahkan sebagai 'Mainan Jualan Terlaris di Korea' (Diperakui oleh Korea Record Institute) dan memiliki pelbagai barisan produk. Menerusi penambahan MecardBall yang telahpun menggamit perhatian dalam industri mainan, syarikat ini akan mempercepatkan rancangannya untuk melancarkan Mecard dalam pasaran global dan berharap dapat melihat respons yang positif daripada industri ini."

Sama seperti "Squid Game," siri drama yang disiarkan di Netflix yang memperkenalkan budaya main dan permainan tradisional Korea ke mata dunia, syarikat ini berharap agar jenama Mecard turut menyumbang kepada penyebaran budaya main dan permainan tradisional Korea ke seluruh dunia. Jenama Mecard serupa dengan "Squid Game" dalam erti kata bahawa Mecard telah menerapkan budaya main dan permainan Korea sejak penubuhannya.

Source: Choirock Contents Company Co., Ltd.
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Legal issues