BEIJING, 8 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Di sidang akhbar Persidangan & Ekspo Hiburan Digital China ke-11 ("ChinaJoy"), Encik Robert Xiao, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World, mengumumkan pelancaran program pelaburan global yang digelar Pelaburan Perfect World ("PWIN"). PWIN dikatakan sebagai program pelaburan permainan global yang pertama dilancarkan oleh pembangun permainan China dan ia dijangka mempunyai impak yang menjangkau ke seluruh industri permainan dan kepada industri budaya dan kreatif China.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO )
Pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) dan pasukan pengendali global di Perfect World sentiasa menumpukan kepada penyampaian kualiti kandungan permainan terbaik dan menyediakan pemain di seluruh dunia dengan hiburan terbaik yang boleh didapati masa kini. Sebagai peneraju pembangun dan pengendali permainan pelbagai platform di China, Perfect World memiliki keupayaan R&D bertaraf dunia, rangkaian luas IP tempatan dan antarabangsa yang terkemuka, serta rekod prestasi pengeksportan permainan ke luar negara. Sejak ditubuhkan, Perfect World mereka lebih sedozen permainan dalam talian yang terkenal untuk pemain di seluruh dunia, dan syarikat ini sedang memperluaskan jangkauan permainan ke web dan mudah alih dalam usaha menawarkan lebih banyak kandungan permainan yang hebat. Perfect World mereka platform bersepadu global dengan keupayaan R&D, pengendalian, dan kolaborasi yang terkemuka dengan rakan kongsi luar negaranya, menyediakan hiburan berkualiti tinggi kepada para pemain di seluruh dunia, dan mengembangkan lagi populariti permainan syarikat ini di peringkat global.
Perfect World kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melancarkan program PWIN globalnya. Sebelum pelancaran program PWIN, Perfect World menubuhkan subsidiarinya di AS, Eropah dan Korea, memperoleh Cryptic Studios terkenal yang berpangkalan di AS, C&C Media pengendali permainan dalam talian yang berpangkalan di Jepun, dan pegangan majoriti Runic Games, Inc., studio permainan terkemuka yang berpangkalan di AS. Mengambil faedah daripada pengalaman luas syarikat dalam pembangunan dan pengendalian permainan dalam talian, serta kejayaan Perfect World Import Export (PWIE), platform yang menyasarkan membantu syarikat permainan dalam talian China dengan kualiti import dan export permainan ke pelbagai pasaran seluruh dunia, syarikat ini komited menyediakan pengguna seluruh dunia dengan pengalaman hiburan bertaraf dunia. PWIN akan memberi tumpuan utama kepada projek permainan mudah alih, pelaburan global, dan peruntukan sumber global. Syarikat ini menganggap permainan mudah alih sebagai salah satu bidang terpenting dalam fokus strategik globalnya.
Perfect World akan terus memenuhi keperluan pengguna dan menyampaikan kandungan berkualiti tinggi yang menyediakan pengalaman permainan terhebat kepada pemain. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mempergunakan sumber permainan berkualiti tinggi dan mencari rakan kongsi seluruh dunia dengan manfaat bersama, syarikat itu baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan China Unicom Broadband Online Limited Corporation dan China Mobile Game Base, dan menjangka pemulaan lebih banyak kolaborasi strategik untuk mencapai pengendalian bersama, pengembangan pasaran luar negara, dan kerjasama hakcipta yang lebih lancer dan berkesan. Pihak pengurusan Perfect World percaya permainan mudah alih akan menajdi salah satu bidang utama fokus strategik syarikat itu tidak lama lagi. PWIN memberikan syarikat lebih banyak peluang yang lebih menarik dalam sektor permainan mudah alih dan menyampaikan pengalaman terhebat permainan mudah alih kepada para pemain di seluruh dunia.
Di masa hadapan, Perfect World akan terus menyampaikan produk dengan kualiti terbaik, menyepadukan sumber hiburan berkualiti tinggi seluruh dunia, dan membangunkan keupayaan R&D dan pengendaliannya. Mensasarkan untuk mengukuhkan lagi perniagaan permainan yang terdiri daripada permainan berasaskan pelanggan, permainan laman pelayar dan mudah alih, Perfect World akan terus giat mencari peluang perkongsian dan pelaburan global yang hebat serta mengembangkan saluran pengedaran seluruh dunia.
Sumber: Perfect World Co., Ltd.