omniture

Sydney akan Menganjurkan Tayangan Global 'Strictly Ballroom The Musical' karya Baz Luhrmann

Destination NSW
2013-08-08 15:20 115

- Tiket Mula Dijual: 9 pagi, Isnin 12 Ogos (Waktu Sydney)

SYDNEY, 8 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Strictly Ballroom, filem Australia kegemaran ramai yang mengilhamkan dunia untuk menari, akan dihidupkan di atas pentas dalam penerbitan teater muzikal baharu yang akan ditayangkan buat kali pertama di Sydney, Australia mulai 25 Mac 2014.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130806/HK58426 )

Dibawa ke Sydney oleh Perdana Menteri New South Wales Barry O'Farrell dengan pelaburan daripada agensi pelancongan dan acara besar Kerajaan New South Wales, Destination NSW, Strictly Ballroom ialah cerita penuh inspirasi yang mengisahkan seorang penari kejohanan dansa yang melanggar semua peraturan demi mengikuti kehendak hatinya. Ditulis bersama oleh pembikin filem dan tokoh kreatif yang memenangi anugerah, Baz Luhrmann, Strictly Ballroom bermula sebagai pementasan pada tahun 1984 sebelum menjadi salah satu filem Australia yang paling berjaya sepanjang zaman.

Strictly Ballroom The Musical akan menerima sentuhan pasukan kreatif asal filem tahun 1992 itu termasuk pengarah dan penulis bersama Baz Luhrmann, pereka set dan kostum Catherine Martin, pereka tari John O'Connell dan penulis bersama Craig Pearce.

Strictly Ballroom The Musical akan menyajikan gubahan lagu daripada lagu klasik asli filem itu termasuk Love is in the Air, Perhaps Perhaps Perhaps, dan Time After Time, serta beberapa gubahan baharu.

Bercakap semasa majlis pelancaran akhbar di Sydney minggu ini, Baz Luhrmann berkata Strictly Ballroom sudah hampir boleh dianggap sebagai kembara selama tiga puluh tahun – daripada pementasan kecil-kecilan pelajar sehingga kepada filem pertama beliau dan kini penerbitan pentas teater muzikal besar-besaran.

"Saya memang kagum dengan cara kisah ini, yang dicetuskan sudah beberapa lama dahulu, berada dalam hidup saya selama bertahun-tahun lamanya dan kini berjaya menyentuh, menggerakkan, menghiburkan dan memberi semangat ramai orang berbeza daripada latar belakang berlainan," kata beliau.

"Saya rasa kebenarannya yang ringkas adalah, di sebalik kemilau labuci, gaya rambut keterlaluan dan plot muzikal Hollywood klasiknya, mesej ringkas yang ingin disampaikan adalah bukan satu cara saja untuk menari cha cha cha, dan jiwa kita memiliki potensi untuk menari dan hal itu menambat hati kita semua."

Strictly Ballroom The Musical akan diterbitkan di Australia oleh Global Creatures dan Bazmark dengan sokongan Destination New South Wales.

Untuk maklumat lanjut sila lawati www.strictlyballroomthemusical.com. Tempahan www.ticketmaster.com.au atau showbiz.com.au/strictlyballroom 

 

Source: Destination NSW
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Music New products/services