omniture

Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei 2021 Labuh Tirai dengan Jayanya: Terangi Kehidupan AI yang Lancar

Huawei
2021-10-27 07:38 175

DONGGUAN, China, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 23 Oktober, Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei 2021 melabuhkan tirai dengan jayanya di PERSIDANGAN PEMBANGUN HUAWEI 2021 (Bersama-sama). Di wilayah pertandingan China, sebanyak 20 aplikasi menonjol dan meraih tujuh anugerah utama. Berserta empat wilayah pertandingan yang lain, hadiah berjumlah US$1 juta dikongsi antara pemenang-pemenang.


Pertandingan ini menarik minat lebih daripada 4,000 pasukan dari lebih 200 negara dan wilayah. "Dengan membuka sepenuhnya ekosistem HMS Core dan membantu pembangun global berinovasi, Huawei bercita-cita untuk membina ekosistem pintar global baharu yang meliputi kesemua peranti dan semua senario. Melalui pelbagai pertandingan pembangun, kami berharap dapat mengubah idea yang inovatif menjadi kenyataan ketika kami berusaha ke arah membina dunia pintar yang terhubung sepenuhnya," kata Zhang Ping'an, presiden Huawei Consumer Cloud Service dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud BU.


Senarai Pemenang Anugerah: Menerokai Kehidupan AI yang Lancar dengan Penuh Semangat

Antara ketujuh-tujuh anugerah yang disampaikan di wilayah pertandingan China dalam pertandingan tahun ini, anugerah Aplikasi Terbaik diberikan kepada Baby Panda World, Iflynote, Cartoon, Jnotes dan Tide. Gelaran Aplikasi Impak Sosial Terbaik diberikan kepada Meditation Planet, Colorfulclouds dan Dnurse, sementara PVZ2, Jade Dynasty dan Eclipse memenangi anugerah Permainan Terbaik. Enjoying FM meraih Anugerah Liputan Semua-Senario manakala Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik diberikan kepada Itinerary Assistant dan AR Words. Akhir sekali, AR Dinosaur World memenangi Anugerah Wanita Teknologi sementara Mira Music Junior, Text Grabber, Dongdong, Memopad dan Legends of the Condor Heroes meraih Sebutan Kehormat (Honorable Mention).


Aplikasi 5-Bintang di Lima Wilayah Pertandingan: Memaparkan Inovasi Terkini 

Tide, pemenang bagi Aplikasi Terbaik di wilayah pertandingan China bersepadu dengan HUAWEI HiCar untuk melaksanakan Internet Pelbagai Kenderaan (IoV). Ia turut menggunakan HMS Core Health Kit untuk membantu pengguna tidur dengan lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Pertandingan tahun ini menyaksikan pengenalan kepada tiga anugerah baharu iaitu Anugerah Liputan Semua-Senario, Anugerah Wanita Teknologi dan Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik. Enjoying FM, pemenang bagi Anugerah Liputan Semua-Senario mengusahakan ekosistem HUAWEI HiCa untuk menyediakan hiburan dalam-kereta premium kepada pengguna yang menyokong pemindahan audio rentas-peranti yang lancar. Shen Qiu, pembangun bagi AR Dinosaur World yang memenangi Anugerah Wanita Teknologi, memanfaatkan sifat wanita beliau untuk menggabungkan keseronokan dengan pengetahuan, membantu mencetuskan imaginasi kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk menerokai dunia. Itinerary Assistant dan AR Words, pemenang-pemenang bagi Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik, mengintegrasikan Awareness Kit, Ads Kit, ML Kit dan AR Engine bagi menyampaikan pengalaman yang lebih pintar, lebih mudah dan inovatif kepada pengguna.

Wilayah-wilayah pertandingan di luar China turut menyaksikan beberapa aplikasi cemerlang yang bertujuan untuk menangani isu-isu berkaitan manusia dan sosial. Satu aplikasi berkenaan ialah Plano – Kawalan Ibu Bapa dari wilayah pertandingan Asia Pasifik yang membantu melindungi kesihatan mata kanak-kanak. Penyertaan lain yang menonjol termasuk Go Zero Waste dari wilayah pertandingan Eropah yang mengkhusus kepada pemuliharaan sumber dan perlindungan terhadap alam sekitar, Blind Assistant dari wilayah pertandingan Timur Tengah & Afrika yang membantu pengguna cacat penglihatan mengenali imej dan teks sementara Mujer Ingeniera dari wilayah pertandingan Amerika Latin, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Menjelang penghujung September 2021, jumlah pembangun dalam ekosistem Huawei mencecah 5.1 juta dan jumlah aplikasi yang bersepadu dengan HMS Core telah melebihi 173,000. Menerusi pelancaran rasmi HMS Core 6, teknologi canggih yang mencakupi banyak bidang dibuka selanjutnya manakala ciri-ciri dan perkhidmatan sedia ada dinaik taraf untuk memberi pengalaman pengguna yang konsisten untuk aplikasi rentas platform dan rentas peranti. Kami akan terus mengehoskan dan menyokong pelbagai pertandingan pembangun dan Shining Star Program bagi menggalakkan penyertaan pembangun global dalam ekosistem HMS dan membantu mereka mencapai inovasi ke arah membina pengalaman kehidupan digital semua-senario yang lebih pintar dan lebih mudah

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards