omniture

Dable Kini Platform Penemuan Konten Paling Dominan di Taiwan

Dable
2021-10-21 14:23 214

TAIPEI, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dable, platform penemuan konten global, mengumumkan bahawa ia telah melepasi angka 1.1 bilion pageviews bulanan di Taiwan, yang menjadikannya platform penemuan kontent No.1 di Taiwan.

Dable merupakan platform penemuan konten terbesar dalam pasaran Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Vietnam.
Dable merupakan platform penemuan konten terbesar dalam pasaran Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Vietnam.

Dable memasuki pasaran Taiwan pada tahun 2017 dan berjaya berkerjasama dengan hampir 250 media premium tempatan, termasuk Liberty Times, SETN dan ETtoday. Pendapatan Dable Taiwan berkembang pesat sepanjang tahun lalu, dengan mencatatkan purata kadar pertumbuhan jualan bulanan sebanyak 8%. Pendapatan bagi suku ketiga tahun 2021 meningkat 2.4 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dable merupakan platform penemuan konten terbesar dalam pasaran Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Vietnam.

Solusi rekomendasi konten Dable menawarkan pengalaman yang premium dan peribadi kepada pengguna yang membantu penerbit meningkatkan pageviews dan menjana pendapatan. Ia membolehkan pengguna mencari maklumat yang diingini dengan mudah, menyediakan pengalaman web yang lancar dan memuaskan, serta meningkatkan dwell time terhadap konten. Di samping itu, Dable turut membantu meningkatkan kelebihan kompetitif media melalui pelbagai analisis seperti konten yang popular mengikut jantina dan umur, kontent yang dilihat dan sumber trafik. Statistik menunjukkan bahawa trafik laman sesawang yang menggunakan solusi Dable meningkat hampir 50% secara purata.

Dable memaparkan iklan-iklan natif yang mana reka bentuknya selaras dengan konten organik yang ditempatkan dalam bahagian rekomendasi konten. Iklan disediakan dengan menganalisis minat pengguna seperti menunjukkan iklan pakaian kepada pengguna yang membaca artikel fesyen. Pengiklan juga boleh menyasarkan masa, tempat, jantina, peranti dan minat. Iklan Dable berjaya mencapai hasil yang tinggi kepada para pengkilan dengan memaparkan iklan yang sepadan dengan minat pengunjung tanpa mengganggu masa layar mereka.

"Saya berbangga kerana Dable telah menjadi platform penemuan konten No.1 dengan rakan penerbit paling banyak di Taiwan. Walaupun dengan persaingan yang sengit, Dable dapat mencapai kadar pertumbuhan sedemikian ekoran teknologinya kami yang bertaraf dunia, kerjasama yang erat dengan sindikasi tempatan dan dedikasi pekerja untuk memenuhi keperluan pelanggan," kata Jin Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Dable Taiwan. "Dable beraspirasi untuk memperluas rangkaiannya melalui kerjasama dengan penerbit terkemuka sekaligus menyajikan para pengguna dengan pengalaman layaran internet yang terbaik."

Latar Belakang Dable

Dable ialah platform penemuan konten dan pengiklanan natif bertaraf global. Dable menganalisis minat pengunjung laman sesawang menggunakan teknologi pemprosesan dan pemperibadian data raya bertaraf dunia dan merekomendasikan konten yang didapati menarik oleh para pengunjung. Beribu pejabat di Seoul, Dable bekerjasama dengan lebih 3,000 penerbit dari berbagai negara termasuk Korea, Taiwan, Jepun, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Hong Kong dan Thailand.

Source: Dable
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Social Media