omniture

Mouawad memakaikan Diana barang kemas untuk filem 'Spencer'

Mouawad
2021-10-27 02:17 68

Jauhari kepada rakan kongsi kerabat diraja dengan filem baharu tentang kerabat diraja ikonik 

DUBAI, UAE, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Mouawad telah mendedahkan kerjasama istimewanya sebagai penaja barang kemas eksklusif untuk filem Spencer, sebuah biopik baharu tentang kehidupan Puteri Diana yang mendapat sambutan gemuruh semasa tayangan perdananya di Festival Filem Venice pada 3 September.

 

Kristen Stewart as Princess Diana, Credit: Shoebox Films
Kristen Stewart as Princess Diana, Credit: Shoebox Films

 

Spencer, hasil karya pengarah terkenal Pablo Larrain dan penulis Steven Knight, dibintangi oleh Kristen Stewart yang memainkan watak Puteri Diana dengan persembahan yang mendapat pujian tinggi serta harapan yang tinggi untuk mendapat anugerah. Ceritanya mengambil tempat pada hujung minggu yang penting buat Puteri Diana semasa percutian Krismas pada awal tahun 1990-an. Sebelum pelancaran filem panggung Spencer yang amat dinanti-nantikan di pawagam AS dan UK pada 5 November, satu treler bagi filem itu telah dikeluarkan yang memberikan gambaran kepada sejumlah barang kemas yang akan ditunjukkan di dalam filem itu, termasuk cincin pertunangan nilam biru dan berlian yang menampilkan 1.82 karat berlian dan 7.25 karat batu nilam yang mengingatkan cincin pertunangan ikonik Puteri Diana sendiri.

Mouawad merupakan pilihan yang tepat sebagai penaja barang kemas eksklusif untuk filem Spencer berdasarkan warisan ketukangan yang dimilikinya selama 131 tahun dalam pembuatan barang kemas dan jam tangan elegan serta terkenal sebagai jauhari yang menjadi pilihan kepada kerabat diraja dan selebriti di seluruh dunia. 

Penjaga Bersama Mouawad generasi keempat, Fred, Alain dan Pascal Mouawad, mengulas: "Mouawad mempunyai warisan yang tersohor dalam pembuatan barang kemas dan jam tangan yang sudah beberapa dekad lamanya menjadi pilihan kerabat diraja dan selebriti apabila mereka mencari perhiasan menakjubkan atau set barang kemas yang unik, serta sering dipanggil oleh pejabat protokol diraja untuk menghasilkan hadiah penting untuk dihadiahkan kepada ketua-ketua negara, presiden, dan perdana menteri. Ia merupakan suatu keseronokan untuk bekerjasama dengan filem Spencer, menyediakan barang kemas untuk watak seorang puteri ikonik yang dikenali dengan gaya beliau serta impak beliau yang besar kepada seluruh dunia."

Hubungi: Elena Gramatica egramatica@twisterme.ae +971526923606

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1669161/Mouawad_Kirsten_Stewart_Princess_Diana.jpg?p=medium600

 

Source: Mouawad
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services