omniture

Pulau Hijau Jauh di Gunung Tianshan: Narat

City Channel of China Economic Net
2013-08-08 11:51 107

NALATI, China, 8 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- "Pelawat tidak mahu lagi melawat gunung lain setelah menjelajah Gunung Huang dan mereka tidak akan mahu melawat pemandangan perairan lain setelah menjejakkan kaki ke Lembah Jiuzhaigou."  Itulah yang diperkatakan tentang tempat ini.  Tambahan pula, ramai pelancong mengulas "pelancong tidak mahu melawat padang rumput lain selepas melawat Narat."  Resort Sinkiang Narat Grasaland, Tapak Pemandangan 5A kebangsaan, terletak di pedalaman Gunung Tianshan, digelar "Syurga Dunia"  Narat megah dengan pergunungan beralun, rumput hijau, padang rumput yang luas terbentang, dan sungai.  Dengan keindahan semulajadi yang unik dan suci, Gunung Tianshan menghadiahi Narat pemandangan yang indah.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130807/CN59368 )

Resort Narat Grassland, yang dinamakan sebagai salah satu daripada empat padang rumput lembah sungai terbaik di dunia, juga dinobatkan sebagai "Padang rumput di Angkasa" kerana mata air pergunungan yang padat berselerakkan dan pergunungan yang mewah.  Setiap Jun, Padang Rumput Narat memasuki musim keemasannya dengan penghijrahan kumpulan besar haiwan.  Semua jenis perhimpunan diadakan di sini.  Resort Narat Grassland merupakan pastura terkenal sejak zaman purbakala.  Lembah sungai, puncak pergunungan, gaung yang dalam dan belantara yang menyerlahkan keindahan antara satu sama lain.  Pelancong juga boleh mengalami adat keturunan kaum Kazak.

Satu persepuluh populasi Kazak China tinggal di Padang Rumput Narat.  Dengan itu Padang Rumput Narat dinobatkan sebagai "Padang rumput tempat kebanyakan orang Kazak tinggal" oleh Ibu pejabat Guinness Shanghai.  Ia juga merupakan platform yang mempamerkan adat tradisional, sejarah dan budaya Kazak.  Selain daripada menonton aktiviti perlumban kuda, menangkap kambing biri-biri, dan bergusti, pelancong boleh berkunjung ke rumah yurt pengembala, menikmati juadah unik seperti lempeng rangup, teh susu, keju dan mentega, memerhati wanita Kazak mengetam bulu biri-biri, menenun ambal bulu biri-biri dan sulaman dewangga.

Laluan Kembara:  Naiki pesawat dari Beijing ke Urumqi, kemudian naiki bas atau pesawat dari Urumqi ke Padang Rumput Narat.

Source: City Channel of China Economic Net
Keywords: Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel