![]() |
KOHLER, Wisconsin, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kohler mengumumkan kerjasama dengan artis kontemporari Daniel Arsham. Menggabungkan inovasi kreatif dan kehalusan buatan tangan pakar, Kohler dan Arsham telah mereka cipta satu-satunya sinki cetakan 3D edisi terhad yang diberi nama Rock.01 yang akan membuat penampilan sulung pada Design Miami/ 2021, yang dipamerkan di ruang ciptaan bersama syarikat dan Arsham pada pameran tersebut. Rock.01 dihasilkan di Kohler, Wisconsin dan akan tersedia untuk pembelian pada bulan Disember dalam edisi 99 unit.
Sila ikuti Siaran Akhbar Pelbagai Saluran secara interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8823052-kohler-unveils-limited-edition-3d-printed-sink-with-artist-daniel-arsham/
Seperti kebanyakan hasil karya Arsham, Rock.01 merupakan penghormatan terhadap masa. Terdiri daripada cetakan kekaca 3D cina dan tembaga tuangan tangan, mangkuk sinki ini menggabungkan teknologi moden dengan warisan pembuatan Kohler yang berusia hampir 148 tahun, menjadi sesuatu yang hanya dapat digambarkan sebagai seni pembuatan tangan yang mempunyai fungsi. Kesan masa terserlah digambarkan pada permukaan "batu" tembaga dan disempurnakan melalui satu proses penumpuan yang jitu.
Kaedah revolusioner Kohler untuk mencetak kekaca 3D cina ini menerajui inovasi dalam industri tersebut dan teknologi yang digunakan telah membolehkan terhasilnya reka bentuk Daniel yang terlalu kompleks untuk dihasilkan melalui kaedah tradisional.
"Rock.01 menggabungkan masa depan teknologi cetakan 3D dengan kaedah tembaga tuangan tangan yang paling asas. Secara harfiah, ia merupakan satu ciptaan baharu untuk menggantikan yang lama dan saya berpendapat bahawa ia sangat puitis. Kohler merupakan rakan kongsi yang ideal untuk menghidupkan reka bentuk yang kompleks dan futuristik," kata Arsham.
Kerjasama Arsham dengan Kohler mencerminkan komitmen syarikat yang berterusan terhadap seni. Sejak tahun 1873, misi Kohler telah menyumbang kepada kehidupan yang baik melalui tahap reka bentuk, keperajinan dan inovasi yang tertinggi.
Arsham akan bergabung dengan David Kohler, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kohler Co., dalam acara digital Kohler Living pada 4 November untuk membincangkan bagaimana teknologi dan media digital mencipta peluang baharu untuk ekspresi dan menampilkan gambaran keseluruhan terhadap kerjasama ini. Untuk maklumat lanjut dan untuk pendaftaran kehadiran: living.kohler.com.
Tentang Kohler Co.
Ditubuhkan pada tahun 1873, Kohler Co. merupakan peneraju global dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan produk dapur dan bilik mandi; produk kabinet mewah, jubin dan pencahayaan; enjin, penjana dan penyelesaian tenaga bersih; dan merupakan pengendali/pemilik dua kemudahan hospitaliti dan destinasi peranginan golf bertaraf lima bintang di Kohler, Wisconsin dan St. Andrews, Scotland. Kerjasama dengan Arsham ini merupakan sebahagian daripada perkongsian Kohler dengan Art Lab Studio, sebuah syarikat perundingan pemasaran dan perkongsian seni oleh Sana Rezwan.
Sila hubungi:
Vicki Hafenstein
Victoria.valdezhafenstein@kohler.com
Jillian Rosone
Jillian.rosone@kohler.com
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/619434/Kohler_Logo.jpg