omniture

Alcon Entertainment Persembah "Chicken Soup for the Soul"

Alcon Entertainment
2013-08-10 22:51 189

- Alcon Entertainment yang berasaskan Warner Bros. Membangunkan Jenama Ikonik Chicken Soup for the Soul, Penampilan Utama Teater Bersama The Kerner Entertainment Company

LOS ANGELES, 10 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Alcon Entertainment ("The Blind Side," "Dolphin Tale," "P.S. I Love You") memperoleh hakcipta filem dan televisyen jenama terkemuka Chicken Soup for the Soul daripada Chicken Soup for the Soul Publishing, LLC, seperti yang diumumkan oleh pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Alcon Broderick Johnson dan Andrew Kosove.   

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130808/NY61671LOGO )

Alcon akan membiayai dan menerbitkan filem utama yang berkongsi nama jenama "Chicken Soup for the Soul".  Filem ini akan diterbitkan oleh The Kerner Entertainment Company dengan diketuai oleh Jordan Kerner ("The Smurfs 1&2," "Charlotte's Web," "George of the Jungle," "Fried Green Tomatoes," dan banyak lagi) bersama Johnson dan Kosove.

Penulis Brandon Camp ("Love Happens") akan menulis lakon layar yang diilhamkan oleh pelbagai karakter dan cerita daripada siri "Chicken Soup for the Soul".  Warner Bros akan mengeluarkan filem ini melalui perjanjian pengeluaran Alcon.

Filem ini akan diterbitkan secara eksekutif oleh Ben Haber ("The Smurfs," "Across the Universe"), Bill Rouhana dan Tim Rouhana ("The Path of Most Resistance") dengan Kate Moulene sebagai penerbit bersama.

Kosove dan Johnson menyatakan: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan 'Chicken Soup for the Soul,' jenama yang terkemuka di dunia yang sinonim dengan inspirasi dan penambahbaikan hidup dan telah menyentuh ratusan juta pembaca melalui kuasa penceritaan mereka.  Siri 'Chicken Soup for the Soul' sempurna untuk dijadikan naratif fiksyen yang mengilhamkan, menghiburkan dan menarik hati."

Kerner menambah:  "Saya sangat menghormmati jenama yang dibangunkan oleh Bill Rouhana dan kesinambungan membina dan memecutkan Chicken Soup for the Soul.  Ia berdasarkan inspirasi daripada cerita kehidupan sebenar, sebuah inspirasi yang sangat diperlukan di dunia hari ini, serta merupakan satu kepercayaan yang dekat di hati saya."

Ciptaan asal oleh Jack Canfield dan Mark Victor Hansen dalam tahun 1993, Chicken Soup for the Soul telah berevolusi menjadi jenama pelbagai saluran di seluruh dunia yang kini diterajui oleh penerbit Amy Newmark dan dikembangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bill Rouhana.                                                                                                                                                                                           

"Pada ulangtahun ke20 buku pertama kami, saya gembira kerana dapat kembali semula ke akar umbi dengan menambahkan filem dan televisyen untuk mempelbagaikan hidangan yang ditawarkan oleh Chicken Soup for the Soul. Peminat dan pembaca kami mempercayai kami sebagai sumber cerita yang positif dan menyentuh hati serta mereka tagihkan sesuatu yang lebih lagi.  Ia adalah satu kehampaan bagi mereka andai 'Chicken Soup for the Soul' tidak dihidupkan dalam sebuah filem.  Saya tahu Alcon, Kerner dan Camp merupakan rakan kongsi yang tepat untuk menjadikan ia satu kenyataan," kata Bill Rouhana Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Soup for the Soul.

Perjanjian itu dirundingkan oleh Ketua Pegawai Operasi Alcon, Parish, dan peguam Scott Edel (Loeb & Loeb) untuk Alcon, Chuck Scott (Gang Tyre) untuk Kerner, Peter Dekom untuk Chicken Soup for the Soul dan ejen Paradigm, Rand Holston yang mewakili kedua-dua Kerner dan Chicken Soup for the Soul.

TENTANG CHICKEN SOUP FOR THE SOUL 

Chicken Soup for the Soul Publishing, LLC, menerbitkan siri buku terkenal "Chicken Soup for the Soul".  Dalam tahun 2007, USA Today menamakan "Chicken Soup for the Soul" salah satu daripada lima buku paling diingati di suku terakhir abad ini.  Dengan lebih 100 juta buku terjual setakat ini di Amerika dan Kanada sahaja, hampir 250 tajuk dalam cetakan dan terjemahan ke dalam lebih 40 buah bahasa, "chicken soup for the soul" merupakan salah satu frasa yang terkenal di dunia.  Hari ini, 20 tahun selepas ia mula berkongsikan pengalaman pembaca, Chicken Soup for the Soul terus menyediakan cerita luarbiasa melalui buku baharu dan terus berkembang menjangkaui kedai buku.  Chicken Soup for the Soul terkenal dengan produk berkualiti tinggi termasuk makanan haiwan kesayangan yang lengkap dan seimbang yang mengiktiraf hubungan unik antara haiwan peliharaan dan manusia serta rangkaian baharu makanan selesa berkhasiat yang lazat yang diilhamkan oleh hubungan antara makanan dan perasaan.  Chicken Soup for the Soul "always there for you™" (sentiasa bersamamu). Untuk maklumat lanjut lawati www.chickensoup.com

