omniture

Mengubah Masa Depan dengan Rangkaian Agil

Huawei
2013-08-10 13:37 121

- Huawei Lancarkan Perkhidmatan dan Pengalaman Pengguna Pertama Industri Berpusatkan Rangkaian Agil dan Suis Agil S12700

BEIJING, 10 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, peneraju penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), hari ini melancarkan teknologi senibina rangkaian agil dan suis agil industri yang pertama, S12700.  Dengan rekaan yang dibangunkan daripada perspektif perkhidmatann dan pengalaman pengguna, suis S12700 Huawei menyokong keandalan yang lebih tinggi dan rangka Ethernet yang lebih besar.  Teknologi baharu yang inovatif ini menampilkan ciri-ciri penting yang diperlukan untuk menyokong arah aliran industri baharu termasuk: pengkomputeran awan, bawa peranti anda sendiri (BYOD), rangkaian takrifan perisian (SDN), internet benda (IoT) dan data besar berkaitan analitik untuk kegunaan perniagaan. 

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130808/CN61072)

Dengan pelancaran perkhidmatan dan pengalaman pengguna berpusatkan senibina rangkaian agil yang pertama, Huawei memperkenalkan senibina SDN yang terulung ke dalam rangkaian kampus.  Ia membolehkan rangkaian menyediakan perkhidmatan lebih cekap dan agil yang berkembang daripada pemprosesan nod tunggal kepada pengurusan dan kawalan berskala penuh. Suis S12700 Huawei merupakan sebahagian daripada siri suis agil yang termaju dalam industri, dan dijangka akan meneraju revolusi baharu dalam teknologi suis Ethernet dan pembinaan rangkaian.  Menampilkan pengatur kedudukan dan pengurusan automatik, S12700 menyokong kolaborasi selamat hujung ke hujung dengan keanjalan perkhidmatan yang pesat berubah dan pembolehprograman penuh.

"Arah aliran yang tidak dapat disangkal bagi perkhidmatan jalur lebar, multimedia, mobiliti dan rangkaian sosial berubah fokus rangkaian daripada teknologi dan peranti kepada perkhidmatan, pengguna dan pengalaman," kata Encik William Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Enterprise Business Group.  "Huawei komited kepada inovasi berpusatkan pelanggan dan kolaborasi terbuka dengan industri, mengambil kesempatan atas pengalaman 10 tahun kami dalam meningkatkan keupayaan rangkaian IP untuk memenuhi keperluan pelanggan kami sebaik mungkin.  Dengan pelancaran rangkaian agil dan suis agil pertama industri yang berfokuskan kecekapan perkhidmatan dan pengalaman pengguna, saya yakin kami akan mengubah masa depan rangkaian perniagaan generasi akan datang."

Dalam era teknologi memuncul dan arah aliran yang pantas berubah seperti pengkomputeran awan, data besar, mobiliti dan Perkhidmatan Rangkaian Sosial (SNS), pengurusan rangkaian kini menghadapi tiga cabaran hebat: keupayaan pemprosesan perkhidmatan yang tidak mencukupi, masalah kegagalan lokasi, dan respons perkhidmatan yang lambat.  Pasukan peneraju mengharapkan ketersediaan rangkaian yang menyediakan perkhidmatan yang lebih agil dan anjal untuk bertindak balas kepada perubahan keperluan perkhidmatan dalam permintaan.

"Prasarana rangkaian kampus mengalami evolusi pantas disebabkan oleh sifat dinamik mobiliti perniagaan dan pengeluaran BYOD, perkhidmatan dan aplikasi awan, multimedia masa sebenar dan aplikasi komunikasi bersatu, serta keperluan kepada pendekatan keselamatan menyeluruh merentasi prasarana perniagaan IT.  Arah aliran inovasi ini mendesak perniagaan meningkatkan kebolehan mereka menyokong keperluan perniagaan dan aplikasi.  Senibina rangkaian generasi seterusnya Huawei diselaraskan dengan arah aliran ini, bersekali dengan cip boleh program yang terbina dalam membolehkan perniagaan memenuhi keperluan rangkaian masa depan melalui senibina rangkaian yang sedang muncul seperti SDN," kata Rohit Mehra, Naib Presiden Network Infrastructure, IDC.

Sebagai peneraju vendor peranti global dalam bidang IP, Huawei komited dalam memenuhi keperluan pasaran Ethernet dengan melancarkan senibina rangkaian agil dan suis agil perintis yang baharu.  Inovasi terbaru daripada Huawei ini menandakan langkah penting dalam usaha Huawei membawakan lebih nilai kepada pelanggannya dan membantu perubahan perniagaan, serta mengubah masa depan industri. 

Tentang Huawei

Huawei ialah peneraju penyedia penyelesaian ICT global.  Dengan dedikasi kami terhadap inovasi berpusatkan pelanggan dan perkongsian yang erat, kami dapat menyediakan kelebihan hujung ke hujung dalam rangkaian telekom, peranti dan pengkomputeran awan.  Kami komited dalam mencipta nilai maksima untuk pengendali telekom, perniagaan dan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang berdaya saing.  Produk dan penyelesaian kami digunakan di lebih 140 buah negara, memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga populasi dunia.  Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian ICT Huawei, sila lawati: http://enterprise.huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services