omniture

ECG-SPYDER Wayarles Berasaskan Awan Pertama Di Dunia Capai Pensijilan CE

WEB Biotechnology Pte Ltd
2013-08-12 10:20 140

SINGAPURA, 12 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- WEB Biotechnology Pte Ltd (www.web-biotech.com), yang membuat pemantau ECG berterusan berasaskan awan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Spyder, mencapai pensijilan CE untuk penyelesaian pemantauan ECGnya.  Syarikat itu, yang berpangkalan di Singapura, membuat sistem pemantauan ECG wayarles revolusi yang bertujuan menggantikan sistem tradisional pemantauan terpencil hospital seperti ECG Holter yang merupakan perakam berwayar yang sangat besar dan terhad kepada pemantauan maksima 48 jam kerana ia tidak boleh diuruskan sendiri.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/08/20130808132337927345.html )

Spyder 48g menggunakan sensor tanpa plumbum yang dilekatkan terus ke dada dan dipasangkan dengan telefon pintar wayarles untuk memaparkan ECG dan menghantar isyarat ke pelayan awan yang selamat.  Sensor yang terlindung ini akan membolehkan pemantauan berterusan sehingga 3 hari dengan satu cas, meningkatkan kepekaan pengesanan ritma jantung yang abnormal.  Dalam ujian percubaan di Singapura, pesakit memakai sistem ini sehingga 2 minggu pada satu masa.  Bagi pesakit, kebolehan bergerak ke sekeliling, hatta mengembara merentasi sempadan dengan sistem ini, kini menjadi satu kenyataan.

Penggunaan sistem Spyder yang paling biasa ialah untuk diagnosis simptom seperti palpitasi, iaitu degupan atau ritma abnormal yang mungkin tidak dikesan jika pemantauan yang lebih singkat digunakan.  Data ini dipindahkan secara wayarles ke pelayan awan yang menggunakan algoritma untuk memeriksa data. Pakar perubatan boleh mengakses data ini melalui antara muka berasaskan web yang selamat dan menganalisa ritma daripada unit Spyder yang dipantau mereka.  Sistem tradisional hospital memerlukan pesakit memulangkan perakam terlebih dahulu untuk dimuat turun data tetapi Spyder menghantar transmisi ECG secara berterusan, yang membolehkan analisa data dimulakan ketika pesakit masih lagi memakai Spyder di badan mereka.

Oleh kerana penyelesaian berasaskan awan berfungsi dalam semua lokasi pembolehan data telefon pintar, pemantauan ECG jarak jauh seluruh dunia kini merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan.  Seorang pesakit, contohnya, boleh berada di London dan pakar perubatannya boleh mengakses ECG beliau dari Hong Kong!  ECG Spyder kini boleh didapati di Singapura dan Malaysia dan syarikat ini berhasrat memperluaskan rangkaian pengearannya ke Eropah dan Asia Pasifik.

Hubungan media: Dr Philip Wong
Jawatan: Pengasas dan Pengarah Perubatan
Mudah alih:  +65-9004-0739 
Emel: p.wong@web-biotech.com

 

Source: WEB Biotechnology Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Wireless Communications Awards New products/services