omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Logistik Antarabangsa Jalan Sutera (Lianyungang) China ke-7 bermula pada hari Isnin di Lianyungang, China

Xinhua Silk Road
2021-10-21 21:24 105

BEIJING, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Logistik Antarabangsa Jalan Sutera (Lianyungang) China kali ke-7 telahpun diadakan pada hari Isnin di Lianyungang, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Jiangsu, timur China.

Ekspo Logistik Antarabangsa Jalan Sutera (Lianyungang) China ke-7 diadakan pada hari Isnin di Lianyungang, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Jiangsu, Timur China.
Ekspo Logistik Antarabangsa Jalan Sutera (Lianyungang) China ke-7 diadakan pada hari Isnin di Lianyungang, sebuah bandar pelabuhan di wilayah Jiangsu, Timur China.

Sebagai ekspo mercu tanda yang menyasarkan untuk meningkatkan kerjasama pelaburan dan perdagangan di negara-negara Jalur dan Jalan, Ekspo Logistik Antarabangsa Jalan Sutera (Lianyungang) China mendorong pembangunan logistik, kerjasama dan pertukaran antara lebih daripada 100 negara dan wilayah, 348 organisasi luar negara dan lebih 2,240 pempamer.

Acara ini membawakan sebuah upacara perasmian, tujuh forum profesional dan beberapa aktiviti.

Lianyungang bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan daripada semua lapisan masyarakat untuk menjadikan logistik antarabangsa sebagai penghubung untuk bersama-sama mendorong pembangunan bidang-bidang penting ke hadapan seperti saling sambungan infrastruktur, penyelarasan serantau, kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa dan sebagainya agar dapat menghimpunkan unsur-unsur berkualiti tinggi, menguatkan kesan sumber dan mendorong kevitalan pasaran, kata Fang Wei, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Lianyungang CPC di upacara perasmian ekspo ini.

Menurut statistik awal, kira-kira 36 projek bernilai 40.2 bilion yuan telah ditandatangani di ekspo ini, meliputi pelbagai industri seperti logistik, bahan baharu dan peralatan berkualiti tinggi, ujar Gao Meifeng, Timbalan Datuk Bandar Lianyungang.

Terletak di Wilayah timur laut Jiangsu, Lianyungang ialah titik permulaan jambatan darat Eurasia baharu di Timur dan meraih kedudukan strategik yang penting di laluan pengangkutan antara mod darat-laut Asia-Eropah yang baharu.

Data menunjukkan bahawa tapak logistik China-Kazakhstan yang terletak di Lianyungang, menghantar sejumlah 228 kereta api pengangkut China-Eropah, membawa 79,100 kontena barangan TEU dari bulan Januari hingga Mei tahun ini, seraya mengekalkan momentum pertumbuhan tahun lalu yang mantap.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/324367.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Trade show news