omniture

Seruan untuk Penerima Guna Awal Benang HeiQ AeoniQ Selulosa Positif Iklim yang Bertujuan untuk Mengubah Industri Tekstil

HeiQ
2021-10-26 16:00 28

ZURICH, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- HeiQ mengumumkan pembawa perubahan yang berpotensi dalam industri tekstil dengan pengenalan HeiQ AeoniQ -- sejenis benang selulosa berprestasi tinggi berasaskan gentian baharu yang diperoleh daripada bahan negatif karbon. Gentian baharu ini yang diperoleh daripada biopolimer selulosa generasi ketiga, sedang berkembang ke arah pengeluaran rintis sebelum pengkomersialannya secara besar-besaran. LYCRA Company merupakan syarikat pertama yang menyertai HeiQ sebagai rakan kongsi pembangunan.

HeiQ AeoniQ cellulosic yarn made from climate positive raw materials and has the potential to be recycled repeatedly. (Photo from HeiQ)
HeiQ AeoniQ cellulosic yarn made from climate positive raw materials and has the potential to be recycled repeatedly. (Photo from HeiQ)

Sama ada ia kapas, bulu atau polimer sintetik, pengeluaran tekstil global mempunyai kesan yang signifikan terhadap alam sekitar apabila industri ini didapati bertanggungjawab terhadap lebih 10% pelepasan gas rumah hijau global dan lebih 20% daripada air buangan di seluruh dunia1. Pengeluaran gentian selulosa konvensional menggunakan tanah suai tani semasa pertumbuhannya dan mempunyai reka bentuk serba guna yang terhad, manakala bahan mentah untuk bahan sintetik berasaskan fosil pula adalah amat terhad. Kaedah sedia ada untuk mengitar semula fabrik dan pakaian yang diperbuat daripada gentian sepenuhnya tidak tersedia secara besar-besaran di kebanyakan kawasan dan kebanyakan gentian – sama ada sintetik atau semula jadi – mengambil masa bertahun-tahun untuk diuraikan di tapak pelupusan atau lautan yang membawa kepada kesan terkumpul terhadap alam sekitar.

Benang selulosa HeiQ AeoniQ diperbuat daripada bahan mentah positif iklim 

Benang HeiQ AeoniQ (Aeon: berusaha untuk kitaran abadi) diperbuat daripada biopolimer selulosa yang memerangkap karbon daripada atmosfera sambil menjana oksigen semasa penghasilannya. Benang berprestasi tinggi ini berpotensi untuk menggantikan benang filamen sintetik yang menyumbang lebih 60% daripada pengeluaran tekstil global setiap tahun yang berjumlah 108 juta tan metrik 2. Jika dibandingkan dengan produk selulosa konvensional, benang HeiQ AeoniQ tidak menggunakan tanah suai tani, racun serangga atau baja dalam pengeluarannya.

Benang HeiQ AeoniQ direka untuk kitaran semula jadi dan boleh dikitar semula berulang kali sambil mengekalkan kualiti gentian secara konsisten. Proses pembuatan dijangka akan menggunakan 99% kurang air berbanding benang kapas dan HeiQ AeoniQ direka untuk menawarkan ciri-ciri prestasi yang setanding dengan poliester, nilon dan benang selulosa yang dihasilkan semula secara konvensional.

Jemputan penerima guna pertama 

Pakar industri terkemuka HeiQ bersedia untuk mengeluarkan benang HeiQ AeoniQ yang pertama daripada kilang pengeluaran rintisnya pada Suku Kedua tahun 2022. Berdasarkan kualitinya yang cemerlang, potensi penyahkarbonan unik yang ditawarkan dan kelayakan ESG3 yang luar biasa, HeiQ mengalu-alukan sebanyak maksimum 20rakan kongsi jenama yang dipacu kelestarian untuk menjadi syarikat pertama yang menyampaikan produk yang diperbuat daripada benang masa depan baharu ini ke pasaran.

