![]() |
Cabaran selama dua minggu ini telah dilancarkan untuk mempromosikan pembelajaran digital dan memanfaatkan peluang yang tidak terbatas melalui inovasi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka dan OutSystems, peneraju global dalam pembangunan aplikasi moden, hari ini telah mengumumkan pengakhiran dan para pemenang cabaran pembelajaran digital selama 14 hari. Dua pemenang akhir telah dianugerahkan tawaran pekerjaan bersyarat daripada UST manakala kesemua peserta memenangi barangan dan sijil daripada UST dan OutSystems.
UST telah bekerjasama dengan OutSystems sebelum ini untuk menyediakan keupayaan transformasi digital yang lancar kepada para pelanggan yang menggunakan pembangunan aplikasi kod rendah. Ini membolehkan pelanggan UST menghasilkan Pembuktian Konsep, Platform, Pengalaman Digital dan Pemodenan Aplikasi dengan cepat – semuanya disokong oleh UI, DevOps dan One-Touch Publication yang hebat.
UST dan OutSystems telah melancarkan cabaran pembelajaran digital selama 14 hari yang direka untuk membantu para pelajar dan peminat teknologi mempelajari tentang OutSystems dan berinovasi melalui pelbagai modul pembelajaran. Keseluruhan cabaran ini menyediakan kursus yang terperinci dalam Pembangunan, Data Pemodelan, Pembangunan UI Reaktif, Keselamatan Berdasarkan Peranan, Penyahpepijatan dan Model Pengaturcaraan Reaktif OutSystems serta banyak lagi.
UST sentiasa menjadi peneraju dalam mempromosikan pemecutan digital dan baru-baru ini telah dipilih untuk mengusahakan program latihan digital yang akan melengkapkan lagi rakyat Malaysia yang menganggur, dengan kemahiran digital yang tepat yang menghasilkan kebolehpasaran yang lebih baik. Program Pembangunan Bakat Digital bersama ini dinamakan sebagai Ignite anjuran inisiatif di seluruh negara untuk rakyat Malaysia iaitu 'MyStep 2021'. Sebagai sebahagian daripada pelantikan ini, UST kini melatih lebih 100 orang rakyat Malaysia dalam kemahiran digital melalui sebuah program selama tujuh bulan untuk mempercepat program Transformasi Digital negara ini dan melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital penting yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang semakin meningkat dalam sektor ini.
"Cabaran Digital dan 'hackathon' atau acara pengaturcaraan komputer besar-besaran sentiasa menjadi keutamaan UST. Pada tahun 2019, kami melancarkan 'd3code' yang bermaksud Dream (Impikan), Develop (Bangunkan) dan Disrupt (Lakukan Pembaharuan), sebuah acara hackathon untuk para pelajar dan telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan para pemenangnya menerima tawaran pekerjaan daripada UST. Cabaran digital selama 14 hari ini merupakan satu lagi nilai tambah kepada komitmen UST untuk memanfaatkan minda kreatif dan mengubah kehidupan serta kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan OutSystems dalam cabaran ini untuk para pelajar. Tahniah kepada para pemenang dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas usaha keras mereka," kata Amar Chhajer, Ketua Negara bagi UST Malaysia.
"Para pemenang pada tahun ini telah mempamerkan kepintaran dan semangat yang luar biasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform pembangunan aplikasi moden OutSystems. Sepanjang cabaran digital ini, kami sentiasa kagum dengan cara golongan bijak pandai ini bersatu untuk menunjukkan kreativiti yang tiada batasan. Pada waktu-waktu biasa, cabaran dan hackathon ini telah menyatukan dan menghubungkan para inovator dari seluruh dunia untuk mempelajari tentang pembangunan aplikasi dengan OutSystems. Kami telah menerima sambutan yang hebat daripada para pelajar dan kami amat berterima kasih atas penyertaan mereka yang bersemangat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada UST kerana mengendalikan cabaran ini untuk Ignite (Menyalakan semangat) para pelajar di Malaysia dan menyatukan intipati kemahiran pembelajaran baharu dengan kuasa teknologi," kata Marouen Zelleg, Pengarah Kanan OutSystems.
Bermula pada tahun 2010 di Malaysia, UST mempunyai dua buah pusat penghantaran kejuruteraan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan lebih 1,000 orang pekerja. Pada tahun lepas, UST turut mengumumkan pelancaran Infinity Labs syarikat ini yang pertama di Asia Tenggara yang bermatlamat untuk mendorong inovasi kepada pelanggan mereka di rantau ini. UST komited untuk menyokong ekosistem inovasi yang semakin meningkat di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan. Penampilan UST yang semakin berkembang di Malaysia memperkukuh komitmennya kepada negara ini, dengan perancangan untuk memanfaatkan dan menyediakan peluang kepada bakat tempatan Malaysia yang berminat dalam membangunkan kemahiran digital yang penting untuk ekonomi masa hadapan.
Tentang OutSystems
OutSystems telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan misi untuk memberi kuasa kepada setiap organisasi supaya berinovasi melalui perisian. Peralatan dibantu AI yang terhubung dan berproduktiviti tinggi yang dimiliki platform aplikasi moden OutSystems membantu para pembangun membina dan menggunakan pelbagai aplikasi dengan pantas di mana-mana sahaja yang diperlukan oleh organisasi. Dengan lebih 480,000 ahli komuniti, kira-kira 1,600 orang pekerja, lebih 400 rakan niaga dan pelanggan aktif di 87 buah negara serta di seluruh 22 industri, OutSystems telah mencapai skala global sambil membantu organisasi mengubah cara mereka membangunkan aplikasi. Sila kunjungi kami di www.outsystems.com atau ikuti kami di Twitter @OutSystems atau LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/outsystems.
Hubungan Media, OutSystems:
The Hoffman Agency
outsystems@hoffman.com
Tentang UST
Selama lebih 20 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 26,000 orang pekerja di 25 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila kunjungi kami di www.UST.com
Hubungan Media, UST:
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857
Neha Misri
+91-9284726602
media.relations@ust.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600