omniture

Xinhua Silk Road: Acara diadakan untuk raikan penemuan Budaya Yangshao keseratus, permulaan arkeologi Cina moden

Xinhua Silk Road
2021-10-20 23:01 230

BEIJING, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Satu upacara peringatan dibuka pada hari Ahad di bandar Sanmenxia, wilayah Henan, bahagian tengah China, menandakan ulang tahun ke-100 penemuan budaya Yangshao dan permulaan arkeologi Cina moden.

 

Acara selama lima hari ini akan melibatkan Kongres Arkeologi China ketiga dan upacara perasmian Muzium Budaya Yangshao Miaodigou dan Taman Arkeologi Kebangsaan Kampung Yangshao.

Tahun 2021 merupakan ulang tahun ke-100 permulaan arkeologi Cina moden, yang bermula dengan penemuan Budaya Yangshao.

Budaya Yangshao yang dapat dikesan kembali ke 4,900SM hingga 2,900SM merupakan budaya Neolitik yang wujud secara meluas sepanjang Sungai Kuning di China.

Pada tahun 1921, ahli geologi Sweden Johan Gunnar Anderson dan ahli arkeologi Cina Yuan Fuli mula menggali tapak Yangshao yang terletak di kampung Yangshao, daerah Mianchi di bandar Sanmenxia, maka nama Budaya Yangshao diberikan.

Acara ini bersama-sama diadakan oleh Institute of Archaeology di Chinese Academy of Social Sciences, Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan dan kerajaan wilayah Henan.

Pautan asal: https://portal.prnasia.com/orders/confirmation/d3b6a828-f651-4467-85bd-de427d046d85

Foto menunjukkan arca di Taman Arkeologi Kebangsaan Kampung Yangshao di kampung Yangshao, daerah Mianchi, bandar Sanmenxia di wilayah Henan, bahagian tengah China.
Foto menunjukkan arca di Taman Arkeologi Kebangsaan Kampung Yangshao di kampung Yangshao, daerah Mianchi, bandar Sanmenxia di wilayah Henan, bahagian tengah China.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service