LYCRA Company sebagai rakan kongsi pembangunan utama   

HeiQ mengumumkan bahawa LYCRA Company, dengan koleksi jenama, rangkaian pelanggan runcit global dan keupayaan inovasi fabriknya yang terkenal, akan menjadi rakan kongsi pembangunan pakaian yang utama untuk benang HeiQ AeoniQ dengan keunggulan prestasi dan regangan fabrik. LYCRA Company memiliki pelbagai produk lestari yang diperakui dan lengkap serta sentiasa melengkapkan barisan produk ini melalui pembangunan jenis gentian LYCRA® yang baharu. Gentian ini berpotensi untuk digabungkan dengan benang HeiQ AeoniQ untuk mencapai penyahkarbonan yang unik dan fabrik elastik yang boleh diurai.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group, Carlo Centonze menyatakan: "Perubahan iklim memerlukan ciptaan baharu. Dengan membawa benang HeiQ AeoniQ ke dalam industri tekstil, kami akan mengurangkan kebergantungan kami terhadap gentian berasaskan minyak, membantu menyahkarbon planet kita dan mengurangkan kesan industri terhadap perubahan iklim. Benang kami merupakan alternatif serba guna untuk poliester, nilon dan juga selulosa konvensional dan oleh itu, ia mempunyai potensi yang besar untuk mengubah industri. Dengan memakai pakaian yang diperbuat daripada benang HeiQ AeoniQ, pengguna boleh  bertindak untuk membantu mengurangkan C02 dalam atmosfera kita. Penggunaannya oleh berbilion-bilion orang menawarkan potensi untuk memerangkap beratus juta tan CO2 daripada atmosfera. Satu perjuangan yang berbaloi."

Ketua Pegawai Eksekutif LYCRA Company, Julien Born berkata: "Dengan strategi syarikat kami pada masa hadapan untuk menumpukan perhatian terhadap penyelesaian lestari industri tekstil, kami berbangga dapat bekerjasama dengan HeiQ dalam pembangunan teknikal dan pengkomersialan gentian ini.  Industri ini telah bersedia untuk inovasi seperti HeiQ AeoniQ dan dengan menggabungkan kemampuan kami dengan HeiQ, kami benar-benar berupaya untuk belajar dengan cepat serta memaksimumkan potensi besar teknologi baharu ini"

Encik Martin Gebert-Germ, pakar benang filamen viscose dengan pengalaman selama 30 tahun dalam industri tekstil menyatakan, "Teknologi ini merupakan pemain yang mengubah seluruh industri tekstil." Encik Gebert-Germ akan menyertai HeiQ GmbH Austria yang baru ditubuhkan, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan akan memimpin perniagaan HeiQ AeoniQ mulai bulan November 2021.

1. Bank Dunia 2019.
2. Statistik
3. Environment, Social, Governance

Tentang HeiQ 

Ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai anak syarikat Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham London (LSE:HEIQ), HeiQ merupakan peneraju inovasi tekstil dan bahan yang mencipta beberapa teknologi tekstil paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia melalui inovasi rintis dalam tekstil dan bahan. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan 14 buah pejabat, 7 buah tapak pembuatan dan 7 buah hab R&D, HeiQ hari ini mempunyai 190 orang tenaga profesional. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, barangan pengguna dan peranti perubatan HeiQ boleh didapati di 56 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.heiq.com

Tentang LYCRA Company 

LYCRA Company berinovasi dan menghasilkan penyelesaian gentian dan teknologi untuk industri pakaian dan penjagaan diri. Beribu pejabat di Wilmington, Delaware, LYCRA Company diiktiraf di seluruh dunia kerana produk yang inovatif, kepakaran teknikal, penyelesaian lestari dan sokongan pemasaran yang tiada tandingan. LYCRA Company memiliki jenama pengguna dan perdagangan yang terkemuka: LYCRA®, LYCRA HyFit®, LYCRA® T400®, COOLMAX®, THERMOLITE®, ELASPAN®, SUPPLEX® dan TACTEL®. Legasi LYCRA Company bermula pada tahun 1958 dengan penciptaan benang spandeks asal, gentian LYCRA®. Hari ini, LYCRA Company memberi tumpuan terhadap pertambahan nilai produk pelanggannya dengan membangunkan inovasi unik yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna bagi keselesaan dan prestasi yang berkekalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thelycracompany.com

HUBUNGI 

HeiQ Materials AG

www.heiq.com 

info@heiq.com 

+41 56 250 68 50

Hubungan media untuk temu bual atau imej beresolusi tinggi:

Loraine stantzos

Naib Presiden Komunikasi Pemasaran

loraine.stantzos@heiq.com 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1659308/HeiQ_Cellulosic_Yarn.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1659309/HeiQ_Knit_Fabric.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1500935/HeiQ_Logo.jpg?p=medium600

A knit fabric made of HeiQ AeoniQ cellulosic yarn. (Photo from HeiQ)
A knit fabric made of HeiQ AeoniQ cellulosic yarn. (Photo from HeiQ)

 

Source: HeiQ
Related Stocks:
LSE:HEIQ
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services