omniture

Pementasan Utama Pesta Sydney 2014 Diumumkan

Destination NSW
2013-08-08 20:37 115

- Pengarah dan koreografer terkemuka antarabangsa Sasha Waltz menyampaikan produksi mewah Dido & Aeneas Eksklusif Hemisfera Selatan

SYDNEY, 8 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Destination New South Wales (NSW), agensi peneraju pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW, dan Pesta Sydney mengumumkan pementasan utama 2014 – opera karya agung, Didi & Aeneas.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130807/HK59315-a ) 
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130807/HK59315-b ) 
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130807/HK59315-c ) 
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130807/HK59315-d )

Opera Baroque Henry Purcell akan dihidupkan oleh dewi tarian budaya kontemporari Sasha Waltz ketika kunjungan sulungnya ke Australia.  Produksi yang mendapat pujian ini dibuka dengan prolog unik dalam air yang menyaksikan para penari ditenggelami dalam muzik Purcell dalam tangki gergasi Perspex.

Produksi dipentaskan di Teater Lirik Sydney dari 16-1 Januari 2014 akan menampilkan 60 penari, penyanyi dan pemuzik daripada Sasha Waltz & Guests dan Akademi Berlin untuk Muzik Purbakala.

"Sydney di musim panas sentiasa menggemparkan terutamanya ketika Pesta Sydney, acara seni dan budaya utama Australia dan tumpuan utama kalendar acara tahunan bandar itu yang meriah, mmengambil alih jalan, taman, teater dan lokasi ikon Sydney dengan pelbagai tarian, opera, teater dan persembahan muzikal," ujar Sandra Chipchase Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW. 

"Saya ucapkan tahniah kepada Pengarah Pesta 2014 Lieven Bertels kerana berjaya mendapatkan Dido & Aeneas oleh Sasha Waltz sebagai sebahagian daripada Program Pesta 2014.  Ia menjanjikan persembahan yang hebat dan pengalaman budaya Pesta Sydney yang terkenal."

Destination NSW bakal mempromosi pakej perjalanan ke Pesta itu di perinngkat antarabangsa dengan menggalakkan pelawat mengalami kehebatan produksi ini di ibu negara budaya Australia, Sydney.

Pengarah Pesta Sydney, Lieven Bertels, berkata: "Pesta Sydney teruja dengan pengesahan projek penting yang ulung bagi tahun 2014.  Ia merupakan lawatan sulung Sasha Waltz ke Sydney, membawa produksi yang unik dengan semangat kolaborasinya, mengumpulkan pelbagai bentuk seni, dan dalam skala yang luarbiasa, dalam teaga kerja dan penggunaan teknik seni pentas termaju."

Cik Chipchase berkata Pesta ini menarik pelawat daripada seluruh dunia yang datang ke Sydney khusus untuk acara bertaraf dunia yang dipentaskan selama tiga minggu dalam bulan Januari.

"Tahun lalu, Pesta ini menarik lebih setengah juta penonton selama 23 hari ia berlangsung.  Ia menampilkan 121 persembahan yang habis terjual dengan lebih 120,000 tiket terjual di sepanjang 321 persembahan berbayar."

Tiket Dido C& Aeneas kini dijual di www.ticketmaster.com.au. Program penuh 2014 akan diumumkan pada Oktober.

Pakej perjalanan Pesta Sydney boleh didapati tidak lama lagi. Lawati www.sydney.com untuk maklumat lanjut.

Untuk imej layari: https://picasaweb.google.com/101385668972905402650/EarlyAnnouncementOfDidoAeneas?authuser=0&authkey=Gv1sRgCPbAycbh4rrmMg&feat=directlink

Untuk tayangan video pergi ke: 
http://youtu.be/7761GCQhGSg

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Travel New products/services