omniture

Shine Dilancarkan di Kedai Apple di AS, Kanada, Jepun, Hong Kong

Misfit Wearables
2013-08-07 22:00 143

REDWOOD CITY, California, 7 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Misfit Shine yang dinanti-nantikan, monitor aktiviti fizikal anggun dan salah satu kempen pendanaan ramai Indiegogo paling berjaya dalam sejarah, dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, dan Hong Kong. Shine boleh didapati di Kedai Apple di Eropah dan Australia lewat bulan ini.

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20121114/SF13534 )

Shine mengukur keamatan dan tempoh aktiviti fizikal anda dan memberikan ukuran metrik seperti bilangan langkah yang diambil, jarak yang diambil, dan anggaran kalori yang dibakar. Pakainya semasa waktu malam bagi mengambil bacaan tidur juga. Shine disertakan dengan pengancing dan gegelang sukan agar anda dapat memakainya di pelbagai tempat. Aksesori lain termasuklah gegelang kulit dan besi serta seutas rantai, yang membolehkan anda bukan saja memakai Shine di apa-apa bahagian tubuh anda tetapi untuk sebarang acara juga.

Tepuk Shine dan satu gelung cahaya akan muncul yang memaparkan kemajuan anda menuju matlamat harian anda. Tetapkan matlamat anda pada app itu dan pakai Shine di mana-mana saja: pinggul, leher, pergelangan tangan, kasut, dada, baju, dan sebagainya. Sangat kuat dan kalis air hingga kedalaman 50 meter, Shine bagus untuk berenang. Ia diukir daripada blok aluminium gred kapal terbang dan dibina untuk bertahan seumur hidup. Shine boleh diselaraskan dengan iPhone anda sekelip mata dan diperkasakan dengan sel bateri syiling yang boleh digantikan oleh pengguna dan tahan sehingga empat bulan – tiada kabel untuk penyelarasan atau pengecasan.

App Shine, yang kini boleh didapati di Kedai Apple, membolehkan pengguna menetapkan matlamat aktiviti persendirian mereka dan melihat ringkasan visual prestasi harian dan mingguan mereka.

Shine hanya boleh didapati di Kedai Runcit Apple di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, dan Hong Kong serta Kedai Dalam Talian Apple (http://store.apple.com)

Edisi istimewa Shine berwarna merah boleh didapati di: http://www.MyCokeRewards.com/GetActive sebagai sebahagian daripada inisiatif "Get the Ball Rolling" Coca Cola di AS. Program ini menyasarkan menginspirasikan lebih 3 juta rakyat Amerika untuk menemui semula keseronokan dan kenikmatan kekal aktif pada musim panas ini.

Tentang Misfit
Misfit mereka cipta dan menghasilkan produk pengkomputeran yang boleh dipakai. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Sonny Vu dengan John Sculley, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple dan Pepsi, serta Sridhar Iyengar, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknikal Agamatrix.

Imej dan video produk Misfit: http://www.misfitwearables.com/media  

Hak cipta 2013 Misfit Wearables Corporation. Hak cipta terpelihara.

Hubungan media:
Sophia Ouyang
souyang[at]misfitwearables[dot]com

Source: Misfit Wearables
Keywords: Computer Hardware Consumer Electronics Sports Sports Equipment & Accessories New products/services