omniture

Bill Wang daripada Huawei: Membina Rangkaian Sasaran Optik Menyeluruh Dapat Memacu Pertumbuhan Nilai Perniagaan Berterusan

Huawei
2021-10-21 10:58 177

DUBAI, UAE, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF2021) kali ke-7 dibuka Dubai. Dalam agenda pada hari pertama, Bill Wang, Naib Presiden Barisan Produk Optik Huawei, menyampaikan ucapan dasar. Beliau menyatakan bahawa selain daripada membawa manfaat dalam penjimatan tenaga dan peningkatan kadar, rangkaian sasaran optik menyeluruh juga dapat mempercepatkan transformasi digital pelbagai industri, membawa pengalaman perkhidmatan premium dan menghasilkan nilai perniagaan yang lebih tinggi.

Bill Wang, Naib Presiden Barisan Produk Optik Huawei, menyampaikan ucapan dasar
Bill Wang, Naib Presiden Barisan Produk Optik Huawei, menyampaikan ucapan dasar

Pengendali global terus meningkatkan pelaburan dalam gentian optik, meningkatkan kualiti jalur lebar dan membangunkan perkhidmatan seperti talian persendirian premium FTTR dan OTN untuk meningkatkan hasil daripada rangkaian tetap. Sebagai unsur asas bandar-bandar mesra alam dan pintar, rangkaian sasaran optik menyeluruh beransur-ansur menjadi suatu konsensus industri.

Namun begitu, dalam proses untuk membina rangkaian sasaran optik menyeluruh untuk bandar-bandar pintar, pengendali masih menghadapi kesukaran seperti kos yang tinggi, penyediaan perkhidmatan yang perlahan dan pengurusan yang sukar dalam pembinaan FTTH ODN. Di samping itu, penggunaan peranti, evolusi rangkaian dan pembangunan perkhidmatan baharu turut memperlihatkan kebimbangan yang mendesak.

Bill Wang, Naib Presiden Barisan Produk Optik Huawei berkata: "Bagi menyelesaikan masalah ini, Huawei memperkenalkan produk-produk siri DQ ODN dan Edge OTN. Produk-produk ini direka bentuk untuk membantu pengendali membina rangkaian sasaran optik menyeluruh dengan cepat yang boleh dilihat dan boleh diurus dari hujung ke hujung, mengurangkan dengan ketara kos O&M pengendali dan menyediakan kemasukan yang berkelajuan tinggi ke dunia digital untuk pelbagai industri dan isi rumah. Ia dapat membantu pengendali memperluas pasaran perusahaan, meningkatkan pengalaman jalur lebar rumah, mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.

DQ ODN ialah penyelesaian yang melaksanakan ciri pasang-dan-pakai, meneliti visualisasi sumber dan O&M satu-klik melalui pra-sambungan, pengecaman imej pintar dan teknologi iris optik. Menerusi penyelesaian ini, pengendali dapat membina dengan pantas rangkaian sasaran optik menyeluruh yang boleh dilihat dan boleh diurus dari hujung ke hujung. Secara khususnya, penyelesaian ini mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Teknologi pra-sambungan dengan kehilangan sisipan rendah digunakan untuk beradaptasi dengan pelbagai penyelesaian rangkaian luaran dan dalaman. Ia menyokong pembinaan rangkaian untuk semua senario tanpa penyambungan, mengurangkan dengan ketara kesukaran pembinaan ODN, meningkatkan kecekapan pembinaan sebanyak 70%, mengurangkan TTM sebanyak 30% dan mengurangkan TCO sebanyak 15%.
  • Pengecaman imej pintar dan teknologi iris optik yang pertama dalam industri digunakan untuk mengenal pasti secara automatik perubahan ciri yang penting pada isyarat optik selepas ia melintasi pautan ODN dan melaksanakan pemodelan dan analisis data raya pada platform pengurusan rangkaian. Dengan cara ini, topologi dan sumber pautan ODN dapat diurus dengan tepat dengan cara yang divisualisasikan dan ketepatan sumber jangka panjang dapat mencecah 100%. Di samping itu, penyelesaian ini dapat berfungsi dengan penyediaan perkhidmatan Huawei dan platform pengesanan kesalahan untuk melaksanakan penyediaan perkhidmatan yang pantas dan pengesanan kesalahan yang tepat, lalu mengurangkan dengan ketara kos O&M untuk pengendali.

Edge OTN ialah platform pembawa bersepadu senario penuh dan khidmat penuh. Ia menyokong kabinet dalaman dan luaran serta penggunaan kabinet-bersama OLT/BBU, beradaptasi dengan pemasangan dalam semua kabinet dan memenuhi keperluan penghantaran berkelajuan tinggi yang menjimatkan tenaga di tapak akses bersepadu.

  • Blade-OXC yang berasaskan kepada peningkatan pensuisan optik LCoS menyokong satu slot untuk satu hala tuju optik, mengurangkan penggunaan ruang sebanyak 75%, Produk ini kompak serta fleksibel dan dapat digunakan dalam pelbagai senario.
  • Hasil daripada teknologi fotonik silikon, saiz dan pengunaan kuasa dikurangkan sebanyak lebih daripada 60%. Di samping itu, kapasiti dinaikkan sebanyak lima kali ganda.
  • Teknologi Liquid OTN digunakan untuk menyokong penghirisan OSU, akses perkhidmatan 2M hingga 100G, penyesusaian lebar jalur tidak terkena atas-permintaan dan kependaman yang sangat rendah, menyediakan sambungan premium untuk pelbagai industri.

Peranti OTN pinggir yang sangat disepadukan dapat ditempatkan bersama dengan mudah bersama OLT, melanjutkan sambungan optik premium untuk setiap organisasi. Perusahaan besar dapat menggunakan penyelesaian talian persendirian OTN P2P untuk mencapai sambungan E2E premium. Bagi sejumlah besar perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS), Huawei melancarkan penyelesaian OTN P2MP yang inovatif untuk membantu mereka meningkatkan kualiti sambungan dengan pantas. Penyelesaian ini turut membantu pengendali memperluas ruang pasaran talian persendirian.

Dalam ucapan beliau, Bill Wang turut berkata bahawa rangkaian optik menyeluruh dapat diaplikasikan selanjutnya dalam industri-industri untuk menggalakkan transformasi digital dan membina asas optik menyeluruh yang selamat, cekap dan dijamin oleh pengalaman untuk bandar-bandar pintar. Gentian optik dapat dilanjutkan ke kilang dan mesin. Rangkaian optik menyeluruh dapat menyediakan sambungan premium dengan anti-gangguan, lebar jalur tinggi dan kependaman rendah. Apabila digunakan di hospital, rangkaian optik dapat memastikan penghantaran data secara besar-besaran bagi menyokong teleperubatan.

Akhir sekali, Bill Wang berkata bahawa rangkaian optik menyeluruh merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan hasil jalur lebar rumah dan perkhidmatan perusahaan. Rangkaian optik menyeluruh ini akan memperkayakan lagi kehidupan dan pekerjaan kita serta menggalakkan transformasi digital. Sambungan optik merata akan membawa kemungkinan yang tidak terbatas.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news