omniture

Disney+ kini boleh didapati di VIDAA Smart OS

Hisense
2021-10-20 23:23 220

ATLANTA, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Disney+, aplikasi penstriman yang terkenal di dunia dan VIDAA, sistem operasi TV pintar berasaskan Linux, mengumumkan bahawa Disney+ akan dibawakan tidak lama lagi ke televisyen pintar Hisense dan Toshiba yang dikuasakan oleh VIDAA Smart OS, menerusi versi perisian tegar yang terkini.

Disney+ ialah pusat penstriman khusus untuk filem dan rancangan daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, berserta The Simpsons dan banyak lagi. Dalam pasaran antarabangsa yang terpilih, ia turut merangkumkan jenama kandungan hiburan umum yang baharu, Star. Perkhidmatan ini menawarkan penstriman tanpa iklan berserta koleksi tayangan asal eksklusif yang semakin bertambah, termasuk filem panjang seperti filem cetera, dokumentari, aksi langsung dan siri animasi serta kandungan berbentuk pendek. Dengan akses yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap sejarah panjang hiburan filem dan televisyen hebat daripada Disney, Disney+ juga merupakan pusat penstriman eksklusif untuk tayangan terbaharu daripada The Walt Disney Studios. Melalui Star pula, ia menawarkan katalog mantap daripada 20th Century Studios, Disney Television Studios, FX, Searchlight Pictures dan banyak lagi.

VIDAA Smart OS ialah sistem operasi TV pintar terbuka berasaskan Linux. Syarikat bebas VIDAA USA ditubuhkan pada tahun 2019 dan dalam tempoh hanya dua tahun, ia telah menjadi pencabar global yang mantap dalam kategori platform TV pintar. Pada tahun 2020, VIDAA, memperkenalkan antara muka pengguna yang benar-benar baharu dan diperbaharui semula yang digelar 4.0, yang menjadikan pengguna dan cara mereka menikmati kandungan sebagai keutamaan reka bentuk ini. Setakat Mei 2021, versi paling canggih dalam pasaran ialah VIDAA U5 yang menyaksikan penambahbaikan selanjutnya pengalaman pengguna dengan melaksanakan keupayaan Google Assistant, perkhidmatan suaranya sendiri, aplikasi telefon pintar kawalan jauh VIDAA selain perkhidmatan pengiklanan dan pengebilan dalam pasaran tertentu. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.vidaa.com dan ikuti VIDAA di Facebook.com/vidaatv, Twitter dan Instagram di @vidaatv.

Hisense ditubuhkan pada tahun 1969 di Qingdao, China dan telah komited selama lima dekad untuk membangunkan produk elektronik pengguna yang inovatif. Hari ini, Hisense merupakan jenama TV yang ketiga terbesar dan peneraju pasaran di China, Afrika Selatan dan Australia serta merupakan salah satu pengeluar terbesar bagi barangan elektrik bersaiz besar dan perkakas rumah, menawarkan penyelesaian kediaman yang lengkap di bawah satu bumbung. Syarikat ini telah membina 54 syarikat luar negara. Hisense juga memiliki 20 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan 29 taman industri di seluruh dunia dengan satu-satunya matlamat untuk menyampaikan produk yang berkualiti tinggi dan berpatutan yang dapat meningkatkan kehidupan pengguna.

"Kerjasama kami dengan The Walt Disney Company merupakan satu pencapaian penting untuk organisasi kami," kata Guy Edri, Naib Presiden Eksekutif VIDAA USA. "Membawa Disney+ ke platform VIDAA di seluruh dunia hanyalah langkah yang pertama. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Disney berhubung cara untuk memperluas kolaborasi dan peluang untuk membawa rangkaian penuh perkhidmatan penstriman kepada pelanggan kami pada masa depan. Hari ini bukan sahaja merupakan pelancaran perkhidmatan yang hebat di platform yang canggih, tetapi juga satu permulaan hubungan jangka panjang antara kedua-dua syarikat ini, setiap satunya merupakan peneraju dalam industrinya."

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television Licensing/marketing agreements New products/services