TENTANG ALCON ENTERTAINMENT  

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Alcon Entertainment Andrew Kosove dan Broderick Johnson mengasaskan Syarikat ini pada tahun 1997 dengan pembiayaan Frederick W. Smith, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FedEx.  Alcon, yang mendapat nama sempena pemanah mitos yang juga sekutu Hercules, membiaya, dan/atau membiaya/menerbitkann bersama 19 filem, termasuk "My Dog Skip," "Dude, Where's My Car?," "Insomnia," "Racing Stripes," the Academy Award nominated Best Picture "The Blind Side," yang dicalonkan sebagai pemenang anugerah Filem Terbaik Anugerah Academy dan meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar untuk Sandra Bullock; "The Book of Eli," dibintangi Denzel Washington dan Gary Oldman; "Insomnia," dibintangi Al Pacino, Robin Williams, dan Hilary Swank serta diarahkan oleh Chris Nolan; "The Sisterhood of the Traveling Pants," "P.S. I Love You," dibintangi Hilary Swank, dan kejayaan pecah panggung "Dolphin Tale," filem keluarga 3-D dibintangi Morgan Freeman, Harry Connick Jr., Ashley Judd dan Kris Kristofferson.

Filem Alcon yang berikutnya "Prisoners" merupakan sebuah filem dramatik tentang peculikan diarahkan oleh Denis Villeneuve, dibintangi Hugh Jackman, Jake Gyllenhall, Viola Davis, Melissa Leo, Terrance Howard dan Paul Dano. Ia akan ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Toronto dan dikeluarkan oleh Alcon melalui perjanjian pengeluaran dengan Warner Bros pada 20 September 2013.  Mereka baru sahaja menyelesaikan produksi arahan pertama Wally Pfister "Transcendence" dibintangi Johnny Depp, Paul Bettany, Rebecca Hall dan Morgan Freeman antara lainnya. 

Ketika ini Alcon bergandingan dengan Ridley Scott dan Hampton Fancher untuk membangunkan lanjutan sains fiksyen ngeri ikonik "Blade Runner" yang diperoleh kesemua hak francaisnya.  Pembikin filem hanya mendedahkan maklumat cerita baharu ini akan dihasilkan beberapa tahun selepas filem pertama selesai.  Scott akan mengarah.  Fancher akan menulis jalan cerita.  

TENTANG THE KERNER ENTERTAINMENT COMPANY 

Terbitan terbaharu Encik Kerner merupakan aksi langsung/animasi CG hibrid The Smurfs 2 untuk Columbia Pictures yang dikeluarkan awal bulan ini dan menyandang tempat #1 filem pecah panggung di seluruh dunia.  Ia mengekalkan pelakon yang sama dengan filem sebelumnya, termasuk penambahan Brendan Gleeson, Christina Ricci, JB Smooth, Jimmy Kimmel, Shaquille O'Neal, Sean White, Mario Lopez, dan Kevin Lee dalam pengembaraan hebat di Paris ini.  Ia adalah susulan The Smurfs yang ditayangkan pada tahun 2011 dan meraih lebih $550 Juta di Seluruh dunia. Neil Patrick Harris, Hank Azaria, Jayma Mays, dan Sofia Vergara memegang peranan aksi hidup dalam adaptasi buku klasik oleh Peyo ini.  Bakat suara termasuk Jonathan Winters, Katy Perry, George Lopez, Fred Armisen, Alan Cumming, Anton Yelchin, Jeff Foxworthy, Keenan Thompson, Paul Reubens, Wolfgang Puck, dan Jon Oliver. Ia diarahkan oleh Raja Gosnell.

Kerner sebelum ini menerbitkan adaptasi aksi langsung yang tepat buku E.B. White yang disegani Charlotte's Web yang ditayangkan pada Perayaan 2006.  Ia ditulis oleh Susannah Grant penulis lakon layar yang dicalonkan di Anugerah Academy (Erin Brockovich) dan Karey Kirkpatrick (Chicken Run). Mendiang Gary Winick (Letters to Juliette, 13 Going on 30) mengarahkan filem ini. Ia dibintangi Dakota Fanning sebagai Fern. Bakat suara animasi termasuk Julia Roberts, Oprah Winfrey, Robert Redford, Kathy Bates, John Cleese, Steve Buscemi, dan Thomas Hayden Church.

Selain daripada The Smurfs 1&2 dan Charlotte's Web, filem kerner yang terdahulu termasuk Snow Dogs, George of the Jungle 1 dan 2, Inspector Gadget 1 dan 2, Red Corner, Up Close and Personal, Trilogi The Mighty DucksWhen a Man Loves a Woman, Fried Green Tomatoes, The War, dan Less than Zero.

Produksi Kerner seterusnya ialah SMURFS 3 pada musim sejuk 2014 dan ALF untuk Columbia Pictures dan Sony Pictures Animation serta pelbagai projek di pelbagai studio.

Source: Alcon Entertainment
Keywords: Books Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Contracts Licensing/marketing agreements