omniture

NCCN Bekerjasama dengan Pemimpin Kesihatan Poland untuk Meningkatkan Penyeragaman, Koordinasi dan Hasil Kanser

National Comprehensive Cancer Network
2021-10-25 09:13 20

Kerjasama antarabangsa pertama ini menerbitkan beberapa garis panduan konsensus pakar berasaskan bukti dengan cadangan rawatan kanser terkini yang bermula dengan kanser serviks.

PLYMOUTH MEETING, Pennsylvania, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- The National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®)— sebuah gabungan pusat kanser terkemuka di Amerika Syarikat — hari ini mengumumkan penerbitan NCCN Guidelines® baharu untuk Kanser Serviks: Edisi Poland. Ini merupakan kerjasama terkini organisasi ini untuk memajukan penjagaan kanser global melalui cadangan berdasarkan bukti terkini dan konsensus pakar. NCCN juga bekerjasama dalam penyesuaian garis panduan, terjemahan dan harmonisasi serantau dengan penyedia tempatan di seluruh Afrika Sub-Sahara, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Caribbean serta negara-negara lain di Asia, Eropah dan Amerika Selatan.

View regional adaptations, translations, and harmonizations of evidence-based expert consensus NCCN Guidelines with the latest cancer treatment recommendations free at NCCN.org/global.
View regional adaptations, translations, and harmonizations of evidence-based expert consensus NCCN Guidelines with the latest cancer treatment recommendations free at NCCN.org/global.

"Lebih mudah untuk meramalkan keperluan penjagaan kanser apabila kita bekerjasama dalam menyeragamkan penjagaan pada skala antarabangsa—yang diselaraskan dengan teliti untuk variasi serantau yang unik—sekali gus meningkatkan kualiti sambil mengawal kos," kata Robert W. Carlson, MD, Ketua Pegawai Eksekutif NCCN. "Semua orang di seluruh dunia patut mendapat manfaat daripada pengetahuan kami yang berkembang dengan cepat ini tentang cara merawat kanser yang paling berkesan. Ini berjalan secara dua hala; apabila kami bekerjasama dengan pakar di seluruh dunia, kami memperoleh ilmu yang berharga untuk meningkatkan penjagaan kanser di Amerika Syarikat."

NCCN Guidelines® untuk Kanser Serviks: Edisi Poland ialah sebuah projek rintis melalui kerjasama yang dijalankan oleh Maria Sklodowska-Curie National Research Institute (MSCNRIO), Alliance for Innovation (AFI) dan NCCN. Projek ini diketuai oleh ahli onkologi Poland dan merangkumi Agensi Penilaian Teknologi Kesihatan, Dana Kesihatan Nasional, wakil Kementerian Kesihatan dan kumpulan sokongan pesakit Poland.

Terdapat rancangan untuk memperluas NCCN Guidelines: Edisi Poland ini yang akhirnya akan meliputi majoriti insiden kes kanser di Poland. NCCN Guidelines yang akan disesuaikan seterusnya adalah:

  • kanser sistem saraf tengah;
  • neoplasma uterin;
  • dan kanser ovari.

NCCN Guidelines merupakan standard yang diiktiraf bagi dasar dan hala tuju klinikal dalam pengurusan kanser serta merupakan garis panduan amalan klinikal yang paling menyeluruh dan kerap dikemas kini yang tersedia dalam mana-mana bidang perubatan. Ia digunakan secara meluas dan diterima dengan baik oleh penyedia penjagaan kanser di seluruh dunia seperti yang dinyatakan dalam kajian semula setara yang bebas daripada Nigeria, Itali dan China.

Lihat Penyesuaian dan Terjemahan Antarabangsa NCCN Guidelines di NCCN.org/global dan sertai perbincangan dengan #NCCNGlobal.

Tentang National Comprehensive Cancer Network
National Comprehensive Cancer Network® (NCCN®) ialah sebuah pakatan bukan berkeuntungan yang terdiri daripada pusat kanser terkemuka dan dikhususkan untuk penjagaan, penyelidikan dan pendidikan pesakit. NCCN berdedikasi untuk memperbaiki dan memudahkan penjagaan kanser secara berkualiti, berkesan, cekap dan boleh diakses supaya pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. The NCCN Clinical Practice Guidelines in Oncology (NCCN Guidelines®) menyediakan cadangan konsensus pakar berasaskan bukti yang telus untuk rawatan, pencegahan dan perkhidmatan sokongan kanser; ia merupakan standard yang diiktiraf untuk hala tuju dan dasar klinikal dalam pengurusan kanser serta garis panduan amalan klinikal yang paling terperinci dan kerap dikemas kini yang tersedia dalam mana-mana bidang perubatan. NCCN Guidelines for Patients®menyediakan maklumat rawatan kanser yang pakar untuk memberi maklumat dan memperkasa pesakit dan penjaga melalui sokongan daripada NCCN Foundation®. NCCN juga memajukan pendidikan berterusan, inisiatif global, dasar dan kerjasamapenyelidikan serta penerbitan dalam bidang onkologi. Sila layari NCCN.org untuk maklumat lanjut dan ikuti NCCN di Facebook @NCCNorg, Instagram @NCCNorg dan Twitter @NCCN.

Hubungan Media:
Rachel Darwin
267-622-6624
darwin@nccn.org 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1666371/NCCNCervicalPolandCover.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/441768/NCCN_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: National Comprehensive Cancer Network
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Not for profit Women-related news