omniture

Infinitus Menghadiri ICMCM di Hong Kong dan Menyokong Pemodenan TCM

Infinitus
2013-08-13 17:44 133

HONG KONG, 13 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Mulai 15 ke 17 Ogos 2013, Infinitus akan menghadiri Persidangan & Pameran Antarabangsa Pemodenan Perubatan & Produk Kesihatan Cina Ke-12 (ICMCM) di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong untuk kali kelima berturut-turut sejak tahun 2009.

Dianjurkan bersama Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) dan Persatuan Antarabangsa Perubatan Cina Moden (MCMIA), ICMCM ialah forum global penting dalam bidang perubatan dan produk kesihatan Cina. Tahun ini, ia akan meneruskan dwiformatnya iaitu pameran dan persidangan, yang bukan sahaja melanjutkan peluang perniagaan untuk perdagangan antarabangsa produk perubatan Cina, tetapi juga mengumpulkan para pakar bidang ini bagi membincangkan masa hadapan perubatan Cina. Pameran itu dijangka akan menarik kehadiran 120 pempamer global dari Kanada, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Macau, Singapura dan Taiwan.

Ronald Ho, Pengarah Rantau Selatan China dengan HKTDC, berkata, "Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, para pengguna mencari ubat-ubatan semula jadi yang selamat, andal dan berkesan. Hasilnya, produk dan terapi perubatan Cina tradisional telah menjadi popular di seluruh dunia, dan permintaan untuknya melonjak tinggi.

Tahun ini, Infinitus akan terus menggunakan platform antarabangsa ini untuk menyebarkan falsafah Rawatan mencegah Penyakit dan falsafah kesihatan Infinitus, serta mempromosikan jenama Infinitus serta produk kesihatan herba Cinanya yang berkualiti tinggi. Tapak pamerannya No.1A-D02 akan mempamerkan produk daripada empat kategori Infinitus (Hong Kong), termasuk makanan kesihatan Infinitus, produk penjagaan kulit Beautrio, produk penjagaan peribadi Phytocare dan produk penjagaan rumah Homemate. Infinitus juga bakal menjemput doktor perubatan Cina untuk menyampaikan ceramah pemeliharaan kesihatan serta berinteraksi dengan orang ramai.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan jurucakap Infinitus, juga merupakan ahli majlis pengasas MCMIA. Beliau berkata, "Dengan ciri uniknya sebagai 'rawatan mencegah penyakit', perubatan Cina telah mendapat status antarabangsa yang semakin tinggi dengan pengiktirafan dan populariti yang semakin meningkat. Sejak penubuhannya 20 tahun dahulu, Infinitus telah menggalakkan pengantarabangsaan perubatan Cina. ICMCM merupakan salah satu platform antarabangsa bagi mempamerkan produk dan falsafah kesihatan kami. Ia juga menyediakan peluang untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam bidang ini bagi mendapat maklumat terkini dan menggalakkan lagi peluasan dan pemodenan perubatan Cina."

SUMBER  Infinitus

 

Source: Infinitus
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Trade show news