![]() |
CUPERTINO, Calif., 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global terkemuka untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi di seluruh dunia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat ini akan menggunakan Platform Kecerdasan Aktif terbaik dengan pengendali mudah alih terbaharu Jepun, Rakuten mobile, Inc. Platform Active Intelligence Mobileum yang luas merangkumi penyelesaian telekomunikasi untuk keselamatan rangkaian, perayauan dan rangkaian teras, ujian dan pemantauan, pengurusan risiko serta keterlibatan dan pengalaman pelanggan.
Rakuten Mobile akan menggunakan perkhidmatan Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan yang disatukan Mobileum sebagai tambahan kepada rangkaian penyelesaian analitik canggih untuk menghubungkan rangkaian yang mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.
Selain Memilih Mobileum untuk keupayaan Jaminan Pendapatannya dan Pengurusan Penipuan, Rakuten Mobile menandatangani kerjasama dan perjanjian perkongsian dengan Mobileum. Dalam perjanjian kerjasama ini, kedua-dua syarikat ini akan bersama-sama membangunkan produk untuk menyelesaikan beberapa cabaran keselamatan, risiko dan ujian utama 5G bagi industri untuk pengendali telekomunikasi di seluruh dunia. Penyelesaian Mobileum juga akan tersedia kepada pengendali global melalui Rakuten Symphony sebagai sebahagian daripada Platform Komunikasi Rakuten.
"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Mobileum untuk memperkayakan pengalaman dan keterlibatan mudah alih untuk pelanggan kami dan juga memastikan para jurutera kami mempunyai akses kepada kecerdasan operasi masa nyata di seluruh rangkaian Rakuten Mobile di seluruh negara," kata Tareq Amin, Ketua Pegawai Eksekutif di Rakuten Symphony & CTO di Rakuten Mobile.
"Hubungan kami dengan Rakuten Mobile memperkukuhkan nilai yang memastikan platform Active Intelligence Mobileum mendorong pertumbuhan, keuntungan dan pembezaan pasaran kepada para pelanggan kami. Kami teruja dapat bekerjasama dengan inovator industri seperti Rakuten Mobile untuk menyampaikan penyelesaian berasaskan analitik yang canggih yang memperkasakan penyedia perkhidmatan digital untuk berkembang dan melindungi pendapatan mereka, menginovasi model perniagaan baharu dan berinteraksi secara digital dengan pelanggan mereka dalam era 5G," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum.
Tentang Mobileum Inc.
Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, Emiriyah Arab Bersatu dan UK.
Maklumat lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.
Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/ dan ikuti @MobileumInc di Twitter
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600