omniture

House of Suntory memperkenalkan Wiski Yamazaki® 55 Years Old™ kepada Global Travel Retail

Beam Suntory Inc.
2021-10-25 07:01 26

CHICAGO, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- House of Suntory hari ini memperkenalkan wiski Yamazaki 55 dalam kuantiti yang sangat terhad kepada Global Travel Retail yang boleh didapati pada harga runcit yang disyorkan iaitu $60,000 USD.

Yamazaki 55 is now available to Global Travel Retail
Yamazaki 55 is now available to Global Travel Retail

Dibotolkan pada tahun 2020, Yamazaki 55 merupakan keluaran tertua dalam sejarah House of Suntory dan ia memberi penghormatan kepada keluarga pengasas wiski Jepun serta meraikan era "Showa" Jepun bagi tahun 1960-an.

Yamazaki 55 akan tersedia pada Global Travel Retail terpilih dengan botolnya boleh didapati di London, Paris, Hainan, Hong Kong, Taipei, Amsterdam, Seoul, Delhi, Istanbul, Dubai dan Singapura.

Beam Suntory akan mendermakan $5,000 USD untuk setiap botol yang dikeluarkan dalam koleksi 100 botol pada tahun ini yang berjumlah $500,000 USD kepada White Oak Initiative, sebuah kumpulan yang komited terhadap kelestarian jangka panjang bagi hutan oak putih Amerika.

Yamazaki 55 merupakan satu adunan malt tunggal berharga yang menampilkan komponen yang disuling pada tahun 1960 di bawah pengawasan pengasas Suntory, Shinjiro Torii dan kemudian disimpan di dalam tong kayu Mizunara; dan pada tahun 1964 ia berada di bawah pengawasan Pakar Pengadun Kedua Suntory, Keizo Saji dan kemudian disimpan di dalam tong kayu Oak Putih.

Ketua Pengadun Generasi Kelima Suntory, Shinji Fukuyo bekerjasama rapat dengan Pakar Pengadun Generasi Ketiga, Shingo Torii untuk menggunakan seni pengadunan istimewa mereka bagi mengungkap kedalaman, kerumitan dan kearifan luar biasa yang dimiliki Yamazaki 55.

Cecair yang dihasilkan menampilkan warna ambar yang gelap; bau aroma kayu cendana dan buah-buahan masak ranum yang kuat; rasa yang manis, sedikit pahit dan semula jadi; dan kesan rasa yang sedikit pahit namun manis dan sempurna.

Manuel González, Pengarah Pemasaran GTR Beam Suntory, berkata: "Kami amat berbangga kerana berpeluang untuk menawarkan kepada pelancong sesuatu yang unik dan eksklusif seperti Yamazaki 55, satu ekspresi tertua dari House of Suntory. Produk dengan edisi yang begitu terhad ini akan dipamerkan di beberapa lokasi House of Suntory terbaik kami dan akan diperluaskan lagi dengan kempen pengaktifan bersepadu. Kami komited untuk mengembangkan Global Travel Retail dengan memperkukuhkan tawaran inovatif kami dan menghidupkan pengalaman pembeli premium terbaik kepada pelanggan kami."

Perkataan 'Yamazaki' diukir dalam kaligrafi pada setiap botol kristal, sementara penanda usia diserlahkan dengan habuk emas dan dilindungi dengan lakuer. Bukaan botolnya dibungkus dalam kertas Echizen Washi buatan tangan dan diikat dengan tali anyaman Kyo-kumihimo, sebuah kraf tradisional dari Kyoto. Setiap botol dimasukkan ke dalam kotak yang ditempah khas yang dibuat daripada kayu Mizunara Jepun dan dilapisi dengan lakuer Suruga.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667197/YAMAZAKI_55.jpg?p=medium600

 

Pasukan Pejabat Akhbar,  BSI GTR, bsigtr@hopeandglorypr.com, telefon: 020 3588 9782

Source: Beam Suntory Inc.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services