omniture

Kilang Demo Etanol Selulosa Generasi Kedua (2G) oleh Praj menjalankan upacara pecah tanah

Praj Industries Limited
2013-08-09 17:41 143

PUNE, 9 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

  • Kilang Demo Etanol Selulosa Pertama Asia Selatan dalam pembangunan
  • Kilang demo etanol Selulosa 2G bakal membolehkan pembangunan keseluruhan rantaian nilai termasuk impak biomas ke atas perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi
  • Konsep inovatif kilang penapisan bio untuk pengeluaran biokimia dilancarkan

Praj Industries, syarikat penyelesaian proses global peralatan bioetanol, alkohol dan kilang bir, air dan air sisa & proses kritikal muncul sebagai syarikat pertama di Asia Selatan yang membangunkan kilang etanol Selulosa generasi kedua (2G) yang bersepadu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121106/573460 )

Pengerusi Eksekutif Praj Encik Pramod Chaudhari melaksanakan upacara pecah tanah hari ini di Shirala, Daerah Sangli di Mahashtra (India) bersama Pengerusi Viraj Alcohols & Allied Industries Limited (VAAIL), Encik Mansinghrao Naik.

Kilang demo etanol selulosa 2G akan beroperasi dengan berbagai variasi biomas dengan kapasiti 100 ton kering biomas sehari, termasuk sisa pertanian seperti tebon, batang dan hampas jagung.  Kilang demo ini akan membolehkan Praj menggabungkan usaha penyelidikan & pembangunan selama 6 tahun, bermula dengan cubaan makmal hingga ke percubaan skala awal.  Kilang yang sama akan turut membolehkan Praj membangunkan pelbagai biokimia dan bio produk.

Kilang demo ini akan mendemonstrasi pelbagai parameter teknikal termasuk pengoptimuman penyepaduan air dan tenaga dan impaknya ke atas perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi.  Kilang ini turut membangunkan seluruh rantaian nilai termasuk pengendalian biomas dan komposisi biomas serta impaknya terhadap operasi.  Praj menjangka projek ini mempunyai kos sekitar US$25 juta (Rs. 145-150 krore).

Untuk projek ini, Praj akan bergabung dengan VAAIL, pengeluar etanol sedia ada yang terletak di Barat Mahashtra yang juga merupakan pelanggan jangka panjang Praj.  VAAIL akan menyediakan tanah dan perkhidmatan bersekutu bagi operasi lancar projek.

Mengulas tentang upacara pecah tanah, Encik Pramod Chaudhari, Pengerusi Eksekutif Praj Industries, berkata: "Upacara pecah tanah kilang etanol Selulosa ini merupakan satu langkah besar dalam bioteknologi  yang menuju ke arah dunia lebih mapan.  Penjimatan lebih banyak gas rumah hijau daripada etanol Selulosa berbanding Generasi Pertama biominyak yang berasaskan tanaman serta minyak berasaskan fosil yang menjadikan projek ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan jejak karbon.  Tapak projek di Shirala memberikan kami faedah lokasi dalam bentuk sumber biomas, utiliti dan tenaga kerja.  Kami gembira dapat bekerja dengan VAAIL yang juga pelanggan jangka panjang kami."

Di upacara ini, Encik Mansinghrao Naik, Pengerusi VAAIL, berkata: "Viraj mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam mengendalikan kilang etanol yang berasaskan kedua-dua, molases dan bijirin.  Praj membekalkan kepada kedua-dua kilang ini.  Gabungan dengan Praj ini membanggakan saya serta memberikan kami peluang menyertai projek penerokaan ini."

Untuk maklumat lanjut:

Vinati Moghe, Naib Presiden Korporat
vinatimoghe@praj.net
+91-9822430906        

Sohini Dam, Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
sohinidam@praj.net
ph – 020 -22951511

Source: Praj Industries Limited
Keywords: Alternative Energies Chemical Utilities New products/services