omniture

Kertas Putih yang Dikemaskini daripada PR Newswire Meneroka Lanskap Media China yang Berubah

PR Newswire
2013-08-09 10:57 95

BEIJING, 9 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- PR Newswire, peneraju penyedia platform multimedia dunia yang membolehkan pengkomunikasi korporat meningkatkan kandungan untuk mendekati semua audiens utama mereka, mengemaskini kertas putih tentang media di China, "Memandu Arah dalam Lanskap Kompleks Media China."

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130808/CN60271 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110527/CN10234LOGO-b )

Menggunakan statistik daripada kajian media yang meluas, serta pengetahuan institusi yang mendalam pasukan pakar industry PR Newswire, kertas ini menawarkan pandangan meluas keadaan media China, angka nyata tentang perubahan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dan tinjauan tentang arah aliran yang terpenting bagi sesiapa sahaja yang ingin memasuki pasaran yang negara yang pesat berkembang ini.

Antara topik yang diliputi termasuk:

  • Hubungan antara media kerajaan dan media komersil
  • Mengapa percetakan masih merupakan medium yang berharga di China
  • Penguasaan pengiklanan televisyen
  • Kebangkitan media sosial dan pemain terpenting di ruang media

"Kadar perubahan industri media China semakin meningkat," kata Sasha Zhao, Pengurus Pembangunan Media di PR Newswire China, "dan anjakan China baru-baru ini yangn beralih kepada ekonomi yang dipacu pelanggan, keperluan perniagaan untuk kekal berada di atas dengan berita terkini industri menjadi semakin penting.  Kertas putih ini merupakan bacaan penting bukan sahaja kepada peneraju perniagaan yang berhasrat ingin memasuki pasaran China, tetapi juga kepada semua profesional komunikasi yang perlu berurusann dalam ruang ini."

Laporan penuh boleh dimuat turun di sini:
http://misc.prnasia.com/atd/custeventreg.php?event_id=77

Sebarang pertanyaan tentang tipik yang diliputi dalam kertas putih, atau pertanyaan tentang akses kepada rangkaian penuh perkhidmatan  media untuk perniagaan anda, hubungi  +86 10 5953 9588 atau info@prnasia.com

Tentang PR Newswire
PR Newswire ialah peneraju penyedia platform multimedia global yang membolehkan profesional komunikasi meningkatkan penggunaan kandungan untuk menarik semua audiens utama mereka.  Kami menyediakan penyelesaian hujung ke hujung untuk menghasilkan, mengoptimumkan dan menyasarkan kandungan – daripada media beraneka, video dalam talian hinggalah ke multimedia—dan mengedarkan kandungan dan mengukur keputusan merentasi saluran tradisional, digital, mudah alih dan sosial.  PR Newswire memberikan khidmat kepada berpuluh ribu pelanggan dari pejabat di rantau Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik, dan ia merupakan sebuah syarikat UBM plc.

Hubungan Media:
Selina Cui
Pengurus Pemasaran Kanan, PR Newswire China
selina.cui@prnasia.com
+86 10 5953 9598

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Web Site Survey, Polls & Research