omniture

Ain Dubai Menerangi Latar Langit Dubai Dengan Acara Sambutan Pembukaan yang Menakjubkan

Ain Dubai
2021-10-23 20:25 270

Roda pemerhatian terbesar dan tertinggi di dunia oleh Dubai Holding telah dibuka semalam, Khamis 21 Oktober

Beribu-ribu pengunjung telah menyertai ekstravaganza di Ain Dubai Plaza yang sarat dengan aktiviti keluarga yang menyeronokkan, set DJ secara langsung dan pertunjukan cahaya, dron dan bunga api yang menakjubkan 

DUBAI, UAE, 23 Oktober 2021 /PRNewswire/ --

Lihat video dan muat turun imej sambutan di sini  

Destinasi sambutan sebenar telah dibuka secara rasmi! Selepas sekian lama dinanti-nantikan, Ain Dubai, roda pemerhatian yang terbesar dan tertinggi di dunia oleh Dubai Holding, telah meraikan pengunjung pertamanya semalam. Putaran sulung berlangsung pada jam 2 petang bagi tetamu yang bersemangat yang telah membuat tempahan awal untuk mengalami putaran selama 38 minit di dalam kabin serba canggih. Pusingan pertama ini turut merangkumi pemenang bertuah dalam pertandingan mencari harta karun Ain Dubai di sekitar Bluewaters yang telah diadakan pada awal bulan ini. Selepas matahari terbenam, roda yang menawan tersebut telah menerangi langit dengan cahaya yang memukau, dron dan pertunjukan bunga api ketika dunia menyaksikan peristiwa penting tersebut.

Ain Dubai Opening Fireworks Show
Ain Dubai Opening Fireworks Show

Dan bukan itu sahaja! Keseronokan bermula lagi hari ini pada jam 2 petang dengan lebih banyak hiburan di sepanjang hari dan sepanjang malam, termasuk artis dari Flash Entertainment dan inisiatif Regional Radio Artist Spotlight (RAS) Virgin Radio Dubai.

Ronald Drake, Pengurus Besar, Ain Dubai berkata: "Ini adalah saat yang membanggakan bagi kami untuk mengadakan sambutan seperti ini untuk menyambut secara rasmi kedatangan pengunjung dari seluruh dunia, yang membolehkan begitu ramai pengunjung mengalami pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh Ain Dubai. Kami sangat gembira dengan sambutan para tetamu kami yang menyukai pengalaman sosial dan sambutan yang tiada tandingan dan akan diingati ini serta rangkaian hiburan, semuanya dipersembahkan dengan pemandangan latar langit Dubai yang menakjubkan. Ini hanya satu permulaan – kami menjemput semua orang untuk menyertai kami bagi mendapatkan lebih banyak hiburan di Ain Dubai Plaza hari ini, serta menempah tempat untuk menikmati pemandangan 360 darjah Dubai yang menakjubkan di dalam keselesaan premium".

Pengunjung Ain Dubai juga boleh menikmati Bluewaters sepenuhnya dengan Bluewaters 2021 Street Festival yang juga sedang berlangsung di pulau tersebut. Tiket-tiket untuk menaiki Ain Dubai dijual secara berasingan dengan harga dari AED130 dan boleh dibeli di www.aindubai.com. Tiket sangat laris terjual, jadi jangan lepaskan peluang anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.aindubai.com/

@aindxbofficial

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Impact Porter Novelli 
Rachel Mansour 
Telefon mudah alih: + 971 50 289 9130 
E-mel: AinDubai@ipn.ae 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667922/Ain_Dubai_fireworks.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667924/Ain_Dubai_fireworks_2.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667925/Ain_Dubai_light_show.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667926/Ain_Dubai_Ronald_Drake.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667928/Ain_Dubai_winners_of_the_Bluewaters.jpg?p=medium600

 

Ain Dubai Opening Fireworks Show
Ain Dubai Opening Fireworks Show

 

Ain Dubai Opening Light Show
Ain Dubai Opening Light Show

 

Ronald Drake, General Manager of Ain Dubai welcomes guest for the inaugural rotation
Ronald Drake, General Manager of Ain Dubai welcomes guest for the inaugural rotation

The winners of the Bluewaters tickets competition enjoy the inaugural ride of Ain Dubai
The winners of the Bluewaters tickets competition enjoy the inaugural ride of Ain Dubai

 

Source: Ain Dubai
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services Future Events